RSS

Hari Ini Bersama Kolonel Nikolaz

Eurocopter EC725

Hai kawan-kawan. Hari ini Kolonel Nikolaz dari Angkatan Udara Perancis akan menerangkan serba sedikit tentang helikopter jenis Eurocopter EC725 kepada kita. Selamat membaca ya! =)
.
.
Eurocopter EC725 merupakan helikopter pengangkutan taktikal jarak jauh yang dibangunkan daripada versi Super Puma/Cougar bagi kegunaan militari, di mana ia mempunyai enjin pesawat berkembar dan mampu membawa 29 penumpang bersama dua juruterbang, bergantung kepada konfigurasi pelanggan.

Bagi tujuan pasaran, helikopter ini dibina khas bagi memenuhi keperluan pengangkutan tentera, pemindahan mangsa, tugas-tugas menyelamat dan carian kombat.

Pada mulanya, EC 725 ini dibangunkan bagi memenuhi keperluan Angkatan Udara Perancis yang ketika itu memerlukan helikopter khas bagi menjalankan operasi carian kombat dan menyelamat (combat search and rescue) selepas pembinaan helikopter (AS532 A2 Cougar) sebelumnya terpaksa ditolak selepas gagal ujian percubaan pada 1996 dan 1999. Bertitik tolak daripada kegagalan itu, maka lahirlah EC 725 ini dan aksi pertamanya berjaya dipersembahkan dengan anggunnya pada 15 Januari 2001.

Antara ciri-ciri lain EC 725, ia merupakan helikopter dengan lima bilah kipas komposit utama yang dihasilkan dengan menggunakan bentuk kerajang udara terbaru (airfoil atau sejenis logam yang dibentuk menjadi nipis dan mudah lentur) bagi mengurangkan paras getaran.

Ia juga boleh dipasangkan dengan plat perisai boleh tanggal bagi melindungi penumpang di dalam, manakala enjinnya dijana oleh dua syafturbo Turbomeca Makila 1A4 yang mempunyai sistem dual-chanel Full Authority Digital Engine Control (FADEC).

Selain itu, EC 725 juga boleh dimuatkan dengan sistem antibeku bagi membolehkannya beroperasi dalam suhu yang sangat sejuk, di samping beberapa aspek yang boleh dinaik tarafkan termasuklah aspek pengukuhan kotak gear kipas utama dan keseluruhan gentian kokpit (glass cockpit).

Meninjau ruang kokpit pula, ianya dilengkapi dengan sistem paparan integrasi yang memuatkan peta digital dan LCD Matriks Aktif (Active Matrix LCD). EC 725 berupaya menjalankan tugas mencari dan menyelamat sama ada siang atau alam berpandukan kemampuan radar dan carian hadapan infra merah (Forward Looking Infra Red (FLIR)) yang cemerlang.

Setakat ini, terdapat 4 konfigurasi khas yang direka untuk EC 725 ini iaitu:

i. Versi pengangkutan tentera - boleh membawa tentera sehingga maksimum 29 anggota tentera termasuk juruterbang.

ii. Versi VIP - boleh membawa penumpang VIP (Presiden, Perdana Menteri, YB) antara 8 ke 12 orang.

iii. Versi pemindahan mangsa - boleh memuatkan sehingga 12 katil usung (strecher) bersama 4 staf perubatan.

iv. Versi konfigurasi SAR kombat - mempunyai kelengkapan lengkap bagi tugasan carian dan menyelamat ketika situasi pertempuran.

Akhir sekali, EC 725 turut dilengkapkan dengan kelengkapan militari dan persenjataan yang bagus seperti:

mesingan FN MAG

i. 2 x 7.62mm mesingan FN MAG - dipasang di bahagian kiri depan dan tingkap kanan.
ii. 2 x 68mm (2.75") pelancar roket Thales Brandt or Forges Zeebrugge - dipasang pada bahagian sisi, setiap bahagian mempunyai 19 roket.
iii. 2 x 20mm meriam pod-mounted GIAT dengan 180 darjah pusingan.
iv. Penerima amaran radar Dassault Electronique EWR-99 FRUIT RWR.
v. Alat penyembur/lampu pelbagai guna Alkan ELIPS.
.
.
.
Sekian saja buat kali ini. Kolonel mahu pergi lunch. Jumpa lagi ya! ;)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komen: