Monday, December 28, 2009
jam..
12:29 AM
|
"Bersendiri lagi Mengenang yang terjadi Menyentuh hati..." - KRU
Aku suka nyanyi lagu di atas bukan sebab apa, mungkin aku agak kerap keseorangan. Duduk rumah sorang-sorang, layan muvi sorang-sorang, pergi ke sana ke sini pun sorang-sorang. Nyanyi untuk menghiburkan diri. Member-member rumah jarang ada di rumah atas urusan kerja, dating, balik kampung dll. Aku pulak jenis yang malas nak keluar rumah melainkan kalau ada urusan atau ada member-member yang ajak.
Agak lama aku tak update blog. Aku suka baca blog orang lain, tapi nak meng-update memang susah. Bila aku ada bahan nak update, lain pula jadinya. Nak update blog kena ada jiwa. Kalau tak ada jiwa, dah jadi macam beban bila nak kena update. Hasilnya, macam entri ni la, KOSONG!!
Notakakiku: Masih mencari fiil nk update blog.
Ini cerita..
mohadi
Tag..
Ini Cerita Saya
Saturday, December 26, 2009
jam..
2:55 AM
|
Gambar di atas disiarkan sempena kontroversi BTN yang sekarang sudah suam-suam kuku. Foto penuh aksi sombong dan hensem ini diambil semasa aku kena kuarantin lima hari di Pantai Cahaya Bulan, Kelantan, 2005.
Menurut maklumat pelajar universiti lain, aku sedia maklum kursus ni berbaur rasisme. Tetapi, memandangkan universiti aku 1Malaysia, tak ada langsung unsur-unsur perkauman disebut. Ya, tak ada langsung sebut pasal Ketuanan Melayu, Anwar Ibrahim mahupun Tian Chua. Lagu Warisan yang evergreen itu pun tak dinyanyikan.
Lebih mengharukan, aku seorang saja wakil lelaki Melayu dalam gambar di atas. Yang lain India. Dua dari kiri tu India campur Melayu (Dia boleh cakap Tamil). Dua lagi India Hindu. Perempuan pula seorang saja wakil India dan tiga yang lain Melayu berdarah Jawa (kalau tak silap). Ada unsur rasis tak aku sebut benda ni? Haha..
Dalam kursus ni banyak menyentuh tentang isu perpaduan, semangat berpasukan selain latihan ala rambo dan PLKN. Apabila kursus tamat kami dapat sijil. Tapi harus diingat, sijil tersebut langsung tak membantu kau melangsaikan hutang PTPTN.
Tiada cip MEPS dalam tag nama BTN. Harap maklum.
Ini cerita..
kel@mbu
Tag..
Ini Cerita Saya
Tuesday, December 15, 2009
jam..
2:01 AM
|
 Pengalaman seperti ini hanya mampu dinikmati di utara Semenanjung. Sabtu lepas, giliran kenduri sebelah abang aku. Untuk kenduri kali pertama ni, famili aku buat memorandum persefahaman (MoU) dengan famili Paksu dan saudara mara lain untuk buat di kampung. Jadi ada dua pasangan. Abang aku dan isteri. Sepupu aku dan suami dari Perak.
Masa sembang dengan salah seorang saudara kepada si suami kepada sepupu aku (dari Perak), dia tanya, kenduri di utara bila mula majlis? Aku cakap, masa puncak selalunya selepas Zohor.
Untuk makluman: ikut tradisi orang Utara, apa-apa perkara nak buat, mesti kasi lepas solat dulu. Sebab tu istilah selepas Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak selalu diletakkan sebagai penanda janji. Tapi itu bukanlah bermakna selepas Zohor tu membawa maksud nak masuk Asar, tetapi selepas menunaikan solat Zohor ketika masuk waktu.
Kenduri di utara biasanya meleret hingga betul-betul petang. Malam pun ada orang datang rumah lagi. Tak macam kenduri di bahagian Tengah dan Selatan Semenanjung, di mana waktu puncak sekitar jam 12 tengah hari dan majlis mula lengang sekitar 4 petang. Begitulah serba sedikit mengenai waktu puncak kenduri di kawasan Utara.
Kemudian, pakcik tu tanya lagi; bulan tiga depan musim menuailah ye.
Aku jawab ya sambil senyum-senyum. Sebenarnya aku tak tau langsung pasal hal ehwal per-padi-an ni. Mungkin rupa aku ada ciri-ciri pesawah kot ataupun pakcik tu ingat semua orang Utara mesti tau pasal padi-padi. :)
Ini cerita..
kel@mbu
Tag..
Ini Cerita Saya
Tuesday, December 8, 2009
jam..
1:25 AM
|
Masa kecil dulu, abang pelindung aku. Sebab hati abang kuat dan hati aku lembut. Aku jenis budak kuat menangis, penakut juga. Aku tak boleh orang kutuk aku. Aku cepat cebik. Dan aku selalu nak sama dengan abang aku. Apa yang abang buat atau dapat, aku mesti nak buat atau dapat juga. Abang aku masuk tadika, aku pun masuk juga. Abang beli pistol, aku pun nak pistol juga. Kalau tak, aku mengamuk.
Sepanjang hidup aku, tak pernah aku tengok abang meraung bila kena sebat. Tak pernah pula aku nampak air mata dia. Aku rasa abang sudah latih diri dia untuk tak mahu dilihat sebagai abang yang lemah. Dalam diri abang itulah berikan aku kekuatan.
Bila meningkat dewasa, sama seperti abah, antara aku dan abang aku, ada tembok tinggi di tengah dipanggil misteri. Aku dan abang sangat jarang berkongsi apa-apa rahsia pun walaupun jarak umur cuma setahun saja. Memang aku cemburu tengok adik beradik lain yang hubungan diorang macam kawan-kawan. Sama-sama gila. Sama-sama 'kautim'. Tapi aku dan abang aku tak macam tu. Sebab di tengah kami ada tembok tinggi dipanggil misteri.
Bukannya kami bergaduh. Kali terakhir bergaduh pun seingat aku masa sekolah menengah rendah saja. Lepas tu kami dah tak bergaduh. Cuma cara kami bergurau, bercakap tak macam adik beradik lain yang aku tengok macam kawan-kawan. Sebab hormat aku pada abang melebihi status abang sebagai abang.
Status abang, aku dah samakan macam abah. Segala bentuk kasih sayang tak mampu aku luah sebab aku sendiri tak tahu macamana nak buat semua benda tu. Aku buntu kata-kata.
Jumaat lepas, abang aku selamat menikah. Famili kami dapat menantu perempuan pertama. Dan gambar bawah ni tiba-tiba buat rasa sangat blues.
 
Ini cerita..
kel@mbu
Tag..
Ini Cerita Saya
Thursday, November 19, 2009
jam..
3:19 AM
|

 Ini kedai runcit Good Luck. Satu-satunya kedai serbaneka kat Unisel sepanjang aku belajar dulu di kampung Bestari Jaya (Batang Berjuntai) 2005-2007. Macam-macam keperluan pelajar ada di sini. Penyapu, mop, aiskrim pelangi kegemaranku, kotex, prepaid henfon, megi, gula, nescafe, milo, air tin, biskut, roti, baldi, alat tulis. Semua ada.
Pemilik Good Luck ni orang Pakistan. Dan kedai ni memang sesak dan padat. Semua budak hostel hurung. Ada sekali tu masa banjir, kampus kami terputus bekalan. Jalan ke pekan 'BB' tenggelam. Naik sampan baru boleh lepas. Huru hara juga jadinya kami di dalam. Megi, gula, semua sold-out. Terpaksa aku survive makan aiskrim dan biskut cecah nescafe. Dahsyat tak?
Tapi bila aku datang balik Julai 2007, kedai ni dah tak ada. Diganti dengan kedai 'Datuk'. Aku rasa tak mungkin kedai yang berjaya dan laku macam tu boleh bankrap, mesti sebab politik pengurusan (aku rasa). Lagipun kedai baru tu tak hebat langsung. Peti aiskrim tak ada. Barang pun sikit. Ini bukan menambahbaik, tapi menjahanamkan. (Sekarang dah maju kot)
Bawah ni antara catatan entri seputar kedai Good Luck selepas aku korek arkib lama blog aku. Sentimental beb.. i. GoodLuck1ii. GoodLuck2iii. GoodLuck3
Ini cerita..
kel@mbu
Tag..
Foto,
Ini Cerita Saya
Monday, November 9, 2009
jam..
7:33 PM
|
 Gambar di atas ialah kapten pasukan Kedah, Lee Kin Hong semasa menjulang Piala Malaysia buat kali pertama untuk skuad Hijau Kuning pada 1990 (sejak diperkenalkan 1921). Masa tu aku darjah tiga dan aku ingat lagi diorang bawa piala tu masuk bandar dengan lori dan letak kat Balai Seni (bangunan depan Masjid Zahir) untuk tatapan orang ramai. Kerajaan negeri bagi cuti sehari dan muka semua orang aku tengok bukan main berseri-seri. Aku masa tu asal time PJ saja pakai jersi Kedah. Sekarang? Arsenal. Heh.
Dan kejayaan bersejarah Kedah itu mencetuskan inspirasi buat pengurusan Manchester United 2008/09 untuk menghasilkan rekaan jersi terbaru mereka.
Ini cerita..
kel@mbu
Tag..
Bola dan Sukan
Sunday, November 8, 2009
jam..
8:11 AM
|
Futsal jam 9 terpaksa aku cancel sebab hujan. Dah hampir separuh perjalanan, tapi disebabkan hujan lebat lebih baik aku balik layan final Piala Malaysia lagi best. Agak keliru nak sokong team mana, kalau nak ikutkan team negeri, aku lebih prefer sokong Kelantan kerana mak aku asal sana dan aku lebih ramai member dari sana daripada N9. Tapi kalau nak ikutkan pemain dan coach aku lebih suka N9 kerana coach skuad Rusa ialah Wan Jamak, manakala pemain Rezal Zamberi Yahya dan Idris Karim dari Johor. Aku frust fan Kelantan yang overreact sampai bakar kerusi, bakar mercun, baling botol dan segala macam dalam stadium. Aku rasa fan N9 pun sama jugak.
Permainan kira bolehlah.. Tapi yang aku pelik kenapa Shukor Adan boleh dapat Man of the Match. Bagi aku, Zaquan Adha lebih sesuai kerana dia yang merencanakan hampir semua gol N9. Keputusan N9 menang 3-1 , tahniah buat pasukang 'Jang'.
Ini cerita..
mohadi
Tag..
Bola dan Sukan
|
|