RSS

Tisu Interleaf Keistimewaan

Ini tisu special. Tisu biasa ada 2 layer saja. Tapi tisu ni ada 4 layer. Jarul yang beli dan taruk dalam kereta dia. Mungkin untuk siap sedia kalau kena istinjak tepi highway. Tapi itu bukan masalah sangat pun. Masalahnya, cuba korang baca ayat terjemahan tu. Memang lawak dan nampak bodoh! Hahaha. DBP tolong ambil perhatian.


Nota: Foto terbit semula dari Lanzotoon

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Liverpool 2 - 0 Setan Merah


Liverpool menang 2-0 semalam dalam game penting selepas kalah empat kali berturut-turut. Game menentang Setan Merah adalah wajib menang. Ayie (budak rumah) bukan main bersemangat tengok bola sampai pakai baju Liverpool one suit sebagai tanda sokongan walaupun tengok kat rumah saja. Kononnya kipas susah mati. Aku bukan fan team yang main ni, tapi aku condong kepada Liverpool sikit sebab aku tak berapa suka dengan Setan Merah. Tambah-tambah ada Ferdinand dan Evra yang nampak sungguh takabbur mukanya. Itu belum masuk lagi dengan kipas susah mati Setan Merah yang poyo-poyo belaka.


Dengan ke-poyo-an ManU ni, aku paling tak suka kalau budak-budak Wenger kalah dengan team ini. Ces..

Notakakiku: 12.30-2.30 pagi layan game West Ham vs Arsenal. Pergi kerja lambat sebab bangun lambat. Draw pulak tu. Huhuhu..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lebih Pekat, Lebih Jimat

Foto terbit semula daripada arkib Friendsetan. Kalau tak silap, ni t-shirt susu pekat yang abah aku dapat. Dia pakai buat pergi mesin rumput. Sekarang t-shirt ni dah jadi kain buruk aku rasa.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Papa + Dom

Semalam aku baru tengok cerita Papadom. Bagi aku cerita-cerita arahan Afdlin Shauki memang tidak mengecewakan setakat ni. Cerita kali ini seperti biasa ada unsur humor dan sedih serta pengajaran. Aku tak pandai nak ulas panjang lebar. Korang tengoklah sendiri. Tak syak lagi cerita ni memang best!

Notakakiku :
1. Trailer Papadom
2. Ulasan filem Papadom
3. Blog Afdlin Shauki
4. Entri Papadom oleh Afdlin
5. Wikipedia Afdlin Shauki

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS