RSS

Mak, Mak Pergi Mana?

Hari ini kau terjaga. Dan perut kau terasa lapar. Kau cuba bangun, tapi badan kau terhimpit, sebab ada bongkah dinding seberat 15 kilogram di atas tubuhmu. Kau meraung, meminta tolong. Malangnya, suara ibumu sudah lama hilang sejak pagi semalam. Ada air menitik dari bucu bongkah yang merekah. Kau tadahkan mulut. Kau minum titis demi titis air yang menitik itu.

Dan kau tak sedar air yang menitik itu adalah darah ibumu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nama Saya Mimi Comel 2

Tadi Mimi masuk rumah bebudak bujang bawah tu. Tivi terpasang. Tapi Mimi memang dah biasa dengan taktik bodoh diorang ni. Diaorang tidur sebenarnya. Tidur tapi buka tingkap. Bodoh.

Mimi panjat tingkap dan terus selongkar plastik sampah. Wah, tulang ayam bahagian rusuk. Favourite ni. Macam sedap. Mimi gigit rusuk ayam tu. Tiba-tiba entah macamana salah seorang bebudak bujang tu sergah Mimi. Mimi terkejut dan cepat-cepat lari panjat tingkap. Tapi rusuk ayam Mimi jatuh dan tersangkut celah jeriji besi.

Melepas rezeki Mimi hari ni. Sakit ja hati ni tengok mamat tu angkat ibu jari tunjuk best kat Mimi. Tapi takpe, Mimi boleh cari makan kat rumah Mak Jeha. Wekkk..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kenapa Rashid Berhenti Merokok

Rashid perokok tegar. Sudah bertahun dia mahu berhenti merokok tetapi gagal. Tapi satu hari, bekas abu rokok, tempat Rashid mengetis sisa-sisa nikotin itu terbalik dilanggar Josiah, si kucing hitam yang kuat bersenggama. Api daripada puntung rokok tersebut terus galak menyambar langsir lalu rumah Rashid langsung dijilat dan diratah api. Selazat-lazatnya.

Api kemudiannya melarat pula membakar satu blok apartment, tempat tinggal Rashid sehingga mengorbankan sekurang-kurangnya 255 mangsa. Semuanya menjadi mayat rentung tak dikenali.

Ya, cuma Rashid terselamat kerana dia mengurungkan diri di dalam bilik mandi. Ajaib!

[Kenapa Rashid selamat?
Kebetulan dalam bilik mandi Rashid ada topeng gas yang menyelamatkannya daripada tersedut asap beracun. Paip penyembur anti kebakaran di siling bilik mandi pula bertindak efektif menghalang bilik mandinya daripada terus terbakar. Kebetulan pula Rashid seorang pegawai bomba yang mahu keluar bertugas dan siap sedia memakai baju kalis api! Wah, hidup Rashid memang banyak kebetulan. Titik.]

Rashid keluar selepas kebakaran mula reda dan bomba sedang sibuk mengutip mayat. Dan dengan linangan air mata Rashid bersumpah tidak akan merokok lagi selama tujuh keturunan.

[Guruh berdentum dan kilat sabung menyabung di luar.]

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Situasi..

Dan bila kau menghilang
Musnahlah, musnah impian
'tuk menggapai bintang
terangi hidup ku
Ku mahu kau tahu
engkaulah, destinasiku
dalam ingatanku..

Kerana diri ini tak daya lagi
menempuh hidup yang ku temui
dan aku, ku tunggu ..
di situ

Mengharapkan sesuatu yang baru
itulah impian aku
Qada' dan qadar tu adalah ketentuan-Nya, apa yang telah berlaku tu pasti ada hikmahnya.. Semoga menjadi iktibar di kemudian hari..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cinema Cinema Cinema..

Pergh.. Kebelakangan ni, lain macam rajinnya aku tengok wayang. Ni dah bercanggah dengan kempen berjimat cermat ni. Aduyai. Apa pun, kat sini aku bagi rating cerita-cerita yang aku dah tengok.

James Bond : Quantum Of Solace >> 3 bintang (Kira ok la. Ni pada aku la. Tapi jarul cakap cerita ni best)
Madagascar : Escape 2 Africa >> 4 bintang (Menghiburkan)
Antoo Fighter >> 2 bintang >> (Jalan cerita yang ampeh)
Twilight >> 4 bintang (Best)
Los dan Faun >> 4 1/2 bintang (Memang best - Cayalah Afdlin)
The Day The Earth Stood Still >> 3 bintang. (Bolehlah)

ps: -- rating daripada 5 bintang.

Ni belum lagi cerita-cerita yang telah menarik minat aku macam Transporter 3, Histeria dan Cicak Man 2. Apa hal kebelakangan ni banyak cerita yang cambest!? Waa.. Kopak-kopak.. Huu..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pada Malam Hari Raya Korban (Haji/Aidiladha)

Pengorbanan:

Pengorbanan 1 >> Bapa pernah sambut Raya Haji di hutan sebab dulu bapa kerja askar. Masa pagi raya dia akan dengar takbir dari radio yang dibawa bersama geng-geng seperjuangannya.

Pengorbanan 2 >> Masa tu ialah hari kelima selepas bapa terpaksa berlapar di hutan dara Sarawak. Maklumlah, hutan dara Sarawak sana tu tak ada apa yang boleh dimakan pun. Bapa cerita juga yang dia pernah 3 bulan tak balik kampung sebab kena posting masuk hutan.

Pengorbanan 3 >> Bapa ada cerita, Mak Nyi (panggilan kat nenek) susah payah kerja sendiri waktu malam untuk sara hidup diorang anak beranak (bapa aku dan tiga adik beradiknya). Mak Nyi aku hidup menjanda pada usia muda (24 tahun) sebab umur atuk aku tak panjang. Syahdu gila dengar bapa cerita kisah silamnya malam-malam Raya Haji ni.

Teringat pulak aku pengorbanan kengkawan yang kerja masa raya haji di ofis lama dulu. Berkorban weii...

Apapun, SELAMAT HARI RAYA KORBAN BUAT SEMUA!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Raya dan Buta

Eh eh. Raya raya pun membuta?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Musim..

Kebelakangan ni macam-macam musim ada.

Musim cuti sekolah >> selamat bercuti.
Musim berkhatan >> selamat berkhatan.
Musim orang kahwin >> selamat pengantin baru.
Musim bertunang >> selamat bertunang.
Musim haji >> semoga mendapat haji mabrur.
Musim tengkujuh >> selamat menempuh ujian dari-Nya.
Musim artis bercerai ('11 Artis Bercerai' sumber: Harian Metro Ahad - 30 Nov. 2008) >> aaa... err.. seelok-eloknya dielakkan..

Aku ucapkan selamat kepada semua yang terlibat dengan musim-musim yang ada sekarang kecuali musim bercerai.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Arnab dan Kura-Kura

Satu hari Arnab ajak Kura-Kura berlumba. Pada jarak 100 meter pertama, Arnab cemerlang mendahului perlumbaan dengan catatan masa 5.6 saat.

Malangnya, ketika memasuki 50 meter seterusnya, Arnab diserang hamstring dan terpaksa dikejarkan ke hospital.

Arnab kemudiannya mati dalam perjalanan.
Polis akan melakukan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1000 Tahun Sebelum Melaka Dijajah

1000 tahun sebelum Alfonso de Albuquerque menjajah Melaka dengan armada Portugisnya, ada seorang Eropah ingin menjajah Tanah Melayu.

Itu pun selepas dia bertemu dengan satu ubat ajaib yang mampu menukar tubuhnya menjadi besar laksana gergasi adanya.

Selepas berbulan-bulan belayar di lautan maka sampailah lelaki Eropah tersebut ke Selat Melaka.

Jadi, tanpa berlengah lagi, lelaki Eropah itu terus menelan ubat maha ajaibnya itu, dan dalam sekelip mata dia pun berubah menjadi gergasi.

Namun, apa yang menghairankan, sebaik sahaja dia tiba di Tanah Melayu, penduduknya langsung tidak lari menyelamatkan diri, sebaliknya mereka ketawa setengah mati.

Porque!? Ujar lelaki Eropah itu dalam bahasa Latin.

Rupa-rupanya, sebaik sahaja tubuhnya menjadi gergasi maka terkoyak dan tertanggallah seluar yang dipakainya itu sehingga menampakkan laras zakar dan dua ketul testikelnya yang serba berbulu.

Dek kerana terlalu malu diketawakan, lelaki Eropah itu pun melarikan diri menyeberangi lautan. Namun ketika sampai ke India, dia terlanggar negara Sri Lanka dan terpelanting jatuh berhampiran pergunungan Tibet. Dia akhirnya mati dan bertukar menjadi gunung.

Sekarang gunung itu dinamakan Ever-Rest. Gunung tertinggi di dunia.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1st Car..



EG9 VTEC - Ni kereta yang paling aku minat. Tapi.. Ramai kata maintenance tinggi, tak mampu rasanya.

Toyota SEG - Kira ok la. Pandai make up, smart jadinya. Abang Tiar aku pun galakkan pakai SEG. Stylo beb. Hehehe..

Nissan Sentra - Pun ok gak. Tapi pada aku kereta ni sesuai pada yang dah berkeluarga. Aku bujang lagi laa..

BMW 5 series - Waa.. Ni masa aku dah kaya nanti. Rileks-rileks..

Satria - Tak minat. Ada 2 pintu je.

Wira SE - Aku rasa ni paling ok. Erm..

Myvi - Ok gak la kot..

Abg Ngah >> jangan ngada-ngada. Pakai je motor dulu. Kalo nak sangat pakai je Kancil. Jimat.
Aku >> ... (Aku mana minat Kancil)
Mak >> Simpan duit dulu. Belum ada keperluan lagi pakai kereta tu.
Aku >> .... (Wargh!! bila aku bulih pakai kereta ni?? Ramai member-member aku dah pakai kereta. Kereta pun keperluan aku gak. Ish ish ish... Waaa...)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cerita Serius Yang Lawak

Jury convicts Yemeni in 2nd Guantanamo trial

GUANTANAMO BAY NAVAL BASE, Cuba – A military jury has convicted a man who was accused of being an aide of Osama bin Laden and making propaganda videos for al-Qaida in the second Guantanamo war crimes trial.

A jury of officers announced the verdict Monday at the U.S. base in Cuba .

The jury of military officers voted to convict Ali Hamza al-Bahlul of Yemen , who faced charges of conspiracy, solicitation to commit murder and providing material support to terrorism.

Each count carries a possible sentence of life in prison. Sentencing was to immediately follow the announcement of the verdict.

Hahahaha! (Hoi, cerita serius mana boleh gelak!)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hari Ini Bersama Kolonel Nikolaz

Eurocopter EC725

Hai kawan-kawan. Hari ini Kolonel Nikolaz dari Angkatan Udara Perancis akan menerangkan serba sedikit tentang helikopter jenis Eurocopter EC725 kepada kita. Selamat membaca ya! =)
.
.
Eurocopter EC725 merupakan helikopter pengangkutan taktikal jarak jauh yang dibangunkan daripada versi Super Puma/Cougar bagi kegunaan militari, di mana ia mempunyai enjin pesawat berkembar dan mampu membawa 29 penumpang bersama dua juruterbang, bergantung kepada konfigurasi pelanggan.

Bagi tujuan pasaran, helikopter ini dibina khas bagi memenuhi keperluan pengangkutan tentera, pemindahan mangsa, tugas-tugas menyelamat dan carian kombat.

Pada mulanya, EC 725 ini dibangunkan bagi memenuhi keperluan Angkatan Udara Perancis yang ketika itu memerlukan helikopter khas bagi menjalankan operasi carian kombat dan menyelamat (combat search and rescue) selepas pembinaan helikopter (AS532 A2 Cougar) sebelumnya terpaksa ditolak selepas gagal ujian percubaan pada 1996 dan 1999. Bertitik tolak daripada kegagalan itu, maka lahirlah EC 725 ini dan aksi pertamanya berjaya dipersembahkan dengan anggunnya pada 15 Januari 2001.

Antara ciri-ciri lain EC 725, ia merupakan helikopter dengan lima bilah kipas komposit utama yang dihasilkan dengan menggunakan bentuk kerajang udara terbaru (airfoil atau sejenis logam yang dibentuk menjadi nipis dan mudah lentur) bagi mengurangkan paras getaran.

Ia juga boleh dipasangkan dengan plat perisai boleh tanggal bagi melindungi penumpang di dalam, manakala enjinnya dijana oleh dua syafturbo Turbomeca Makila 1A4 yang mempunyai sistem dual-chanel Full Authority Digital Engine Control (FADEC).

Selain itu, EC 725 juga boleh dimuatkan dengan sistem antibeku bagi membolehkannya beroperasi dalam suhu yang sangat sejuk, di samping beberapa aspek yang boleh dinaik tarafkan termasuklah aspek pengukuhan kotak gear kipas utama dan keseluruhan gentian kokpit (glass cockpit).

Meninjau ruang kokpit pula, ianya dilengkapi dengan sistem paparan integrasi yang memuatkan peta digital dan LCD Matriks Aktif (Active Matrix LCD). EC 725 berupaya menjalankan tugas mencari dan menyelamat sama ada siang atau alam berpandukan kemampuan radar dan carian hadapan infra merah (Forward Looking Infra Red (FLIR)) yang cemerlang.

Setakat ini, terdapat 4 konfigurasi khas yang direka untuk EC 725 ini iaitu:

i. Versi pengangkutan tentera - boleh membawa tentera sehingga maksimum 29 anggota tentera termasuk juruterbang.

ii. Versi VIP - boleh membawa penumpang VIP (Presiden, Perdana Menteri, YB) antara 8 ke 12 orang.

iii. Versi pemindahan mangsa - boleh memuatkan sehingga 12 katil usung (strecher) bersama 4 staf perubatan.

iv. Versi konfigurasi SAR kombat - mempunyai kelengkapan lengkap bagi tugasan carian dan menyelamat ketika situasi pertempuran.

Akhir sekali, EC 725 turut dilengkapkan dengan kelengkapan militari dan persenjataan yang bagus seperti:

mesingan FN MAG

i. 2 x 7.62mm mesingan FN MAG - dipasang di bahagian kiri depan dan tingkap kanan.
ii. 2 x 68mm (2.75") pelancar roket Thales Brandt or Forges Zeebrugge - dipasang pada bahagian sisi, setiap bahagian mempunyai 19 roket.
iii. 2 x 20mm meriam pod-mounted GIAT dengan 180 darjah pusingan.
iv. Penerima amaran radar Dassault Electronique EWR-99 FRUIT RWR.
v. Alat penyembur/lampu pelbagai guna Alkan ELIPS.
.
.
.
Sekian saja buat kali ini. Kolonel mahu pergi lunch. Jumpa lagi ya! ;)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Akhirnya..

"Ayahanda, bonda, anakmu berjaya!" Teringat lagi semasa Jarul usik aku sebelum nak konvo. Ni la yang aku katakan masa malam kebudayaan minggu orientasi di ipts tempat aku belajar satu masa dulu. Lakonan pada malam kebudayaan yang kononnya aku lakonkan watak anak yang berjaya mendapat ijazah dan menyatakan kegembiraan pada mak bapanya.

Semalam, alhamdulillah, setelah sekian lama berkampung di ipts, akhirnya aku berjaya mendapat segulung ijazah. Macam tak percaya pun ada. Rasa seronok bila dapat tengok mak bapa aku senyum kegembiraan walaupun aku bukan dapat kelas pertama. Seronok, terharu dan macam-macam lagilah. Rasa sedih ada jugak coz tak semua member-member 1 batch aku dapat konvo bersama. Rasa tak lengkap. Ye lah kan, masing-masing ada kesulitan masing-masing. Apa pun aku ucapkan tahniah pada kawan-kawan aku yang dah konvo terutama sekali yang tak dapat pi konvo. Korang dah grad akhirnya sama macam aku. Hehehe.. Bravo bravo =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hai, Nama Saya Mimi Comel

Hari ni Mimi rasa sangat lapar. Sudah dua hari Mimi tak makan. Tak ada siapa yang sudi belanja Mimi makan. Kemanusiaan sudah hilang. Manusia lebih suka fikirkan perut sendiri sahaja. Pernah tak mereka terfikirkan ketika perut mereka kenyang, berapa banyak lagi perut hamba Allah yang sedang kelaparan?

Bukan sekali Mimi terserempak dengan Mak Jeha, brader Zaidi, Pak Akob dan banyak manusia seluruh apatmen ni. Tapi semuanya sama saja. Semuanya tak pedulikan Mimi. Tambah-tambah lagi bebudak rumah bujang tingkat bawah tu. Lagi tak ada hati perut ya amat. Diorang pasang dawai besi di tingkap. Diorang kunci pintu dan tingkap.

Memang tak ada ruang langsung untuk Mimi masuk ke rumah. Mimi bukan curi duit. Mimi curi makan saja. Salah ke? Kalau betul Mimi salah tangkaplah. Bawalah Mimi ni ke Balai Polis Kota Damansara sana. Biar Mimi masuk penjara. Sebab dalam penjara Mimi dapat makan free. Tak payah Mimi nak masuk rumah Mak Jeha, brader Zaidi, Pak Akob dan penduduk-penduduk apatmen kat sini lagi.

Ya, kemanusiaan sudah hilang. Manusia lebih suka fikirkan perut sendiri sahaja. Pernah tak mereka terfikirkan ketika perut mereka kenyang, berapa banyak lagi perut hamba Allah yang sedang kelaparan?

Satu malam Mimi panjat juga masuk ikut tingkap rumah bebudak bujang tingkat bawah tu. Alhamdulillah, sekali jump saja terus masuk dan landing dengan sempurna. Perfect!

Tapi sayang belum sempat Mimi tengok-tengok makanan apa yang ada, kepala Mimi sudah kena pelangkung dengan bantal.

"Jangan masuk dalam. Kau buat sepah. Lauk ada kat luarlah babi!"

Sampai hati dia panggil Mimi ni babi. Cakaplah elok-elok. Mimi pun ada hati dan perasaan. Mimi cuma lapar saja. Memang la Mimi makan bersepah. Tapi dia tak tau ke yang Mimi ni kucing.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pestisid Buatan Musuh

Turun sahaja dari harvester space, Maxilim marah-marah.

"What the hell! Why we must do something riot and blowing racist sentiment? No matter what Ciciesmie said, Rodius must always be in power!"

Dengan emosi marah menyala-nyala Maxilim capai botol minuman. Sekali teguk 50 ml habis begitu saja.

"Err.. bos, that's pesticide!" kata Marius kepada Maxilim.

Muka Maxilim berubah biru. Mulut berbuih. Dia terkejang di tepi botol pestisid buatan Ciciesmie.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Harga Minyak Turun Lagi

Hari ni kerajaan mengumumkan penurunan harga runcit minyak berkuat kuasa tengah malam tadi. Harga petrol RON97 dikurangkan sebanyak 15 sen seliter dari RM2.45 kepada RM2.30 seliter manakala petrol RON92 dikurangkan 10 sen seliter dari RM2.30 kepada RM2.20 seliter.

Harga diesel pula dikurangkan sebanyak 20 sen seliter dari RM2.40 kepada RM2.20 seliter. Penurunan itu diumukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam. [Petikan diambil dari Sinar Harian, Rabu, 15 Oktober 2008]

>>> Dalam aku sedang berkempen berjimat cermat harga minyak pulak turun lagi. Syukur Alhamdulillah..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bila Abas Dapat 100

Pada pendapat Abas, duit adalah segala. Dengan duit Abas boleh beli macam-macam. Dia boleh beli kereta. Rumah. Perempuan. Tiga perkara tu sudah cukup sempurna baginya.

Satu hari masa pergi kerja Abas jumpa satu keping not 100. Betul-betul sebelah Honda cub-nya di kawasan parkir rumah. Abas ambil duit tu dan masukkan dalam kocek jeans.

Wah, ini duit dari langit! Kata Abas dengan girang.

Di ofis, Abas berfikir-fikir mau buat apa dengan not 100. Fikirannya sedikit kacau bercampur gembira. Ya, 100 sudah cukup besar bagi Abas.

Balik kerja, Abas seluk kocek. Dan tiba-tiba dia menyumpah-nyumpah sebab kocek jeansnya itu koyak.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sori, Tetiba Ayang Rasa Macam Nak Makan Yong Tau Foo

Wanita siram air panas pada alat sulit suami
- Sinar Harian 11/10/2008

FLORIDA - Seorang wanita ditahan selepas menyiram air panas pada alat sulit suaminya sehingga melecur.

Polis menahan Maverna Theresa Turay, 52, di Florida Rabu lalu atas tuduhan menyebabkan kecederaan anggota badan. Dia ditahan di penjara Manatee County.

Pihak berkuasa berkata Maverna mendidihkan air dan menyiramkannya ke arah zakar suaminya ketika tidur. Beliau yang melecur lari keluar rumah dan seorang saudaranya menghubungi talian kecemasan, lapor seorang sherif.

Lelaki tersebut dibawa ke Hospital Tampa untuk menerima rawatan. Laporan menyebut Maverna tidak menyatakan sebab dia menyiram air ke arah suaminya, tetapi laporan itu menyebut wanita itu sedang mabuk.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Salam Aidilfitri Geng!

Dalam banyak-banyak kuih, aku pilih tat nenas. Yup, aku hantu tat nenas. Dan aku tak berapa suka cokelat kecuali milo ais. Kalau jumpa tat nenas, aku boleh meng'ketedarah' satu balang tat nenas macam aku layan pop corn. Sedap.

Anyway, Salam Aidilfitri semua. Maaf zahir batin. =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Geram

Satu hari kau bangun pagi.
Tiba-tiba kau rasa negara kau betul-betul macam celaka.
Tivi celaka. Surat khabar celaka. Internet celaka. YB celaka. Semua celaka.
Kerana geram kau gesit mengangkat tivi rumah dan menghumban objek itu ke bawah.
Dari tingkat 15 tivi itu jatuh betul-betul di atas kepala auntie Lilian.
Kepalanya berkecai dan dia mati di tempat kejadian.
Kau rasa takut amat dan kau sembunyi di dalam almari baju selama empat hari.
Selepas empat hari kau pun keluar dan tidak ada apa-apa yang istimewa pun yang berlaku.
Dan kau mula mengutuk diri sendiri yang celaka kerana sanggup bersembunyi selama empat hari di dalam almari baju yang macam celaka.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

New Place II

Masuk hari ni dah hari ke-4 aku tak dapat buat kerja dengan sempurna. Banyak yang tak terbuat dan tak tersiap. Bukan sebab aku malas tapi sebab pc office baru ni slow nak mampus. Nak copy folder dari server mengambil masa yang lama. Agaknya, inilah salah satu ujian menguji kesabaran aku dalam bulan puasa ni. Think positive dan nampaknya aku kena cari penyelesaian macam mana nak atasi masalah ini. Sabar..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Di Sebalik Yahoo!

Tahukah anda apa yang menarik di sebalik logo Yahoo ni? Yang menariknya ialah tanda ! selepas perkataan Yahoo tu. Buka Yahoo dan klik tanda seru pada logo Yahoo. (Sebelum klik, sila pastikan PC anda sedia terpasang dengan speaker atau headphone dan tingkatkan sedikit volume)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pabila Badrul Putus Cinta 7

Demi mengambil hati, Badrul ajak Matthew turun ke lounge di Hotel Turpan Oasis, Xinjiang. Putih pipi Matthew jelas tampak membengkak dan kebiruan.

Badrul garu-garu kepala, tidak tahu mahu mulakan kata maaf yang bagaimana. Matthew masih diam sejak peristiwa di masjid Xinjiang Selasa lepas. Dia tahu Matthew marahkannya.

Dia pesan cappucino. Dan hot lime juice untuk Matthew. Dia minum sendirian. Matthew masih begitu juga.

"Tuan-tuan dan puan-puan. Malam ini kita ada penyanyi istimewa yang kita undang khas daripada Amerika Syarikat. Dipersilakan saudara Anwar..."

Belum sempat Badrul dapat mendengar tutur akhir hos bermata sepet tersebut khalayak sudah bangun. Pandangannya terhalang. Tepukan tiba-tiba menjadi bergemuruh. Suara sorakan bersipongang memecah kapasiti lounge yang sederhana mewah itu.

"Anwar? Amerika Syarikat?" Getus Badrul. Dia menoleh ke arah Matthew. Dan Matthew seperti menerima kejutan. Dia bagaikan dibius ke dalam dunia penuh takjub.

"Anwar? Betul ke?" Badrul kuis bahu Matthew.

"Ha ah. Aku minat gila dia!" Tiba-tiba Matthew menjadi hepi.

"Macamana kau boleh minat Anwar? Kau pun tahu pasal dia?"

"Hello kawan. Aku dari Kanada. Dan aku bukan Kanada yang hip kalau tak kenal Anwar Robinson si finalis American Idol tu ok!"

"Oh, Anwar Robinson. Ye ye. Takkanlah kau tak kenal dia pula ye tak. Aku ingat kau dari Cuba!"

"Hahaha!" Kali ini Matthew sudah mula goyangkan kepalanya seperti itik nila.

"Bro, dia betul-betul macam dewa!"

"Dewa pun boleh mati juga. Apa pun aku suka dia! Hahaha!"

Hairan Badrul. Kehadiran Anwar betul-betul buatkan Matthew bertranformasi, menggeliat menjadi begitu hepi, terkinja dan terhipnosis. Mahu tak mahu Badrul terpaksa juga ikut Matthew menari dan goyangkan kepala macam orang meratib. Ke kiri. Ke kanan. Ini baru soul! Jerit Matthew kuat.

Cappucino dan hot lime juice mula surut dan sejuk ketika 'What a Wonderful World' dilagukan dewa Anwar Robinson pada malam itu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

New Place..

Hari ini aku kena tukar tempat kerja baru. Bukan bermaksud aku tukar kerja. Masih kerja yang sama cuma tempat yang baru. Ini adalah kehendak pihak pengurusan yang kononnya hendak memastikan suasana yang terbaik bagi semua pihak.

Kalau dulu di meja lama aku berdekatan dengan laluan ke studio yang biasanya jadi laluan artis/model, berdekatan dengan laluan ke tandas dan berdekatan dengan printer. Memang macam-macam orang aku boleh tengok. Dalam erti kata lain cuci mata, hee... Tapi sekarang aku hanya mengadap monitor yang berlatar belakangkan dinding dan di dalam bilik yang hanya memuatkan department aku lebih kurang 30 orang. Waa... Busannya! Lepas ni semangat nak pergi kerja macam dah tak ada dah. Dah tak dapat tengok Fida bintang Pantene lagi, Juliana Evans, Maya Karin, Farah Brit Brit, Jojo, Rachel Weisz, Mandy Moore dan lain-lain.. Lepas ni, hanya concentrate pada kerja saja. Tak ada benda yang boleh hilangkan mengantuk. Waaa...

(Jojo, Rachel Weisz dan Mandy Moore saja aku tokok tambah, huu..)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pabila Badrul Putus Cinta 6

Masjid Xinjiang. Badrul berbuka dengan perasaan tidak puas hati menyerkup. Dia memaki hamun Matthew dan Meli. Mukanya rasa berbahang. Satu suapan pertama dia memaki Matthew. Dan suapan berikutnya dia memaki Meli. Begitulah berulang-ulang sampai habis setangkai Yusuf Toyyub dikunyahnya.

Dia rasa loser. Rasa bodoh. Rasa bangang. Dan rasa nak bunuh orang.

"Selamat berbuka bro."

Entah dari mana dia dengar suara Matthew muncul dari celah-celah sudut tiang masjid. Sekonyong-konyong Matthew muncul dengan muka bercahaya dan senyum penuh simpul.

Bukk! Matthew terhumban ke tangga mimbar. Masjid Xinjiang kecoh. Askar-askar Republik Rakyat China kelihatan menyerbu masuk ke ruang masjid.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

$Kawan Ohhh Kawan...

Salam..

The world is changing..so does the people.. :) n the same goes to my frens.. Sometimes, life is funny..what makes life so funny? For me becoz of the ingredients of life itself..things like experience..happiness..sadness..sometimes u can smile when u think about it..

I have a frens..so many frens..but some frens of mine..their thoughts seems to change quite a lot..like flowing where the wind is blowing..sometimes north..sometimes south..n etc..like this week ur thinking like a Pilot, the next week u'll think like a fisherman..soooo vulnerable to influence..lacks antibody.. :) hmmm..

The believe in gospel is a must within our inner self as it may lead to victory within time..in another word..stick to the target..be confident of what u believe in or what decision u had took..be specific..dont just being general and ordinary like any other people does..be UNORDINARY..think UNORDINARY..be DIFFERENT..

May the force be with u..............................

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Post Pertama Aku

Sebelum tu aku nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak buat rakan-rakan & peminat Liga Manusia Ordinari.

Puasa kali ni aku rasa lain sikit, sebab rasa cukup letih & tekak rasa sakit je. Entahlah, maybe pasal cuaca yang tak menentu ni kot. Mungkin dugaan puasa agaknya.

Okla... Tak payah la cite pasal aku, korang pun belum tentu berminat. Ni aku ada sikit video nak kongsi dengan korang, berkenaan Free Photo Booth. Gelak boleh, tapi jangan lebih-lebih ye.




Universal Studio Free Photo Booth - video powered by Metacafe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pabila Badrul Putus Cinta 5

Hujan rintik. Langit masih berjerebu ketika Badrul sampai ke ibu kota Beijing. Betul-betul di hadapan Stadium Sarang Burung. Turun saja dari teksi Badrul terus buka banner. Lebih kurang 1 meter lebar.

Tapi Badrul hairan sebab semua orang yang lalu-lalang di situ buat endah tak endah saja. Macam Badrul tak wujud. Dia rasa macam kutu hama.

Cina Beijing buta rumikah? Getus hati Badrul.

Dengan rasa tidak puas hati Badrul tengok semula banner kain putih yang di tulisnya itu. Terang-terang banner yang dipegangnya itu tertulis:


------------------
'FREE JIBET!!'
-----------------


"Babi kau, Matthew!"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 Month Leave

Bismillahirrahmanirrahim

Dia pergi meninggalkan kita kerana dia bercuti selama sebulan. Maknanya segala dosa yang kita lakukan selama sebulan ini adalah atas diri kita sendiri tanpa godaan daripada dia. Sejauh mana banyaknya amalan kita, sebanyak mananya dosa yang telah dan akan kita lakukan, kita fikirlah sama-sama.


Selamat menyambut Ramadan..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Gempak Giler..

Kedah (4) vs Iran (1)
Kedah (1) vs Jepun (0)
Kedah (3) vs Australia (0)
Kedah (0) vs Chelsea (2)
Kedah (2) vs AC Milan (3)

Ini adalah rekod perlawanan persahabatan Kedah sebelum mereka bermain di suku akhir AFC Champions League bulan depan. Ternyata ini merupakan rekod yang baik.

Tapi ni bukanlah the real games, cuma simulation game PES6 (Pro Evolution Soccer 6). Mula-mula aku pilih team dari Asia, kononnya nak bagi balance. Last-last aku pulak kena titik. Geram punya pasal aku pilih Chelsea dan AC Milan. Menang memang la menang tapi susah siot!

Aku>> Oi! Kuat gile kau create team Kedah. Jangan cambest sangat!!
Lan>> Amacam? Macam real-kan. Sapelah yang download team ni. Haha!
Aku>> *#&@$&!=p
Lan>> (senyum tak terkata)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pabila Badrul Putus Cinta 4

Badrul rasa tension gila tinggal lama-lama di sini. Apa tidaknya, semua objek yang dilihatnya bertukar menjadi Meli. Dia nampak wajah Meli di cermin rak rokok di Seven E. Kadang-kadang wajah Meli menjelma atas fritter doh yang dibelinya di Dunkin Donuts. Lukisan-lukisan dan arca-arca seni di galeri Pro Hart di Broken Hill pun selalu saja bertransformasi, bertukar menjadi susuk tubuh Meli. Dia nampak wajah Meli tersenyum. Mengejek. Kadang-kadang Meli jelir lidah dan tunjuk buntut. Badrul rasa tension gila. Stres.


Awal pagi esok Badrul ambil bas pergi Brisbane. Dia beli tiket ke Beijing untuk lusa. Badrul balik rumah dengan senyum mengulum dan mata bersinar.

"Pergi Beijing? Buat apa?" Matthew keliru.

"Aku nak join grup Free Tibet. Aku nak buat kerja amal."


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cintan-Cintun


Disebabkan dah lama aku tak menulis, jadi aku nak review satu topik universal ringan. Topik CINTA. Korang tau ke pasal CINTA? Pandai sangat ke? Takpe, biar aku uruskan masalah pemahaman korang tu.

CINTA mewakili satu emosi mendalam, yakni pengalaman yang berkait rapat dengan rasa nak dicintai dan juga tarikan seksual antara laki perempuan.

Boleh dikatakan CINTA ni ada kena mengena dengan sikap, keadaan dan juga perasaan dari sesuatu yang biasa sehinggalah pada daya tarikan dalaman orang yang kita tergila-gila tu.

Ok, disebabkan aku rasa macam nak mencari CINTA guna friendster, myspace atau tagged sekarang ni. Aku tinggalkan dulu topik CINTA . Bertemu kita dalam waktu terdekat.

p/s: Aku baru join satu group ala-ala myspace, giler gempak awek dia..hahahaha...



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tamatlah Sudah..

Piala Malaysia musim 2006/2007 menjadi milik Kedah dengan mengalahkan Selangor 3-2. Tahniah kepada Kedah kerana treble untuk 2 tahun berturut-turut. Puas hati pergi tengok final game kat stadium dengan Lan. Walaupun aku bukan orang Kedah, aku pergi tengok sebab Lan minta teman. Aku sokong Kedah bagi pihak Lan dan menang. Seronok dan rasa jeles pun ada. Bilalah agaknya team dari selatan nak merasa piala ni.. Erm..

Kepada Kedah, alang-alang dah menang piala-piala yang ada kat Malaysia, menanglah pulak piala AFC Champions League.. Memang agak mustahil tapi kalau dapat sampai semi final pun dah kira ok. Anyway, good luck!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Apa Daa...

Aku tak tau apa yang aku nak tulis.. Tengah blur..

So, tunggu sajalah ok.. ;-)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pabila Badrul Putus Cinta 3

Pagi. Badrul berbungkus dalam selimut. Sambil menggeliat dan meraba penis sendiri dia tengok katil sebelah. Matthew tak ada. Tivi terpasang Discovery Channel, cerita Firaun yang diulang tayang hampir sepuluh kali. Botol ubat berlonggokan di meja bersama-sama dutch lady sekotak, roti sebuku, jem stroberi yang tinggal separuh isi dan Marlboro Light 20. Dia buka kotak Marlboro. Empat batang tinggal. Dia cucuh sebatang dan sedut dalam-dalam. Fuhh... Asap pekat kelabu berpual-pual keluar.

Ada nota pelekat kecil tertampal di laci meja. Dia baca.

Hoi, aku keluar. Jangan lupa makan ubat
- Matthew
Perut Badrul memulas. Cilaka air charcoal! Makinya dalam hati.

Kepala otak Badrul ligat fikirkan sesuatu. Dia bangun dan seret tong sampah besi dari koridor luar masuk ke dalam rumah. Dia masuk bilik, selongkar barang-barang pemberian Meli. Dia nak bakar semuanya. Biar kenangan-kenangan dulu menjadi abu. Dia pecahkan lighter dan biarkan cecair butana tumpah. Dia keronyok surat khabar dan cucuh guna pistol api dapur. Sekali cucuh api terus menyala dan berasap-asap memenuhi siling rumah dan keluar ikut jendela.

Badrul termenung. Kosong.

Tidak sampai sepuluh minit Badrul dengar pintu rumah diketuk kuat, bertalu-talu. Dia buka. Matthew terpacak depan muka pintu dengan muka cuak. Menggelabah.

"Apa? Kau ingat aku nak bakar diri?"

Mathew hembus nafas lega. Dia cakap, "Aku ingat kau kena seksa Tuhan, kena bakar."

"Fuck you!" Badrul menghamun Matthew. Mereka gelak sama-sama. Sayup-sayup bunyi siren bomba datang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Semi Final 2nd Round

Johor FC (1) - Selangor (0)
[Stadium Pasir Gudang]

Terengganu (2) - Kedah (0)
[Stadium Sultan Mizan]

Selangor mara ke final dengan agregat 2-1 dan Kedah mara ke final dengan agregat 3-2. Ini bermakna, bagaikan Lan bertemu Anil di perlawanan akhir. Final game 23hb kat Stadium Bukit Jalil. Lan ajak aku pergi tengok. Katanya merasa bahang perlawanan akhir daripada tunggu Johor FC yang entah bila. Panas je bunyinya. Sebenarnya dia nak ada teman, aku kata ok je tapi dengan syarat kenalah payung. Hahaha. Dan dia pun kata ok. Maknanya aku akan folo dia nanti dan support team mana yang rasa cambest.

Daripada game semi final yang aku tengok, walau sehebat mana pun pasukan tu menyerang, mengawal permainan dan bertahan tapi kalau dah bukan rezeki untuk mara ke final takkan pergi jugak. Aku terpaksa pasrah sebab Johor FC gagal layak ke final. Walaupun menang di pusingan kedua tetapi masih tak cukup untuk ke final. Apapun, tahniah untuk pasukan Johor FC atas usaha dan semangat yang ditunjukkan. Selamat maju jaya kepada pasukan Kedah dan Selangor kerana mara ke final.

Pssst.. Rasa seronok bila ada wakil dari Malaysia yang mara ke quater final Asean Champions League walaupun bukan team favourite.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Darah Manis in the End..

Puan Suraya aka Gaia si darah manis baru kahwin pada 16 Ogos lepas dengan pasangannya Mohd Hanif. Selain tu adalah dalam 2 lagi member aku yang baru kahwin. Antaranya Eddy dengan pasangannya dan Zaff dengan Pn Zainab pada 17 Ogos. Sebelum ni status diorang semua tunang. Ini bermakna darah manis diorang dah tamat tempoh. Dan sekarang diorang dah bukan berdarah manis lagi dah dan tak tidor sorang-sorang lagi.. Mesti bestkan.. Hee.. =p

Zaff dan Puan Suraya merangkap ex-ofismet aku mase keje kat Tabung Haji dulu.
Eddy member bola aku mase blaja dulu.
Dan tidak lupa kepada Pyan (member mase aku balaja dulu) bersama pasangannya Pn Yus Adlin yang dah sebulan kahwin.

Di kesempatan ini, aku ucapkan 'Selamat Pengantin Baru' kepada diorang dan semoga bahagia dunia akhirat serta kekal hingga ke akhir hayat. Ameen..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pabila Badrul Putus Cinta 2

Badrul sarung jaket Adidas, capai snow cap dan berjalan ke 7-Eleven seberang jalan. Malam terang tanpa salji. Badrul pesan parasetamol sepapan dan Diet Coke setin.

Kata Matthew, semasa kuliah Fluid Engine, kau cuma perlu dos morfin untuk mati dengan aman.

F! Farmasi mana yang ada jual morfin? Jadi Badrul nekad mahu telan parasetamol sepapan saja.

Badrul bukannya mahu mati. Dosa lama pun sudah berkepuk inikan pula dosa membunuh diri. Badrul cuma mahu mati acah-acah saja. Dia mahu Meli tahu yang dia sayangkannya.

Lepas telan tablet ke lapan. Kepala Badrul rasa ringan dan melangit. Dia dapat dengar setiap denyut pulmonari mengepam palet-palet darahnya.

Sedar-sedar dia sudah terbaring atas katil besi hospital New South Wales. Doktor negro Honolulu paksa Badrul minum air charcoal sampai dia muntah satu baldi. Dia rasa seksa gila.

Bila matanya mula terang. Badrul cuma nampak Matthew di bucu katil dan Doktor negro Honolulu sedang senyum.

"Hoi, kau dah tak ingat Tuhan? Kau nak masuk neraka?!" Matthew berkhutbah.

Air mata Badrul merambu dari tebing mata.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Semi Final 1st Round

Selangor (2) vs Johor FC (0)
[Stadium Shah Alam]

Kedah (3) vs Terengganu (0)
[Stadium Darul Aman]

Baru ni aku dan Ayie turun stadium tengok game Selangor lawan Johor FC. Piala Malaysia 2008. Malangnya, aku balik frust sebab Johor FC kalah 0-2. Anyway, aku harap Johor FC dapat tebus dan kalahkan Selangor di pusingan kedua nanti dan mara ke final.

Sampai Shah Alam, aku dan Ayie join duduk di kelompok penyokong Johor FC. Semasa perlawanan baru mula, penyokong Johor FC riuh rendah, riuh bukan sebab Johor FC score, tapi sebab Fahrin Ahmad datang bagi support. Ya, Fahrin si artis Malaysia orang Skudai, Johor. Terasa bangga pulak bila orang macam dia bagi support. Cayalah Fahrin.

Perlawanan ini umpama Anil (Selangor) bertemu aku dan Ayie (Johor FC). Manakala Lan (Kedah) umpama bertemu Why (Nganu). Hati gua panas je bila Lan ajak gua turun Bukit Jalil tengok final game Kedah lawan Selangor nanti. Cis, bukan main kerek dia.

Johor FC, kalahkan Selangor dan mara ke final!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

$Bosan

Most of the time u got headache when u got work...
.
.
.
But sometimes u still got headache when u got no work!!...
.
.
.
What to do??

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mama, Kenapa Orang Sebelah Kita Selalu Gaduh-Gaduh?

Pasangan Didakwa Kerana Seks Bising - Sinar Harian, 09/08/2008

LONDON - Seorang wanita di Britain dan kekasihnya didakwa di mahkamah kerana bunyi bising mereka ketika mengadakan hubungan seks mengganggu ketenteraman jiran-jiran.

Kerry Norris, 29, dan teman lelakinya Adam Hinton sering mengganggu jiran-jiran mereka menerusi bunyi bising sepanjang malam mereka berasmara.

Pasangan itu juga suka menjeritkan kata-kata lucah.

Seorang jiran, Richard Powell memberitahu majistret bahawa bunyi bising akibat hubungan seks pasangan itu membuatkannya tidak dapat tidur sepanjang malam.
“Saya terpaksa mengambil cuti kerana kurang tidur,” katanya.

Isterinya, Sarah berkata, dia terpaksa memindahkan anak-anak ke ruang depan kerana bunyi bising itu.

Seorang lagi jiran, Michelle Tyrrell memberitahu anak perempuannya yang berumur empat tahun sering terjaga akibat bunyi bising itu.

“Anak saya kini sering kencing di atas katil dan mengalami mimpi ngeri kerana apa yang didengarnya,” katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Darah Manis

Sabtu lepas, aku pergi piknik dengan x-officemate aku. Piknik di air terjun Chamang, Bentong, Pahang. Sehari sebelum tu aku ada tanya Redzuan selaku moderator piknik pasal siapa yang dah confirm join. Dia bagitau, antaranya Suraya bla bla bla.. Aku terkejut. Bukan si tunang Suraya tak bagi dia pergi ke? Redzuan jawab, tunang dia bagi dengan syarat tak boleh mandi, sebab darah manis. Aku rasa mesti Suraya berjaya pujuk tunang dia. Dan mungkin sebab untuk menggembirakan tunang sendiri maka dia bagi pergi. Keizinan dengan nasihat supaya berhati-hati. Ya, siapa tak sayang tunang dan sebab keizinan tu lah Suraya dapat join piknik dengan kitorang.

Darah manis? Ya, aku pernah dengar darah manis ni banyak pantang larangnya. Aku tak berapa arif tentang pantang larang ni lebih-lebih lagi untuk sesiapa yang bakal kahwin. Ini semua adat Melayu. Apa pun mesti ada sebabnya. Maka kesempatan yang ada aku pun rujuk Mr. Wikipedia.org.

Dan barulah aku tau sebenarnya semua ni sebagai langkah keselamatan, takut-takut berlaku yang tidak elok seperti lemas. Takut lain pulak jadinya. Qada dan qadar Tuhan yang tentukan. Walaupun nak pergi bersuka ria, kita mesti beringat. Oleh yang demikian aku terasa bertanggungjawab untuk menjaga diorang (member perempuan aku). Almaklumlah diorang ramai yang dah bertunang. Sambil aku mandi air terjun bersama member-member lelaki aku, sambil tu juga aku mengawasi diorang.

Balik dari Chamang, pergi main bowling satu frame dan lepas tu baru balik rumah masing-masing. Rasa seronok sangat dapat cuti beramai-ramai dengan x-officemate aku. Syukur Alhamdulillah, semua balik dengan selamat.

Di sini aku sertakan link untuk tatapan para pembaca.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pantang_larang_Melayu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pabila Badrul Putus Cinta 1

Semalam Badrul putus cinta.

Perkara pertama dia buat pada pagi selepas dia putus cinta ialah tengok henfon.

Tak ada ucap selamat pagi.
Tak ada ucap sayang.
Tak ada mesej apa-apa pun.

Jadi, Badrul ambil keputusan hantar mesej kepada diri sendiri.

-Selamat Pagi Sayang-

Badrul senyum. Badrul sambung tidur balik.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aku.Rindu.Orang

Sabtu bersamaan 2 Ogos 2008

3.30 petang...

3.45 petang...

3.48 petang...

3.55 petang...

4.02 petang...

Tertido...........

6.18 petang...

Takde siapa pun call...

Kecewa...

AKU.RINDU.ORANG

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cuti Umum

Dah hampir 2 minggu aku batuk bercampur selsema. Selama tu jugak aku tak hisap rokok (Hehehe.. Gila apa, kurang hisap je..). Aku tension! Gaji tak dapat lagi. Orang lain sibuk suruh ubah cara hidup, yang terumbang-ambing macam bot tak tertambat ni macam mana..?

Rilek.. Cool.. Aku tak bermaksud nak emosi, batuk berselsema ni memudaratkan fikiran suci aku.

Apa yang boleh dibuat? Macam-macam petua nenek yang aku dah try. Tak elok jugak..

Mungkin ini je jalan yang paling lurus..

Yepi!! Esok pegi klinik ambik sijil cuti sakit.. Hahaha... Saja aku melayukan perkataan M.C. kasi janggal!! Cuti umum yang begitu bermakna. Macam video ni, hayatilah...

http://www.youtube.com/watch?v=Ci5pibnBgt8

Aku maksudkan video, bukan 'benda' yang di-promote! Paham!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pasukan Kuning Hitam vs Pasukan Biru

Semalam aku pergi tengok Malaysia lawan Chelsea di Stadium Shah Alam dengan Redzuan, Yazid dan Kechik. Tiket memang mahal (RM33, RM53, RM98, RM103) bersesuaian dengan tempat duduk. Mahal bukan sebab apa, sebab Malaysia lawan Chelsea, Chelsea yang boleh dikatakan world class team/club. Nak tengok Chelsea secara live sambil kononnya bagi support team Malaysia. Aku join member aku pergi tengok. Aku dapat tiket RM33 dengan harga RM10. Yazid dapat murah coz bos dia bagi. Dapatlah tempat duduk dekat belakang gol.

Rasa macam tak percaya pulak tengok nama-nama besar dalam bola sepak secara live seperti Frank Lampard, John Terry, Deco, Petr Cech, Ashley Cole, Joe Cole, Nicolas Anelka dan Schevcenko. Macam kata Redzuan, "rasa macam dekat Stamford Bridge (Stadium Chelsea)".

Apa yang aku tengok, penyokong Chelsea lebih ramai berbanding penyokong Malaysia. Ini dapat dilihat melalui baju yang diorang pakai. Aku? Tentulah support team Malaysia. Aku pergi tengok pakai jersi Malaysia maa.. Isu penyokong malas nak ambik port aku layan je tapi dalam ramai-ramai penyokong yang aku tengok, ada mamat niger bawa bendera Ghana, maybe untuk Michael Essien. Ada jugak mat saleh dalam 3/4 orang yang aku tak pasti warga negara mana pakai jersi Malaysia sambil melaungkan 'Malaysia Boleh'! Pergh... Terasa bangga aku. Orang kita? Ada yang pakai jersi Chelsea ada jugak yang pakai Jersi Malaysia.

Keputusan perlawanan memihak kepada Chelsea dengan kemenangan 2-0 hasil jaringan Nicolas Anelka separuh masa pertama dan jaringan Ashley Cole separuh masa kedua. Walaupun kalah, aku tak kecewa coz Malaysia ada jugak buat serangan dan sesekali berjaya mengucar kacirkan defends Chelsea. Kalah pun tak teruk. Lawan Chelsea, kira ok la tu. Rasa tak puas pulak tengok game semalam. Lagi best kalau Malaysia dapat score.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Don't Remember..

Waa... Malu betul aku. Jarang sekali aku bagi speech di khalayak ramai. Semalam adalah hari terakhir aku kerja kat THCC. Office lama aku ada mengamalkan 6 minit EKP kena bagi speech dalam Bahasa Inggeris sebelum balik dan semalam adalah hari terakhir aku kena bagi speech kat sana. Sedang aku bagi speech dan dalam pada aku mencari perkataan untuk berkata-kata, sekali aku tersalah cakap laa.. "if u all have do activity like playing futsal, don't remember to call me". Sebenarnya ayat ni tidak sesuai kerana semacam memberi amaran. Dah la broken english, salah pulak tu. Huh!! Niat aku sebenarnya nak bagitau jangan lupa ajak aku, salah cakap punya pasal aku kena gelak ramai-ramai. Huu malu malu..

Apa pun, terima kasih di atas jamuan yang serba ringkas untuk mengucapkan selamat maju jaya kat aku di tempat kerja baru dan happy birthday untuk Sariwan coz dia birthday boy pada bulan 7. Ada Dominos, ada kek, ada popia, ada Coca-Cola, ada Sprite. Terima kasih bos, terima kasih management team yang lain dan terima kasih semua kawan-kawan sekerja. Patah tumbuh hilang berganti, Insya-Allah korang akan jumpa peganti aku yang cambest ni. Hee..

Hati memang rasa berat nak meninggalkan korang tetapi demi membina kerjaya baru, aku kenalah buat keputusan yang sebaiknya. Chewah... Buat Redzuan, Adam, Fairul, Sariwan, Zaff, Abang Samsul, Bani, Naza, Suraya, Tandop aka Maznah, Murni, Mak Su, Mama Rina, DO, korang memang best. Ada rezeki Insya-Allah kita jumpa lagi. Selamat maju jaya kepada semua..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sorry for the Kissing

Awak.. awak..
Saya minta maaf..
Sebab cium awak..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cuti...

Dah dekat 2 minggu aku bercuti tanpa gaji.. Best-best.. Hari-hari makan, tido, tengok TV, makan durian, tengok DVD, minum-minum kat Mamak. Wahhh.. Nikmatnyee..
.
.
.
.
Jangan jealous ye encik Deja, Kelambu dan lelain

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Apa Sudah Jadi??

Pagi Ahad yang indah aku pergi breakfast dengan housemate aku. Aku baca paper Berita Minggu sambil pekena nasi lemak sotong dan teh tarik. Artikel yang menarik minat aku hari tu ialah Masyarakat 'relakan' mak nyah diterima. Dari artikel yang aku baca dari kajian yang dilakukan dianggarkan 10,000 - 15,000 adalah mak nyah tegar yang sememangnya berkeinginan kuat untuk bertukar jantina dan gaya hidup. Ada jugak artikel 'Guru antara ratu pondan ditahan'. Wah!! Apa kes? Macam dah berleluasa mak nyah ni, siap ada ratu pondan lagi. Apa sudah jadi?? Pernah gak aku dapat e-mel gambar-gambar mak nyah ni, ada yang sebijik cam perempuan beb. Cun pulak tu. Ada gak yang badannya sasa. Waa..., memang menakutkan. Kalau macam ni la gayanya, berhati-hatilah sesiapa yang nak cari calon bini, takut-takut terngurat nyah pulak. Nauzubillah...

Semoga diorang diberi petunjuk dan semoga insaf hendaknya, ameen...

Info dari Berita Harian, Ahad 27 Julai 2008 Rencana.

-Istilah pondan-
  • Istilah pondan (Mak nyah, bapuk, darai, ponen, banci, kedi, papak) merujuk kepada lelaki transeksual iaitu individu yang mempunyai biologi lelaki, tetapi mendakwa mempunyai naluri wanita. Golongan ini sering menggunakan istilah terperangkap dalam tubuh yang salah' atau 'wanita dilahirkan transeksual'.
  • Pakar dalam isu ini, Pensyarah Kriminologi dan Sosiologi dari Universiti Utara Malaysia (UUM) Professor Madya Dr Teh Yik Koon, berkata mak nyah secara amnya merujuk kepada lelaki transeksual, iaitu lelaki Mukhannas yang mahukan jantina berbeza daripada jantina asal.
  • Daripada persepsi Islam, jantina dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu lelaki, perempuan, khunsa (mempunyai dua jantina) dan mukhannis atau ukhannas.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jiwa Kacau, Penuh Ranjau



Macam nilah aku membayangkan diri aku sekarang...




Aku cuma harap semuanya ok nanti... setenang ini...





Dapat melepak dengan cool...





Boleh usya awek...




Menikmati tido yang nyenyak...





Ahh!! "Anggup-anggip bagai rumput di tengah jalan"...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aset Yang Berharga

Isnin yang lalu akak aku ada kursus di Hotel Singgahsana Petaling Jaya selama 4 hari 3 malam. Biasanya akak aku akan roger aku untuk minta teman dia bermalam di hotel. Bukan apa, akak aku tak berani bila sengsorang di bilik hotel ni. Dipendekkan cite aku pun teman la akak aku selama dia di sana. Kebetulan adik aku yang belajar di Gombak dan dekat Bangi pun join sekali. Kebetulan diorang takde kelas. Sebelah siang aku macam biasa aku pergi kerja. Tapi bila malam, akak aku ajak jalan-jalan KL. Walaupun penat aku gi juga bersama adik-beradik aku gi jalan-jalan Times Square, KL Sentral dan Kajang. Kakak aku duk Johor, so banyak yang dia teringin nak pergi bila sampai KL. Walaupun penat seronok gak la gi jejalan, lepak dengan adik-beradik aku. Bila kuar dengan akak aku, macam-macam yang dia belanja. Makan pun macam-macam.

Pergh!! Besh besh. Tapi bila nak last day tu, aku rasa macam tak puas pulak bila nak berpisah. Erm.. Ni la aset yang berharga yang aku amat hargai. Tiba-tiba rasa dah lama tak lepak dengan mak bapa aku. Next week aku mau balik kampung. Lepak sama family. Yeay!!

Jika sebelum ni aku terfikir teringin nak ada awek, belum tentu kalau ada awek aku dapat luangkan masa bersama adik beradik aku.

Maka, aku kena hargai ape yang aku ada dan apa yang aku tiada tu pasti akan aku perolehi apabila tiba masanya nanti. Redah jee..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kadang-Kadang Kebenaran Cuma Pada Bibir

Lama sudah aku tak telefon Omar. Habis saja belajar di UIA dulu dia terus terbang ke Khartoum.

Satu hari aku terima panggilan dengan nombor aneh.

"Hoi, apa cerita Malaysia? Liwat sana liwat sini. Bikin malu saja sama Sudan."

"Mana kau tahu ni?"

"Apa kau ingat di Sudan aku tak boleh akses Google?"

"Jangan percaya sangat apa yang kau baca. Kami ok. Aman makmur. Inflasi kurang. Kaya raya. Harga minyak mahal pun kami mampu lagi. Tak percaya datanglah. Nanti aku belanja kau cendol yang kau cakap makanan dari syurga tu."

"Oh, yakah? Bangsat punya Amerika! Tipu!"

"Tapi, apa cerita tuan presiden yang kau puja tu? Omar el-Beshir sudah bunuh ribu-ribu orang. Dan ICC sudah mau keluar waran dakwa. Apa kes?"

"Jangan percaya sangat apa yang kau baca. Kami kat sini ok. Yang nama Omar tu mestilah bagus dan mulia. Tahun depan kami dah boleh mengundi. Ini baru betul demokrasi!"

"Oh, yakah? Bangsat punya Amerika! Tipu!"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pada Suatu Petang.

Itu hari aku pergi main boling dengan budak-budak aku. Al-maklum.. Lama gak aku tak main boling ni, puas aku buat decision making nak main ke tak nak.. Lastly aku terjebak, siyut betul!! Oklah.., bila lagi nak entertain kawan-kawan kan!! "Hari yang gelap kini sudah cerah" Lebih kurang macam tu suasana main boling kat alam ria kanak-kanak...

Nak kata aku bagus, takdelah sangat pun, tapi kalau yang power pun boleh tersungkur kat tangan aku ape cer ni?! Walau kita sedia maklum kekalahan adat permainan, itu tak menjadikan aku bongkak, riak dan takabbur.. Apa pun, korang enjoylah tengok gambar ni..



Ini antara gambar-gambar yang aku terambik.. Tapi aku heranlah, seingat aku hari tu kita 'bet n side-bet'. Siapa kalah kena bogel, siapa menang kena belanja... Apa sudah jadi!?.. Aku ranking tengah je.. Hahaha..

Beb.., ibarat kata "Kaki sudah terlangkahkan, tangan sudah terjembakan"... Dan lagi sekali aku gelak, HAHAHAHAHA...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

$Tembak Kepala

Within and without the context of video games, a headshot usually signifies a shot of particular skill - the head is one of the smallest targets on the body, and is therefore one of the most difficult to shoot. In another terms.. headshot is just like 'check mate'.. meaning that its over for u & u cant do anything to counter it..

Well.. headshot isn't something bad actually.. depends on ur intention and how u define it.. for the police, soldier or any good guys wif gun.. especially the sniper and so on.. aiming for the head is just to stop the enemy from doing something more dangerous and more stupid, thus it may results in more casualties.. for that, u have to totally incapacitate them..

But for me..

"Ayah.. we are expecting!! Alhamdulillah.." - thats my wife sms after she had the good news based on the tester that we bought from Guardian Pharmacy.. i was at the office at that time.. can u imagine how happy i was?? Alhamdulillahhh...Yeahhhhhhhh!!!



So.. the conclusion of the story.. if ur just married for about a month++ and suddenly u are expecting a child.. that means.. u are a sniper mannn... HEADSHOT!! hahahaha...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Temujanji Pada Petang Yang Melo

Kata Rodriguez, kalau kau 'dating' nanti, please jangan cerita kisah cinta dulu-dulu. Anggap dia yang pertama dalam hidup.

Aku pegang kata-kata Rodriguez. Dan aku ratibkan ayat itu berulang kali di setiap jejak dan langkah.
.

.
Petang itu. Awan berambal. Tiupan angin terasa melo.

"Awak pernah ada boyfriend tak?" aku.

"Tak.."

"Ohh.."

"Awak?"

"Saya? Err.. Ermm.."

"Adalah tu. Jangan nak tipu."
.
.
Eh.. eh.. Tak beritahu pun.

Petang itu. Awan berambal. Tiupan angin terasa melo.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

$Pagi Indah yang Tidak

8.30 - My wife started the car engine to send me to the LRT station.. everything was perfect except for these days i can't go to work wif my wife anymore coz she had resigned.. :( so i don't have an assistant anymore to hold my tickets.. to pay for the tickets coz i don't like queing, to buy me a waffle, someone that i can park my laptop while she was sitting and so on.. and i do miss the moment where we'll meet everyday at the kl sentral after work and i was so happy to see her waiting for me with a big smile on her face ( it's just a husband instinct.. hehe) and sometimes her hand was holding a FOOD... and the good thing is that from now on i can go quite as normal as all of my officemate does everyday and i don't have to open the office every morning anymore.. but suddenly i do realized this morning.. that i got another burden to think of.. i swear i never had this kind of feelings before..

As usual, as i went inside the train.. my head will turn around and around just to catch something that is good to my eye (and i bet every 90% of us man did this except for old guys who had his 'andropause' (or watever it is ) already).. haha.. and this morning.. none of the train passengers caught my eye.. :( and suddenly.. i began to think..think of something.. and i'll do this everday if i'm bored.. and of coz i'm bored standing and waiting for the train to reach the station..

What the hell is happening in our country rite now? suddenly this q went to my head.. do i really have to think bout the country? Don't they have someone better than me to think about the country's sake? this country already appointed a 'good' one i guess.. ahhh.. i hate this.. really.. Dude.. i've worked so hard to get to my current position now man.. my life is not as yours.. yours is easy and full of money.. but for me i've worked so hard just to earn a small sum per month.. and i've once even became an expert for some of your great companies 'as u claim' out there coz u don't have one.. come on..

And what is goin on last nite man? People is asking u some q's for the citizen's sake dude.. and wat is your answer?? ur answer is full of shit.. full of junk.. u even attack HIM personally and leave away all the questions hanging.. we don't want all those answers dude.. and now u are planning to arrest HIM.. why? did HE really commit that crime?? hey man.. if u could noticed.. HIS WIFE is the only one among the great M's wives that wore the scarf u know?? that is so ridiculous.. are u scared?? scared becoz there is a better one out there to lead the country? so that HE will exposed all of ur stupid *uck's crimes before !!?? Ohhh come on.. U know wat?? i work in quite a MNC's kind of company.. i was in shame man.. to hear that some of my frens from outside this country were talking bullshit bout some sensitive stuff.. don't u get it?? and it makes me really sad u know?? we use to be a great one before...

And i really sware for the second time.. back then.. i don't even know anything bout this kinda shit.. and it really bugs me to hear that someone out there is messing wif our future.. our money.. our parents money.. and watever money there is.. THE LOGIC IS OUT THERE!!

9.30 (last nite) - while i was concentrating watching the so called ' G's generosity '.. suddenly.. in the middle of the silence.. meowww.. meowww.. tsut.. tsut.. tsut (sounds that u make to attract cats).. and there goes my wife with her beloved cats.. in the middle between me and the tv.. OHHHHH GREAAATTTT!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mari Belajar Sama Saya

Disebabkan sifat mudah mesra aku sebagai pekerja yang berdedikasi, banyak yang mencadangkan aku sebagai pekerja cemerlang.... Aku tipu je.. Sape nak calonkan orang yang selalu hilang untuk merokok sebagai pekerja cemerlang..? Ya.. Orang yang spesis macam aku tapi berpangkat tinggi je boleh buat macam tu.. Menggunakan otoriti sebagai platform menaikkan kroni-kroni..

Tapi cerita aku hari ni lain.. Mungkin boleh dapat anugerah chekgu cemerlang..

Nuno - Man, could you help me to learn some of malay languages?

Me - Sure! Give me the words, i'll translate for you..

Nuno - How to say Good Morning, Lunch, Thank You and Good Bye in malay?

Me - Its easy man, Good Morning is SE-LA-MAT PA-GI, Lunch is MA-KAN TE-NGA-HARI
Thank You is TE-RI-MA KA-SIH and Good Bye is SE-LA-MAT TING-GAL

Nuno - That's nice and its easy to pronounce..

Me - Why do you wanted so badly to learn about this words Nuno..?

Nuno - You know what, i find out, there's a lot of beautiful girl around here..so, maybe i can get one of them to chill out with me on weekends..

Me - You remind me of something, in malay i would say it "Ada Bangkai, Ada Hering"..

Nuno - What does it mean actually..?

Me - It means, wherever bad girl there is, you can find bad guy in the same place..

Nuno - Hahaha..im not bad or being evil, im just curious..

Me - Curious about asian girls? Thats another point of view for you being evil..

Nuno - Alright, but please teach me more of malay words..

Me - No problem, but we should continue tomorrow, and i'll bring some handouts for you..

Nuno - Yeah, i can make use of it..hahaha..

Nuno adalah rakan sekerja aku dari Portugal yang gemar melayan muzik hardcore dan sangat suka melayan keindahan aweks kat KL ni.. Huhuhu..

Obligadru... Terima kasih versi Portugis.. Amacam? Jangan jeles kalau aku cakap portugis lepas ni..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bidadari Dari Sorga

Entah dari mana tiba-tiba bidadari itu turun dan menjadi begitu marhaen.
Dalam koc serba terhimpit itu dia menceriakan semua warga.
Bau-bau peluh yang berlekitan bertukar menjadi begitu harum. Begitu wangi.
Dalam hati masing-masing, kami berdoa agar setiap momen kinetik tren dapat diperlahankan.
Semuanya kerana kurniaan Tuhan yang maha cantik itu.

Emm.. bang, wallet jatuh la..

Bisu.
.
Bisu.
.
Bisu.
.
Cantiknya dia, sehingga kata-kata terima kasih pun tidak terluah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Raya 2008

Raye taun ni aku rase cam tak lengkap je. Aku rase agak terkilan sebab rumah yang aku plan nak gi beraya tapi aku xpergi. Ada sorang atuk sedara still ingat lagi kat aku. Biasenye raye pertama aku akan pergi beraya bersama adik beradik aku tapi taun ni mase aku nak pergi rumah dia tertutup. Maka kami tangguh. Aku banyak menghabiskan masa kat rumah. Abg-abg dan akak aku tak banyak masa yang diaorg ada coz ada komitmen di sebelah mertua. adik aku palk sibuk ngan member dia. aku nak pergi sorang2 malas la plak. Aku nak sangat pergi bukan sebab ape, masa abg aku pergi beraya kat rumah atuk tu, atuk tu tanya khabar aku. terharu aku dibuatnya bila org tua cam dia still ingat kat aku. Aku ni bole dikira cucu yang jauh dpd dia. Ni belum kira bapa member kamcing aku masa sekolah rendah dulu. Ada sekali aku terjumpe dia dan aku tegur dia dan dia menceritakan kerap tertanya-tanya khabar aku. Pergh... lama tul. Dia still ingat lagi kat aku. Aku terharu. Aku ada tertanya-tanya kat diri sendiri dan ada gak aku buka cerita kat akak aku sebab ape yang diaorg ingat kat aku, akak aku kata sebab PR aku bagus. Aku tak setuju coz aku biase je tapi yang aku dapat rasakan mungkin aku ni best dimata diaorg. hee...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cara MU Cara KU Mendapatkan Sesuatu

Ahh!! Mana nak carik duit ni.. Puas aku pusing satu rumah, dapat kutip seposen yang bersepah-sepah pun tak pe. Tapi memang malang, satu sen pun aku tak jumpa, apa maknanya semua ni? Dah berhijrah ke syiling-syiling yang selama ni aku nampak tapi tak kutip? Disebabkan kecerdasan otak aku hasil dari Scott's Emulsion, aku cuba berfikir secara kritis.

Yaa.. Akhirnya aku berjaya memikirkan satu penyelesaian fleksibel terhadap kesempitan hidup tidak berduit ni..

1st aku amik henfon 3G aku, pergi ke 'Main Menu' pilih 'Message' (bukan Massage ye.. mau Massage pergi Klang). Tekan pula 'Create New Message'. INGATAN! Kepada yang tak familiar, ini adalah cara buka mesej untuk model Motorola, bukan model henfon China yang entah apa entah setting dia.. Hahaha!

Apa yang aku buat!? Mestilah taip mesej.. Takkan nak buat video call pulak.. Apa jadah aku buka mesej kalau macam tu.. Aku compose Short Messaging System khas untuk member aku yang berbunyi..


Kita Kawan Tak Mau Lawan, Kalau Boleh Aku Nak Meminjam ,
RM 10 Takkan Dah Keruan,
Bukan Selalu Pinjam Meminjam..

Selang beberapa minit kemudian, kedengaran petikan gitar solo, Jerry C memecah keheningan malam menandakan penerimaan SMS yang ditunggu-tunggu.. Jawapan yang pasti mendebarkan...

Kalau Nak Pinjam,
Jangan Malu Jangan Segan,
Aku Bukan Manusia Kejam,
RM10 Aku Tak Heran..

Yeppi!! Aku berjaya dapatkan duit.. Terus saja aku send satu lagi mesej..

"Beb, Tolong beli Mild Seven Original 14 satu, balik collect duit.." Pesan aku untuk seorang member yang belum balik kerja.. Entah apa kerja gila dia buat sampai pukul 12 malam baru balik..

P/S: Itulah motif sebenar aku.. Boleh bengap kalau tak dapat sedut.. Inilah yang dikatakan "Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.." Soal makan lain kira...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

$Pendekar Moden

Salam,

Wat the hell was this? Ahaaa.. Finally now I'll be able to do some blogging.. Welcome.. Welcome.. Mostly I'll be posting watever annoying things that clogs my precious brain.. Why? Coz I don't like wasting my time thinking for the things that I don't have to think.. But however, in his journey.. I'll try to keep my rebellious meter as low as posibble.. Instead, we will be reading more 'bout improving ourselves.. My life experience.. And I'll try my best to post in English coz it'll help me to improve myself in this language.. But however , watever language that i use to post is none of your business!! Haha..

Let the day begin,
Hear the starting gun,
Play from the heart today,
We will overcome,
When the game is over,
All the counting s done,
We were born to win Number One..

( Manowar - Number One )

We cares a lot together,
four still stand as one,
here we'll remain forever,
till our kingdoms one..

( Manowar - Brothers of Metal )

Time to burn, you losers better learn..
No one controls our goddamn life..

( Manowar - Return of the Warlord )

P/S :- Saje nak bikin panas!! Muahahahaha...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ordinari BUKAN Kulinari

Salam,

Tujuan aku terima invitation nie sebab aku rasa aku dah layak untuk menulis blog. Walaupun terkial-kial nak mencari idea yang takde, namun aku gagahkan jua demi erti persahabatan.

Ibarat kata pepatah, "Ada aku dipandang hadap, tiada aku dipandang belakang"

Biar aku memulakan pra-salam entri yang pertama.

Sebelum bermula segala-gala, harap semua dapat bersabar.

Tunggu kemunculan semula aku (Hahahaha, ketawa dengan girang)

Inilah dia - Liga Manusia Ordinari


P/S: Amacam..? Sudah ada rasa? Ada sabar? Ada aura?
'' Oii!! sudah-sudahlah tu, jangan merapu sangat!" kata kawan aku yang hatinya sentiasa dikecewakan...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pakatan Kawan-Kawan

Assalamualaikum,

Blog apakah ini?

Sebenarnya blog ni aku cipta sebagai satu 'platform' buat aku dan kawan-kawan yang dijemput. 'Platform' apa neraka?

Ya, 'platfom' untuk kami tulis apa yang patut dan suka. Sebelum tu, bukan main diorang ni dok gebang-gebang nak buat blog la. Nak komplen tak puas hati kat bos la. Kat negara la. Kat Amerika la. Tapi haremmm..

Mengambil sempena inti pepatah 'kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya' [dan aku tau apa benda ruyung tu pun diorang tak tau. hahaha!], maka hari ni aku komited wujudkan satu blog berpaksikan pakatan kawan-kawan yang dijemput.

Jadi, ini bukan blog individual. Ini coretan semua penulis-penulis ordinari yang serba tak puas hati. Sila sila. Sila tulis. Sila baca.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS