RSS

Pabila Badrul Putus Cinta 2

Badrul sarung jaket Adidas, capai snow cap dan berjalan ke 7-Eleven seberang jalan. Malam terang tanpa salji. Badrul pesan parasetamol sepapan dan Diet Coke setin.

Kata Matthew, semasa kuliah Fluid Engine, kau cuma perlu dos morfin untuk mati dengan aman.

F! Farmasi mana yang ada jual morfin? Jadi Badrul nekad mahu telan parasetamol sepapan saja.

Badrul bukannya mahu mati. Dosa lama pun sudah berkepuk inikan pula dosa membunuh diri. Badrul cuma mahu mati acah-acah saja. Dia mahu Meli tahu yang dia sayangkannya.

Lepas telan tablet ke lapan. Kepala Badrul rasa ringan dan melangit. Dia dapat dengar setiap denyut pulmonari mengepam palet-palet darahnya.

Sedar-sedar dia sudah terbaring atas katil besi hospital New South Wales. Doktor negro Honolulu paksa Badrul minum air charcoal sampai dia muntah satu baldi. Dia rasa seksa gila.

Bila matanya mula terang. Badrul cuma nampak Matthew di bucu katil dan Doktor negro Honolulu sedang senyum.

"Hoi, kau dah tak ingat Tuhan? Kau nak masuk neraka?!" Matthew berkhutbah.

Air mata Badrul merambu dari tebing mata.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komen: