Selamat datang tahun baru 2010 masihi dan 1431 Hijrah. Tiada apa yang menarik bagi aku, hanya jalani hidup seharian macam biasa cuma perubahan kepada yang lebih baik tu memang perlu. Itulah hijrah dalam hidup setiap orang yang perlu dilakukan. Tahun bersilih ganti, umor makin bertambah. Semoga panjang umur, ditetapkan iman, berjaya dalam kerjaya dan murah rezeki buat diri sendiri, keluarga & rakan-rakan semua... Amin.
Notakakiku: 1 Januari 2010 Masihi bersamaan 15 Muharam 1431 Hijrah.
2010 & 1431
Semuanya OK
"Bersendiri lagi
Mengenang yang terjadi
Menyentuh hati..." - KRU
Aku suka nyanyi lagu di atas bukan sebab apa, mungkin aku agak kerap keseorangan. Duduk rumah sorang-sorang, layan muvi sorang-sorang, pergi ke sana ke sini pun sorang-sorang. Nyanyi untuk menghiburkan diri. Member-member rumah jarang ada di rumah atas urusan kerja, dating, balik kampung dll. Aku pulak jenis yang malas nak keluar rumah melainkan kalau ada urusan atau ada member-member yang ajak.
Agak lama aku tak update blog. Aku suka baca blog orang lain, tapi nak meng-update memang susah. Bila aku ada bahan nak update, lain pula jadinya. Nak update blog kena ada jiwa. Kalau tak ada jiwa, dah jadi macam beban bila nak kena update. Hasilnya, macam entri ni la, KOSONG!!
Notakakiku: Masih mencari fiil nk update blog.
Saya dan BTN Ketika Belajar Dulu-Dulu
Gambar di atas disiarkan sempena kontroversi BTN yang sekarang sudah suam-suam kuku. Foto penuh aksi sombong dan hensem ini diambil semasa aku kena kuarantin lima hari di Pantai Cahaya Bulan, Kelantan, 2005.
Menurut maklumat pelajar universiti lain, aku sedia maklum kursus ni berbaur rasisme. Tetapi, memandangkan universiti aku 1Malaysia, tak ada langsung unsur-unsur perkauman disebut. Ya, tak ada langsung sebut pasal Ketuanan Melayu, Anwar Ibrahim mahupun Tian Chua. Lagu Warisan yang evergreen itu pun tak dinyanyikan.
Lebih mengharukan, aku seorang saja wakil lelaki Melayu dalam gambar di atas. Yang lain India. Dua dari kiri tu India campur Melayu (Dia boleh cakap Tamil). Dua lagi India Hindu. Perempuan pula seorang saja wakil India dan tiga yang lain Melayu berdarah Jawa (kalau tak silap). Ada unsur rasis tak aku sebut benda ni? Haha..
Dalam kursus ni banyak menyentuh tentang isu perpaduan, semangat berpasukan selain latihan ala rambo dan PLKN. Apabila kursus tamat kami dapat sijil. Tapi harus diingat, sijil tersebut langsung tak membantu kau melangsaikan hutang PTPTN.
Cerita Padi dan Orang Utara
Sabtu lepas, giliran kenduri sebelah abang aku. Untuk kenduri kali pertama ni, famili aku buat memorandum persefahaman (MoU) dengan famili Paksu dan saudara mara lain untuk buat di kampung. Jadi ada dua pasangan. Abang aku dan isteri. Sepupu aku dan suami dari Perak.
Cerita Abang Saya
Masa kecil dulu, abang pelindung aku. Sebab hati abang kuat dan hati aku lembut. Aku jenis budak kuat menangis, penakut juga. Aku tak boleh orang kutuk aku. Aku cepat cebik. Dan aku selalu nak sama dengan abang aku. Apa yang abang buat atau dapat, aku mesti nak buat atau dapat juga. Abang aku masuk tadika, aku pun masuk juga. Abang beli pistol, aku pun nak pistol juga. Kalau tak, aku mengamuk.
Kedai Good Luck yang 'Good'nya Kini Tertanggal
Ini kedai runcit Good Luck. Satu-satunya kedai serbaneka kat Unisel sepanjang aku belajar dulu di kampung Bestari Jaya (Batang Berjuntai) 2005-2007. Macam-macam keperluan pelajar ada di sini. Penyapu, mop, aiskrim pelangi kegemaranku, kotex, prepaid henfon, megi, gula, nescafe, milo, air tin, biskut, roti, baldi, alat tulis. Semua ada.
i. GoodLuck1
ii. GoodLuck2
iii. GoodLuck3
Kaitan Final Piala Malaysia 1990 dan Manchester United 2008/09
Gomo Kelate Gomo vs Hobin Jang Hobin
Futsal jam 9 terpaksa aku cancel sebab hujan. Dah hampir separuh perjalanan, tapi disebabkan hujan lebat lebih baik aku balik layan final Piala Malaysia lagi best. Agak keliru nak sokong team mana, kalau nak ikutkan team negeri, aku lebih prefer sokong Kelantan kerana mak aku asal sana dan aku lebih ramai member dari sana daripada N9. Tapi kalau nak ikutkan pemain dan coach aku lebih suka N9 kerana coach skuad Rusa ialah Wan Jamak, manakala pemain Rezal Zamberi Yahya dan Idris Karim dari Johor. Aku frust fan Kelantan yang overreact sampai bakar kerusi, bakar mercun, baling botol dan segala macam dalam stadium. Aku rasa fan N9 pun sama jugak.
Asam Garam
Bismillahirahmanirrahim..
Hidup ni kekadang kita di atas dan kekadang kita di bawah. Walaupun kita buat baik kepada orang, tak semestinya orang tu akan balas kebaikan kita dan lebih menyedihkan kalau keburukan pula yang dibalasnya. Biarlah orang buat buruk pada kita tapi kita jangan sesekali buat buruk kepada orang lain kerana kita sementara saja di dunia ini.
Manusia ni punya pelbagai ragam. Semasa susah bukan main minta tolong tapi bila dah senang kita dilupakan. Depan kita bukan main baik tapi di belakang kita sebaliknya. Bila dah lama tak jumpa, sampai ada yang dah tak kenal kita. Lagi satu, jangan sesuka hati menabur janji kalau tak mampu tunaikan kerana mungkir janji tu salah satu ciri orang munafik. Nauzubillahiminzalik..
Apabila kita hulur bantuan dalam bentuk kewangan dan selepas sekian tahun kita minta balik duit tu, sangkaan buruk pula yang kita terima. Telefon tak diangkat, mesej tidak dibalas. Susah sangatkah nak angkat panggilan telefon atau balas mesej yang diterima? Sehinggakan terpaksa hantar mesej berbaur ancaman, barulah mesej dibalas. Itupun dibalas dengan sangkaan buruk. Dituduh kita macam-macam pula. Apakah salah kita? Manusia ni memang punya 1001 jenis ragam yang sukar kita faham. Benar kata pepatah, "don't judge the book by it's cover".
Tisu Interleaf Keistimewaan
Ini tisu special. Tisu biasa ada 2 layer saja. Tapi tisu ni ada 4 layer. Jarul yang beli dan taruk dalam kereta dia. Mungkin untuk siap sedia kalau kena istinjak tepi highway. Tapi itu bukan masalah sangat pun. Masalahnya, cuba korang baca ayat terjemahan tu. Memang lawak dan nampak bodoh! Hahaha. DBP tolong ambil perhatian.
Liverpool 2 - 0 Setan Merah
Liverpool menang 2-0 semalam dalam game penting selepas kalah empat kali berturut-turut. Game menentang Setan Merah adalah wajib menang. Ayie (budak rumah) bukan main bersemangat tengok bola sampai pakai baju Liverpool one suit sebagai tanda sokongan walaupun tengok kat rumah saja. Kononnya kipas susah mati. Aku bukan fan team yang main ni, tapi aku condong kepada Liverpool sikit sebab aku tak berapa suka dengan Setan Merah. Tambah-tambah ada Ferdinand dan Evra yang nampak sungguh takabbur mukanya. Itu belum masuk lagi dengan kipas susah mati Setan Merah yang poyo-poyo belaka.
Notakakiku: 12.30-2.30 pagi layan game West Ham vs Arsenal. Pergi kerja lambat sebab bangun lambat. Draw pulak tu. Huhuhu..
Lebih Pekat, Lebih Jimat
Papa + Dom
Semalam aku baru tengok cerita Papadom. Bagi aku cerita-cerita arahan Afdlin Shauki memang tidak mengecewakan setakat ni. Cerita kali ini seperti biasa ada unsur humor dan sedih serta pengajaran. Aku tak pandai nak ulas panjang lebar. Korang tengoklah sendiri. Tak syak lagi cerita ni memang best!
Notakakiku :
1. Trailer Papadom
2. Ulasan filem Papadom
3. Blog Afdlin Shauki
4. Entri Papadom oleh Afdlin
5. Wikipedia Afdlin Shauki
Ikhlas Yang Tiba-Tiba Datang Tak Diundang Bolehlah Kau Ibaratkan Seperti Hujan di Tengah Hari
Balik raya lepas lupa nak tukar duit raya. Tapi bila difikirkan balik, aku bukannya ada anak buah pun. Jadi aku bagi kat adik bongsu aku RM50 sebab dia belajar lagi. Amacam mulia tak?
Tapi aku ada tukar juga duit dalam RM10. Saja standby takut kena gegar dengan bebudak mana-mana datang entah. Jadi sekarang aku ada lima sampul raya yang setiap satu berisi dua ringgit.
Raya punya raya tinggallah lagi dua sampul dalam poket baju Melayu aku. Jadi baki duit raya lebih tu aku bagi kat adik perempuan aku dan mak aku. Mereka pun sangat gembira dan gelak-gelak.
Sekian terima kasih. :)
Raya Saya yang Dulu-Dulu
Ni gambar majlis jamuan raya masa aku kat Poli JB dulu. Tahun 2001. Zaman simpan misai tak ada janggut. Sekarang zaman simpan janggut tak ada misai pulak. Biasalah, trendkan berkembang. Dalam gambar ni, aku saja pakai baju raya dengan seluar kargo. Konon macam askar balik perang. Macam haremmm. Tapi serius aku rindu nak jumpa bebudak dalam gambar ni.
Cerita Mereka
Bismillahirrahmannirrahim.
Hari ni 17 Ramadan 1430H. Sedar tak sedar dah masuk hari ke-17 kita berpuasa. Sekejap saja rasanya. Niat nak terawih cukup tahun ni dah tak kesampaian atas sebab-sebab tertentu, sungguh mengecewakan. Hari ni layan facebook saja sambil layan blog kawan-kawan.
Ada lagi sorang member aku yang dah berkecimpung dalam dunia fotografi ni, Acai. Kerja kat Lembaga Zakat Selangor. Dia ni pun buat kerja part time jugak dan gambar-gambar dia pun gempak. Aku suka tengok gambar diorang. Acai ni selain part time foto, dia ada buat jugak bisnes lain macam buah naga, lembu dan cacing. Acai orangnya suka berkongsi ilmu dan peramah. Walaupun aku rase kecik saja bila lepak dengan Acai tapi fiil kecik aku tu hilang terus disebabkan dia punya attitude. Aku kagum dan respek sebab diorang ni dah semakin berjaya. Dan serius aku jeles.
1. 17 Ramadan - Nuzul Quran.
2. Tengah cari hobi yang boleh buat duit.
3. Untuk korang yang baca entri ni, kalau nak cari fotografer bolehlah rujuk diorang dengan klik link kat nama diorang dalam entri atas. Aku rasa korang mesti kagum punya.
Bebudak ManU Tertekan Sehingga Wujudnya Konspirasi Separa Sedar
Malam kelmarin. Arsenal benam Celtic dalam aksi kelayakan Liga Juara-Juara Eropah. Setan Manchester pula kena lenyek dengan pasukan bertaraf pekan, Burnley dalam perlawanan liga tempatan Inggeris.
-Ini mukadimah-
Ofis aku. Meja sukan dimonopoli geng ManU. Tahap fanatik diorang sampai boleh demam-demam dan minta mc kalau ManU kalah. Tapi tengok IC beranak kat Taiping apa cerita? [sekadar contoh]
Ok, ManU kalah malam kelmarin 0-1. Fine. Aku tahu diorang dah tentu bad mood punya nak tulis stori. Tambah pula Arsenal menang. Suka tak suka nak kena buat tajuk besar juga. Takkan ManU kalah nak buat tajuk besar? Mesti dia punya fill macam hati ini dicincang-cincang. Ye tak?
Sudahnya paper esok keluar gambar besar Bendtner+ Clichy+Persie tengah berpeluk disumpah jadi Vermaelen, Diaby dan Persie. Tinggal nama brader Belanda (Persie) tu saja yang betul dengan gambar.
Punya fanatik meraban bebudak ManU ni.
Permulaan Musim 2009/2010
Seronok punya pasal tengok Arsenal menang besar lawan Everton buatkan aku menggigil nak update entri ni. Sekitar fakta perlawanan pembukaan EPL 2009/10.
1. Arsenal menang bergaya di tempat lawan dengan 1-6 hasil jaringan Denilson (26), Thomas Vermaelen (37), William Gallas (41) pada separuh masa pertama dan Cesc Fabregas (48,70), Eduardo Da Silva (89), manakala gol Everton dijaringkan Luis Saha, minit ke-90.
2. Musim 2004/05 adalah kali terakhir Arsenal menang besar dengan Everton. Malam tu adalah perlawanan terakhir liga dan aksi terakhir brader Dennis Bergkamp dan Edu. Bergkamp nak bersara dan Edu nak pindah pergi Valencia. Hero-hero yang mencatatkan kemenangan 7-0 di Highbury tu ialah Robin van Persie+Robert Pires+Patrick Viera (babak pertama) dan Pires (lagi)+ Bergkamp+Edu+Mathiue Flamini (babak kedua).
3. Pemain yang main dalam kedua-dua perlawanan itu dan sekarang masih ada bersama Arsenal ialah Persie dan Cesc Fabregas, manakala Eboue, Senderos dan Clichy main salah satu perlawanan.
4. Tiga bekas pemain ManU yang bermain dengan Everton semasa kalah 1-6 ialah Horward, Philip Neville dan Saha.
5. Jaringan dan permainan cantik yang ditunjukkan Arsenal adalah gol ke-4 bila Arshavin rampas bola dari Neville dan hantar kepada Denilson dengan aksi ole' (bola celah kangkang) sebelum adik Brazil kita tu hantar pula kepada Persie. Dapat saja bola, giliran Persie pula lorongkan bola kepada Fabregas dengan aksi ole' mengatasi Yobo. Klimaksnya, Fabregas jaringkan gol super cantik dengan cara ole' melepasi Howard.
Diagramnya macam ni.
i. Arshavin ole' Neville ---pass---> Denilson
ii. Denilson ---pass---> Persie
iii. Persie ole' Yobo ---pass---> Fabregas
iv. Fabregas ole' Howard (((((GOLLLLLL!!!)))))
6. Keputusan perlawanan lain ialah ManU menang 1-0 ke atas pendatang baru EPL, Birmingham di Old Trafford. Chelsea menang 2-1 ke atas Hull City. Liverpool tewas kepada Tottenham Hotspur 1-2 di White Land. Manchester City menang 2-0 ke atas Blacburn Rovers dan Aston Villa tewas 0-2 ke atas Wigan.
Notakakiku: Bersama rakan taulan sibuk dengan fantasy. =)
Nisfu Syaaban
Hari ni Khamis 6 Ogos 2009M/15 Syaaban 1430H merupakan hari nisfu Syaaban. Seperti yang diketahui, hari Nisfu Syaaban adalah hari di mana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan pada buku baru akan bermula sebaik saja masuk waktu Maghrib (15 Syaaban bermula sebaik saja tiba Maghrib, 14 Syaaban).
Zaman sekarang ni dah ramai yang hanya ingat bulan Masihi ja, tapi bulan Hijrah tak tau. Rata-rata hanya tau bulan Hijrah yang femes macam bulan Muharam, Ramadhan dan Syawal. Itu pun sebab nak Puasa dan nak Raya. Aku pun sama juga, kadang-kadang tu memang lupa. Manusia oh manusia.. Erm.. Oklah. Renung-renungkan dan selamat beramal!!
G.E.R.A.M
Setiap orang ada perasaan geram dan marah. Sebagai manusia biasa, aku memang tak dapat lari daripada sikap tu dan aku ni bolehlah dikategorikan sebagai pemarah. Bila difikirkan, banyak jugak benda yang boleh mendatangkan marah dan geram pada aku.
1. Pemandu kereta buang sampah di jalan raya.
2. Pencuri dan peragut.
3. Manusia yang selalu lupa tutup kipas, tivi dan lampu bila sudah guna.
4. Manusia yang tak ada adab sopan
5. Dodo yang suka buat gaya Horatio dan 'L' depan aku.
Bila marah dan geram sudah tentu masing-masing ada cara nak lepaskannya.
Notakakiku: Sekarang aku tengah planning nak beli lastik untuk lepas geram kat manusia-manusia atas tu. Tambah-tambah lagi Dodo.
Nama Saya Mimi Comel 6
Hai. Lama tak jumpa Mimikan?
Sorilah. Mimi baru balik Xinjiang ni. Jumpa nenek Mimi. Nenek Mimi ni kucing Uighur. Jadi, Mimi ni ada darah campuran tau. Sebab tu hidung Mimi mancung sikit.
Kebetulan di sana, berlaku rusuhan kaum antara kucing Uighur dan kucing Han. Dahsyat gila. Sedihnya Mimi tengok sesama kucing pun nak bergaduh.
Tapi biasalah. Kalau dah namanya makhluk Tuhan, ada saja poin kita untuk nak cari perbezaan.
Walaupun kami ni adalah kucing daripada spesies mamalia berdarah panas dalam kategori karnivor (tapi Mimi ni omnivor tau sebab suka makan durian. Hihihi) , tapi sedihnya kami tak mampu nak tengok lebih jauh ke dalam diri sebenar kami ni. Kami lebih suka tengok bulu. Inilah asalnya datang ungkapan 'pilih bulu' yang manusia gunakan tu.
Jadi tak hairanlah kawan-kawan Mimi tak berapa suka nak berkawan dengan si Fizo Parsi tu. Harap saja bulu kembang, tapi malas nak mampos dan asyik membuta (kan Mimi dah jadi rasis). Tapi hairan, kucing-kucing malas macam tu yang manusia suka. Huh.
Kucing-kucing ni memang susah nak mencari perikebinatangan dalam diri diorang. Sesama sendiri pun nak gaduh. Kalau tak bergaduh sesama kaum, bergaduh berebut betina pun ada. Hari tu, Guevara bergaduh dengan Nicolas berebut Mimi. Rilekslah. Tahulah Mimi ni cantik dan seksi. Tapi janganlah gaduh-gaduh. Bawalah berbincang.
The best tom cat win kan? ;)
Inilah 'Rumah Puaka' yang Sejati
'Ikhlas Tapi Wajib'
Isu ni bukanlah besar sangat kalau nak dibandingkan dengan isu 'along' atau isu pilihan raya Manek Urai yang sedang hangat. Tapi perumpamaan ni macam dah disalahgunakan sesuka hati. Kalau nak ikutkan 'ikhlas tapi wajib' ni boleh jadi tak ikhlas. Kalau 'ikhlas' kenalah beri dengan suka rela dan bukan 'wajib'. Tidak boleh tidak bayar. Tapi kalau 'wajib' dan 'ikhlas' tu samalah macam kena pakai 'seat belt' untuk elak dari kena saman. Kalau tak pakai kena saman. Maknanya 'wajib' pakai dan kenalah 'ikhlas'.
Eskapisme Diriku Bukan Dirimu
.
Tak ada kerja tukar skin. Cet. Aku nak saman Blogspot sebab buang masa aku!
.
.
Optimus Prime Menumpaskan Raksasa Bee
**Entri aku dalam blog ManusiaOrdinari ni nanti bukan setakat teks tetapi sekali sekala aku akan publish entri bergambar atau gambar berentri (beza tau). Mungkin gambar aku (yang not bad ni) atau gambar nenek kawan aku punya jiran.
**Kalau rajin, aku akan publish semula gambar dalam blog friendster bodoh aku dulu.
Soal 'Pitih'
Dalam hidup ni, kita tidak boleh percayakan orang lain seratus peratus walaupun kita tau peribadi orang tu baik. Luaran memang nampak baik tapi dalaman susah nak jangka. Lebih-lebih lagi pasal duit. Ada orang yang terdesak mahu pinjam duit tapi bila dapat gaji, buat 'dono' je. Dah pinjam tu faham-faham je lah. Kalau sebulan dua mungkin kau faham dia memang ada masalah duit, tapi kalau dah berbulan-bulan lamanya, macamana pulak tu??
Ni soal peminjam, macamana pulak dengan rakan kutu. Main kutu nak, sampai giliran dia dapat duit, bukan main lagi, tapi bila giliran orang lain buat-buat tak faham pulak. Ni pun kes dah berbulan lamanya. Kalau macam ni gayanya memang susah nak percaya dengan orang lagi lepas ni. Kalaulah kes 'along', tak taulah apa akan jadi pada diorang ni. Untuk berfikiran positif, kita doakan saja diorang ni akan terbuka hati untuk membayar duit tu nanti.
Ni soal duit antara kita sesama manusia. Ajal maut kita tak tau bila. Antara kita dengan Dia kita boleh bertaubat tapi kalau antara kita sesama manusia kalau tak sempat bagaimana kita nak minta ampun dan settle apa yang patut?? Renung-renungkan dan selamat beramal.
Nota kakiku:
1. Dengan duit orang sanggup melakukan apa saja termasuk menipu, merompak dan meragut. Nauzubillah..
2. Berusaha 'membersihkan diri'.
Jacko yang Super Signifikan
Ada juga yang hairan kenapa dikecohkan sangat pakcik Jacko tu meninggal.
Ok. Sebelum tu sebagai seorang manusia, sepatutnya kematian pakcik Jacko yang mengejut itu disambut dengan ucap innalillahiwainnalillahirojiun. Kepada Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali. Apabila ada saja kematian, kemalangan, musibah dan kecelakaan sepatutnya disambut dengan insaf. Ia tanda betapa kerdilnya kita, manusia yang bersifat rapuh dan lemah. Ketika kita hidup rupa kita berbeza. Tetapi apabila kita mati rupa kita sama saja, mata tertutup dengan wajah tanpa perasaan.
Berbalik kepada persoalan asal. Kenapa dikecohkan sangat pakcik Jacko tu meninggal.
Jacko adalah ikon budaya pop dunia. Mungkin ada yang skeptikal mengatakan apa yang berlaku adalah perancangan Barat dan agenda-agenda tertentu. Namun benci ataupun suka, kita terpaksa akui pengaruh yang ditinggalkan pakcik Jacko ni. Berlapang-lapang dadalah kita. Kata tok guru aku, sebagai manusia kita berhak saja memuja sesiapa saja tetapi jangan sampai bertaklid. Kecuali manusia serba sempurna, Rasulullah.
Sedar tak sedar antara legasi begitu berpengaruh yang ditinggalkan ialah tarian moonwalk dan berdansa mengikut beat lagu sambil sesekali memegang 'anu' sendiri. Oh yeahh..
Mari Bertukar..
Rabu lepas aku antara orang terawal tengok Tranformers 2 - Revenge of the Fallen. Aku tak adalah suka sangat beli tiket awal. Tapi disebabkan cerita ni favorite aku, jadi aku usahakan jugak buat online booking. Malangnya tiket semua habis. Tinggal midnite saja. Nak tak nak aku booking sajalah daripada tak dapat tengok awal. Berdebar-debar jugak masa nak booking, takut tiket habis. Namun tuah nampaknya menyebelahi aku sebab tiket masih ada. Mungkin sebab tayangan tengah malam kot dan esok hari bekerja. Tetapi aku cuti esok. Hehehe.
Cerita Transformers kali ini lebih banyak aksi dan banyak adegan kelakar. Memang seronok gila. Buktinya, habis saja cerita, penonton dalam panggung tepuk tangan tanda respek, seronok dan puas hati. Hmm, aku rasa memang nak tengok lagi. Ayie dan Jar dah plan nak tengok second round. Rata-rata member aku yang dah tengok semua kata best.
Notakakiku: Berapa agaknya kutipan cerita ini dan mampukah Transformers mencapai kutipan tertinggi di abad ini?
Kisah Sabitah yang Di'sekolah'kan Rakannya, Ma Lin
Hari ni Sabitah buka blog. Dia mahu tulis pasal politik. "Hmm, pasal Chin Peng," getusnya. Sabitah bercadang mahu menulis dari perspektif akademi dan sejarah, jauh daripada emosi dan apa yang penting, mesti provokatif. Jadi dia mula studi pasal ajaran Karl Marx dan komunisme. Satu hari sedang dia berfikir-fikir tentang falsafah Marx di dalam lembar Das Kapital, Ma Lin masuk ke dalam kamar dengan kepala berketayap sambil menyidai sejadah.
"Dari kau susah-susah studi Karl Marx, baik kau studi Quran," ujar Ma Lin sambil senyum penuh bercahaya.
Berjuta-Juta..
Pasal bola lagi. Akhirnya Ronaldo dan Kaka telah sah menjadi pemain Real Madrid. Misi utama ialah untuk mendapatkan pemain terbaik abad ini dan mahu Real jadi juara UEFA Champions League. Boleh ke diorang menang?? Pasukan yang dibarisi pemain terbaik tidak semestinya boleh memenangi piala contoh terbaru Argentina kalah di tangan Ecuador 0-2 dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2010.
Untuk musim depan saja, ada 2 rekod pembelian pemain telah dipecahkan. Dalam ramai pemain tu, aku lebih minat Zidane. Dalam zaman gawat ni, agaknya kalau aku minta Zidane 1-2 juta ringgit, dia bagi tak?? Diorangkan banyak duit. Apa la sangat 1-2 juta tu kan.. Hehehe.. =)
Macam Tak Percaya..
Hari ni aku baru balik dari kampung. Saja bercuti lama sikit. Malam semalam Lan mesej bagitau, Arsene Wenger turun Dataran Merdeka. Aku buat tak layan je, ingatkan saja provok aku. Tapi selepas balik dari kampung dan online, tak sangka Wenger betul-betul turun Dataran. Apasal takde masuk surat khabar? Apasal aku tak tau? Hampeh tul. Kalau tak, boleh la aku turun sama lepak-lepak dengan dia pekena teh tarik. Apa tujuan Wenger turun Malaysia pun aku tak pasti. Mungkin saja nak bercuti di Malaysia ataupun FAM nak gajikan Wenger sebagai coach sementara menghabiskan 'season break'.
Nasib baik brader ni (Pipiyapong) ada update pasal Wenger. Dia pun fan Arsenal jugak dan memang popular di kalangan blogger. Aku kenal dia, cuma dia saja yang tak kenal aku. Hahaha. So, layan sajalah info dan gambar Wenger di dataran. Adioss..
Fakta Menarik Tentang Pertembungan Barcelona - Manchester United
~ Gol telah dijaringkan oleh Samual Eto'o pada minit ke-10 dan Lionel Messi pada minit ke-70.
~ Hampir sepanjang perlawanan berlangsung Ferguson hanya duduk saja di bangku simpanan manakala Pep Guardiola berada di tepi padang memberi arahan kepada pemainnya.
~ Pep Guardiola memberikan hadiah kemenangan untuk Itali, Maldini yang bersara bermain bola pada umur 40 tahun.
~ 3 bekas pemain Arsenal bermain untuk Barcelona. Antaranya Henry dan Silvinho bermain untuk perlawanan akhir manakala Hleb hanya panaskan bangku simpanan saja.
~ Corak permainan Barcelona lebih kurang sama dengan corak permainan Arsenal.
~ Seorang pemain Barcelona pernah dipinjamkan di Manchester United iaitu Gerard Pique dan telah bermain dengan baik.
~ Ronaldo menyalahkan taktik berikutan kekalahan kepada Barcelona.
~ Eto'o menghadiahkan jaringannya dan piala khas buat ayahnya.
~ Barcelona telah 2 kali mengalahkan wakil England di Final UEFA Champions League di mana kali pertama mengalahkan Arsenal 2-1 pada tahun 2005/2006 dan kali ni dengan Manchester United 2-0 pada 2008/2009.
~ Ferguson mengakui Barcelona berhak menang kerana mereka telah bermain dengan baik.
~ Seorang penyokong Setan Merah di Nigeria membunuh 4 fan Barcelona dengan melanggar mereka menggunakan bas setelah kecewa atas kekalahan pasukan kesayangannya.
~ Manchester United telah merangkul 3 piala musim ini iaitu Piala Carling, Piala Liga Barclays Premier (BPL) dan Piala Antara Benua.
~ Barcelona juga telah menang 3 piala musim ni iaitu Piala La Liga, Piala Raja Sepanyol dan Piala Liga Juara-Juara Eropah.
New Place - Part III
Kebelakangan ni aku ada benda yang aku nak update tapi ada saja aral. Dan bila ada masa yang sesuai mood pulak tak ada. Entah ke mana entah dia pergi, lari dan bawa diri. Aku sendiri pun tak tau. Tapi hari ni sedang aku asyik tekun bekerja, tetiba fiil nak 'update' tu datang jugak membuak-buak untuk aku lepaskan segala yang terbuku dalam sanubari ini. Cewwah.
Hari ni aku kena pindah semula ke ofis di hq atas alasan nak reshuffle depatmen kat tempat aku kerja ni. Dan jabatan aku terlibat. Berita tak best ni aku dah tau dari minggu lepas lagi.
Dulu memang rasa tak selesa kena pindah keluar dari hq. Tapi bila dah lama dan rasa selesa, perasan tu bertukar. Sekarang serius aku rasa tak best kena balik tempat asal kat hq tu. Kalau nak dibandingkan ofis sekarang dengan hq, aku rasa kat tempat lama lagi best, syok. Kerja pun tak ada tekanan sangat. Lepas ni pergi kerja pun tak ada mood agaknya. Harap tak adalah sampai macam tu. Petang ni nak kena kemas barang dan hantar ke hq. Esok mula kerja kat sana. Arghh.. Jiwa kacau dibuatnya wehh..
Oklah, aku nak sambung kerja aku. Bila difikirkan baik buruk, hadap sajalah labuuu... Ikutkan sangat mood ni memang susah. Adiosss..
Cerita Benar Tentang Hati Saya
Ini cerita benar. Saya akan beritahu Melin jawapan kepada persoalan yang dihamburkannya di hadapan Seven E dua hari lalu; Awak ni memang tak ada hati dan perasaan!!
Sehari sebelum tu, tiba-tiba saya rasa hati saya sangat letih. Sangat penat. Dan sangat tidak tenang dan tenteram. Saya tak tahu musibah apa yang sebabkan hati saya jadi kacau begini.
Saya balik rumah. Saya belah dada saya dengan pisau, keluarkan hati dan letakkan atas kayu siang. Saya nampak hati saya kotor gila. Jadi saya cuci hati saya dengan perahan lemon dan palitkan sedikit kimia Axion. Tetapi masih hitam, pekat.
Saya sambar baldi di anjung, curahkan air hangat dan campurkan dengan alkali dari mulut Klorox. Saya rendam hati saya.
Syukur, lima jam direndam, hati saya mula tampak kemerah-merahan. Bersinar. Selepas dicuci dengan air bersih dan ditoskan, saya terfikir, macamana kalau hati saya kotor lagi sebelum berjumpa Melin? Baik saya simpan dulu. Jadi, saya ambil keputusan simpan dalam peti ais.
Esok hari, saya bangun lambat. Saya buka peti ais. Kosong. Saya nampak Muin tengah kaut makanan dari dalam kuali. Bau rempah menusuk-nusuk hidung. Saya dekati Muin. Saya cemas. Muin sudah hiris hati saya dan digorengnya dengan resepi masak pedas. Saya tahu, dia mungkin ingat hati dalam peti ais tu hati lembu.
Woi, kau makan hati aku!
Lah, apasal kau tak cakap? Lain kali tulislah kat plastik tu atau taruk dalam tupperware ke. Jangan lupa perjanjian rumah ni. Apa saja dalam peti ais adalah harta wakaf kecuali diberitahu. Ingat!?
Habis tu macamana ni?
Macamana apa? Aku dah siap masak dah ni. Makan je lah. Bila lagi nak makan hati sendiri.
Ya, santapan tengah hari saya dan Muin hari tu ialah nasi putih panas berlaukkan hati. Hati saya. Tapi sumpah, hati yang baru disucikan rasanya bagaikan santapan dari syurga.
.
.
Esok malam. Saya terima panggilan daripada Melin. Dia mahu jumpa saya di Seven E. Di sana, Melin beritahu; Kita tak boleh get along lagi. I dah ada someone.
Saya cakap ringkas; Ok.
Melin terus jerit; You ni memang tak ada hati dan perasaan!!
Tiba-tiba saya teringat hati saya dalam peti ais yang diambil Muin dan digoreng dengan resepi masak pedas.
Hari-Hari Istimewa
Bismillahirrahmanirrahim.
Bulan Mei ni terdapat banyak hari yang istimewa. Antaranya:
i. 1 Mei - Hari Pekerja
ii. 4 Mei - Hari Bomba
iii. 9 Mei - Hari Ibu
iv. 12 Mei - Hari Jururawat
v. 15 Mei - Hari Belia
vi. 16 Mei - Hari Guru
Semua hari istimewa ni adalah untuk meraikan insan-insan yang istimewa, misalnya ibu dan juga guru. Jadi secara tidak langsung, kita dapat memperingati jasa-jasa yang telah mereka curahkan kepada kita. Jasa mak dan cikgu-cikgu aku sangat besar, tak terbalas aku. Jutaan terima kasih kerana menjaga dan mendidik aku.
Sebaiknya kita harus anggap setiap hari adalah hari yang istimewa dan setiap hari juga kita menghargai mereka.
Namun, dalam banyak hari, apakah kita ingat pada hari mati? Wasiat Saidina Ali Karamallahu Wajhah;
"Beramallah untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati esok hari.."
Santapan rohani untuk diri aku sendiri dan untuk sesiapa yang baca entri ni. Renung-renungkan dan selamat beramal..
Oh ya, bulan Mei ni juga ramai ahli keluarga aku yang sambut hari lahir. Antaranya Abg Zihar pada 1 Mei, Bazli (4 Mei), Abg Bazil (13 Mei) dan bapa aku (14 Mei). Selamat hari lahir. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Amin..
Memahami Pemikiran Wenger
1. Musim Champions League sudah berakhir. Empat tahun The Gunners kempunan piala. Aku tak tau lama mana lagi mau tunggu. Mungkin aku kena mula berkira-kira untuk sokong kelab PSMS Medan sebagai pasukan alternatif lepas ni.
2. Kalau Wenger masih nak kekalkan skim pemain muda di Arsenal, nak tak nak aku kena percaya juga bagi membuktikan aku peminat yang tulen. Skim ni memang makan masa sebelum ia matang dan boleh dituai hasilnya. Macam tanam pokok durian. Bukan boleh makan 3-4 bulan. Tapi 5-6 tahun.
3. Peminat patut faham skim pemain muda yang diterapkan jurulatih dari Perancis ini adalah skim bola sepak terbaik di dunia kerana ia membesarkan pemain muda secara bersepadu untuk menjadi pasukan bintang.
4. Kalau dalam kancah bola sepak tempatan, skim ala Wenger ini boleh kita lihat pada pasukan Kedah dan Johor FC.
5. Masalahnya di sini, pemain-pemain muda ni bila dah 3-4 tahun tak menang apa-apa mulalah tak berapa nak seronok kekal di kelab ni. Mulalah intai kelab-kelab macam bagus selepas ditawarkan gaji jut-jut.
6. Satu lagi kelemahannya ialah tiada keseimbangan dalam pasukan. Bila pemain-pemain muda tu mula tua, mereka terpaksa pula diganti dengan pemain muda yang tak berpengalaman. Dan ia sekali lagi mengambil masa yang lama sedangkan pemain seniornya Wenger lebih suka letak di bangku simpanan dan kalau kau nak blah sangat, blahlah Wenger peduli apa. Orang Perancis memang kepala angin (boleh rujuk Zidane, Gallas).
7. Lihat pada Liverpool dan United, mereka juga tidak kering dengan pemain muda yang bagus. Perubahan dalam pasukan pada setiap tahun tidak terlalu drastik dan ia dilakukan secara berfasa, beransur-ansur dan seimbang. Sebab itu diorang kekal sebagai pasukan penentu atau pendesak kejuaraan bagi setiap musim.
8. Sekarang dah ada spekulasi Adebayor dan Persie nak cabut ke kelab lain.
9. Kerana nafsu badan binasa, dan diorang ni sepatutnya sedia maklum jika masuk ke kelab-kelab macam bagus tu, persaingan dan tekanan dalam pasukan sangat sengit. Sudahnya jadi macam A. Hleb. Padan muka.
10. Common Wenger. Do not just let us keep our faith. Show your gun and shoot them.
[Best juga tulis blog gaya Chedet ni. Heh.]
Kemarau Berterusan..
Walaupun bermain di tempat sendiri skuad Gunners bagaikan tak mampu menangani kehebatan Setan Merah. Taktikal dan pengalaman yang menjadi kayu pengukur kemampuan kedua-dua pasukan. Kalah dengan 1-3 dengan agreget 1-4 buatkan aku dah tak terkata apa dah. Dah 4 musim kemarau tanpa piala. Nampak gaya, Wenger kena buat rombakan besar untuk mengekalkan skuad Gunner selaku skuad elit dunia. Bukan setakat skuad saja kena ubah, taktikal pun kena jugak.
Final UEFA Champions League tahun ini adalah antara Barcelona dengan Setan Merah selepas Barcelona layak dengan kelebihan gol di tempat lawan.
Selamat Hari Pekerja..
Berdebar-debar bila aku tengok game Gunners lawan Setan Merah. Nasib baik kena 0-1 je. Harap-harap next week menang pulak.
Erm.. Cerita Gunners cerita semalam. Tapi apa cerita hari pekerja tapi macam bekerja. Bukan bekerja tapi aku ada kursus 3 hari sampai hari Ahad ni. Aku yang pergi kursus under ofis aku. Kursus habis pukul 7 malam tapi pukul 5 petang aku dah blah. Saja nak balik awal. Dah macam ponteng sekolah. Tapi bila difikirkan, tak elok pula sebab tak manfaatkan peluang menghadiri kurus dengan sebaiknya. Pasti ada ilmu yang aku terlepas. Apa pun benda dah berlalu. Nak menyesal pun dah tak guna.
Anyway, Selamat hari pekerja kepada yang bekerja. Huhuhu..
Notakaki: Sedikit nasihat, jangan tiru perangai di atas. Tak amanah namanya. Sekian terima kasih.. =)
Selamat Berjuang
Perang psikologi telah bermula menjelang pertemuan antara dua musuh tradisi, skuad Gunners dan Setan Merah. Ofismet aku yang rata-rata fans Setan Merah dah mula buat serangan psikologi dan ini buatkan aku berdebar-debar tunggu keputusan perlawanan pagi nanti, terutama sekali Yo dan Ajib. Diorang ni memang agak taksub dengan tim kebanggaan diorang dan selalu poyo dengan aku selaku peminat tegar skuad Gunners ni.
Dan sememangnya menjadi prinsip aku untuk tidak bermegah-megah dengan tim febret sebelum perlawanan selesai. Kerana dalam bola sepak, apa saja boleh berlaku dan aku harap sangat skuad Gunners dapat bermain dengan baik dan menang perlawanan yang tinggal beberapa jam saja lagi. Inilah dia perasaan seorang peminat bola sepak yang true. Huhuhu..
Semoga Wenger menggunakan taktikal yang betul dan moga pemain Gunners dapat bermain dengan cemerlang. Selamat maju jaya!!
Kekalahan yang Mengecewakan..
Aku tak tau apa yang Wenger fikirkan dengan menurunkan Nasri dan Arshavin pada lewat permainan. Kenapa tak turunkan lebih awal? Dan kenapa tak turunkan Song tetapi diturunkan Denilson? Apakah taktikal yang Wenger sedang fikirkan?! Kenapa pula keluarkan Van Persie dan Adebayor, sedangkan diorang beraksi dengan baik? Kenapa tak guna kelemahan yang Chelsea ada? Kenapa kenapa dan kenapa?? Apapun persoalan ini tidak dapat ubah apa-apa pun. Skuad Gunners sudah termaktub tewas kepada Chelsea pada saingan separuh akhir Piala FA dengan keputusan 1-2.
Dan sebagai peminat tegar skuad Gunners, aku harap sangat diorang dapat rangkul UEFA Champions League! Hopefully..
Hidup yang Separa Serius
Usah cakap apa-apa pun. Aku tahu lama tak update. Blog manusia ordinari memang kena dengan namanya. Ordinari saja. Hahaha.
Bukan tak nak update. Tunggu ilham jatuh, tapi malangnya semuanya terpelanting.
Ada dua blog bukannya satu kelebihan pun. Sebabnya aku akan jadi konfius. Aku tak dapat bezakan antara fiksi dan realiti. Natijahnya, aku tergantung di tengah-tengah dengan tali invisibel. Aku rasa mahu tulis entri serius di sini. Tapi kemudian aku rasa aku tak patut serius sangat. Hidup yang terlalu serius memenatkan. Malangnya hidup yang tak serius pula buatkan aku bernafas dalam 'denial'. Dan nafas-nafas itu sebenarnya menyesakkan aku. Sungguh.
Susah.
Tapi aku akan update juga. Mungkin sehingga tibanya malapetaka yang akan meranapkan talian internet seluruh dunia. Dan manusia selepas itu kembali ke zaman serba primitif dengan menulis tulisan-tulisan di lembar surat. Jauh dari kenyataan. Jauh dari sengsara. Yang penuh kata-kata cantik semata.
Nothing Imposible..
Antara rutin pagi aku setiap kali masuk kerja ialah buka page soccernet untuk tinjau berita-berita sukan semasa. Dan pagi tadi, apa yang sangat mengejutkan aku ialah keputusan Kelayakan Piala Dunia zon Amerika Selatan antara Bolivia dan Argentina. Argentina di bawah pimpinan Maradona dan dibarisi pemain bertaraf bintang seperti Messi, Mascherano, Heinze, Tevez, Maxi Rodriguez, Javier Zanetti dan bla.. bla.. telah tewas kepada pemain Bolivia yang aku haram tak kenal. Kalah teruk pulak tu. 1-6. Bolivia yang berada di ranking ke-56 FIFA menewaskan Argentina yang berada di ranking ke-6 dunia. Bukan satu ataupun dua ataupun tiga gol, tapi enam beb, besar tu! Maknanya pemain bintang bukanlah syarat wajib untuk memenangi sesuatu perlawanan. Dalam bola sepak, tiada yang mustahil (kata Hasbullah Awang). Malaysia pun boleh menang dengan Argentina kalau kena gayanya.
Notakaki 1: Agaknyalah kan. Bilalah Malaysia pulak nak bantai Argentina dengan jaringan yang sama macam tu?
Notakaki 2: Pagi ni juga aku dapat call dari ex-officemate aku, Muni. Dia bagitau, ayah Suraya (ex-officemate aku juga) meninggal pagi tadi. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.. Aminn..
Muhrim atau Mahram??
Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ni aku teringat masa aku berborak dengan member aku. Dia salah gunakan perkataan muhrim. Daripada perbualan aku dengan dia, member aku ni anggap ikatan lelaki dan perempuan akan menjadi muhrim apabila mereka sah menjadi suami dan isteri. Dari situ aku perbetulkan dan untuk mendapatkan fakta yang lebih jelas aku pun rujuk web darulnuman. Kemudian barulah aku dapat bezakan antara muhrim dan mahram yang selalu kita salah faham. (Pergh.. berjela betul ayat aku ni)
Kebiasaannya, kita akan gunakan perkataan muhrim bagi adik beradik yang mana tidak boleh berkahwin antara satu sama lain. Tetapi yang sebenarnya bukan muhrim tetapi ia di panggil mahram. Dan untuk lebih jelas tentang persoalan muhrim dan mahram ni korang boleh usya kat www.darulnuman.com. Renung-renungkan dan selamat beramal.. =)
Apakah yang dimaksudkan dengan MUHRIM?
Jawapan:
Muhrim adalah perkataan Arab. Ia membawa maksud orang yang sedang melakukan ihram haji ataupun umrah. Orang ini dilarang melakukan beberapa perkara sepanjang menunaikan kedua-dua ibadat ini sebagaimana yang banyak diperkatakan di dalam kitab-kitab fiqah.
Mahram pula bermaksud orang yang haram berkahwin dengan kita seperti adik kita, emak mertua kita dan lain-lain. Ramai orang silap memahami penggunaan perkataan antara muhrim dan mahram. Kadang-kadang mereka mahu menyebut mahram tetapi mereka tersebut perkataan muhrim. Dengan penjelasan ini diharapkan kita semua akan faham apa itu muhrim dan apa itu mahram.
Rujukan: http://www.darulnuman.com/soal/urut26.html
Gua Panik Sebab Tu Gua Langgar
Wanita ragut kembali beg sendiri
NARRABUNDAH - Seorang wanita tua di Australia merampas semula begnya
yang dicuri oleh seorang lelaki yang terlanggar tiang selepas meragutnya.
Polis berkata wanita itu berjaya mengambil begnya yang diletakkan di
tempat duduk belakang apabila kereta lelaki berkenaan terlanggar
tiang.
Polis kini sedang cuba mengesan suspek kes berkenaan.
HAHAHAHA!
Rebecca yang Rasa Hidupnya Seakan Loser
Rebecca rasa kehidupannya ketika ini seperti seorang gadis yang loser. Dunianya dipenuhi daun-daun kering gugur yang kemudiannya hancur dipijak kaki-kaki manusia.
Dia perlu perangsang untuk menjana kehidupannya yang serba statik ini. Jadi tidak hairanlah dia bergesit laju ke premis berlumut hijau di Bandar Baru Sungai Buloh sebaik sahaja terpandang iklan 'Temui Nujum Super - Sedia Menilik Masa Depan Anda!' di Metro Harian.
Selepas membayar pengeras berjumlah AS$345 (RM1,281.13), dia berhati-hati masuk ke dalam kamar berdebu berjumpa nenek tua berkaca mata bulat seperti Mahatma Gandhi. Belum sempat Rebecca berkata apa-apa, nenek tua hulurkannya sekeping nota berbau talkum.
You are mature, reasonable, honest and give good advice. People ask for your comments on all sorts of different issues. Sometimes you might find yourself in a dilemma when trapped with a problem, which your heart rather than your head needs to solve.Tiba-tiba Rebecca berang. Dia tahu ayat yang ditulis nenek tua di atas nota wangi itu sebenarnya diciplak daripada Yahoo Group. Rebecca pantas mengangkat pasu antik di sisi meja dan menghempuk nenek tua sehingga mati.
Esok.
'Nujum Super mati dibunuh nujum misteri'
Jualan Metro Harian mencecah 10,000,000 naskhah.
Dalam Dilema...
Antara gaji, persekitaran kerja dan kerjaya manakah pilihan korang?
Situasi A: Persekitaran kerja dah ok. Best. Gaji kira bolehlah. Kenaikan gaji dan bonus biasa-biasa saja. Perkembangan kerjaya tu bolehlah.
Situasi B: Persekitaran agak suram. Gaji pulak agak 'masyuk' lebih beratus-ratus daripada gaji situasi A. Kenaikan gaji dan bonus agak lumayan juga. Perkembangan kerjaya tu ada.
Yang manakah menjadi keutamaan???
Aku Umpama Tikus
Satu petang. Marcus berjumpa Lucius. Di sebuah restoran separa mahal. Selepas setengah jam melepak. Jangankan bersuara, menjeling awek pun Marcus tidak mahu. Air di dalam gelas semakin kontang. Namun dunia mereka berdua masih sunyi. Lucius cuba membaca mata Marcus yang sedang mengulum dan mengigit-gigit hujung penyedut minuman. Menurut jurnal Human Sexotology tulisan Countess Karlstein, ada dua firasat apabila seseorang itu menggigit penyedut minumannya. Pertama, dia punya naluri seks tinggi. Kedua, jiwanya sedang bergelut. Ataupun mungkin kedua-duanya sekali. Hahaha! Gelak Lucius dalam hati.
"Aku dan Jely dah macam kucing dan tikus. Kami dah tak ngam. Kusut." - Marcus
"Biasalah tu bro. Gaduh-gaduh ni biasalah. Memeriahkan suasana." - Lucius
"Masalahnya, aku yang selalu jadi tikus." - Marcus
Tikus? Hahaha! Lucius gelak macam nak mati. Marcus kerut dahi dan pandang tak puas hati. Dia kemudian bangun dan ketuk kepala Lucius dengan gelas sampai pecah. Lucius masih gelak. Lucius teringatkan firasat keduanya yang mengena.
Betul betul betul...
Minggu lepas aku tengok muvi Underworld: Rise of the Lycans dan Ong Bak 2 dengan bebudak rumah aku. Dua hari berturut-turut. Nasib baik cerita Geng keluar lambat. Kalau tak, hatrik aku tengok wayang. Hehehe.. Minggu ni aku baru tengok cerita Geng, filem animasi Malaysia. Cerita Underworld ni kena tengok cerita sebelumnya kerana cerita ni dah macam filem berepisod. Kalau belum tengok cerita sebelum tu, kau akan jadi blur. Aku tak berapa ingat cerita Underworld macamana. Jadi, selepas tengok cerita Underworld: Rise of the Lycans, aku terus layan Underworld I pulak kat rumah. Nasib baik budak rumah aku ada DVD cerita tu. Barulah aku faham jalan cerita asalnya.
Aku lebih suka bercerita pasal Geng yang merupakan filem animasi Malaysia 3D yang pertama. Jalan cerita memang boleh layan. Tak adalah basi atau klise pun jalan cerita yang ditonjolkan. Sesuatu yang baru. Animasi pulak boleh dibanggakan. Kiranya filem animasi ni boleh dikatakan sama level dengan filem animasi luar seperti Madagascar. Seronok dan kagum bila tengok cerita ni. Rasa berbaloi tengok wayang. So, kepada sesiapa yang belum tengok lagi cerita ni, aku galakkan korang pergi tengok kat wayang atau beli DVD yang original (itu pun kalau dah keluar la). Bila lagi nak support filem tempatan yang betul-betul kita kena support supaya nanti diorang boleh keluarkan lagi filem-filem yang bermutu. Aku malas nak cerita lebih-lebih, korang tengoklah sendiri dan korang taulah nanti. Aku bagi 4 bintang setengah untuk cerita ni. Underworld dengan Ong Bak aku bagi 4 bintang. =)
Kisah Samad dan Mesin Ajaib
Gara-gara bosan dan meluat membayar cukai kepada kerajaan, Samad mula berasa bosan menjadi manusia.
Justeru Samad mencipta satu mesin super ajaib yang boleh menukarnya menjadi apa saja. Bertukar menjadi keju, soya perasa ros atau roti High 5 perasa epal dan vanila misalnya.
Tapi Samad memilih mahu menjadi itik. Selepas memakai fon telinga yang disuntik ke bekalan kuasa yang digubah berdasarkan teori Freud, maka ciptaannya itu mula bergegar dengan panahan kilat berpusaran. Bumi seakan bergoncang. Sebuah rumah di Shah Alam black-out serta merta.
Hari itu, Kepulauan Talaud di Sulawesi, Indonesia dilanda gempa bumi. Hutan di negeri Victoria, Australia terbakar teruk.
Di Kampung Paya Jaras. Di dalam sebuah kamar kecil seakan bilik sulit di dalam terowong Vietcong. Terletak betul-betul di hadapan mamak Saiful, Samad mula bermutasi menjadi itik.
Selepas sesi mutasi menjadi lengkap. Samad akhirnya berjaya menjalani kehidupan sebagai seekor itik. Tiada lagi cukai kerajaan yang mengganggu hidupnya. Hari-hari esok bagi Samad adalah begitu membahagiakan.
Abang, Adik Nak Jadi Kainlah Hari Ni
4-year-old girl killed in washing machine
11:48 AM, February 3, 2009
Updated at 5 p.m.: The girl has been identified as Kayley Ishii.
A 4-year-old girl was killed when she became trapped inside a washing machine, the Orange County Sheriff's Department said today.
The child apparently climbed into a front-loading washing machine Monday afternoon at her home in Mission Viejo, said sheriff's spokesman Jim Amormino.
Her mother told investigators that the girl's 15-month-old brother managed to start the machine, and it was several minutes before she realized what had happened.
"The mother frantically tried to rescue the daughter and called paramedics," Amormino said. The child was rushed to Mission Hospital in Mission Viejo, where she died at 8:30 p.m., Amormino said.
An autopsy will be performed to determine the cause of death. The incident is under investigation, but Amormino said it was possible that the case would turn out to be a "tragic accident."
-- Alexandra Zavis
Malang tidak berbau. Pesanan untuk ibu bapa. Belilah mesin basuh buka atas. Jangan beli yang buka depan. Suis pun jangan lupa matikan.
Rest in peace for Kayley Ishii.
New Gunner
Akhirnya Andrey Arshavin sah jadi player Arsenal. Nama mamat ni naik masa dia bawa team lama dia Zenit menang UEFA Cup tahun lepas. Aku tengok dia main memang bagus. Kira versatile dan boleh kira playmaker jugak mamat ni. Cuma fizikal dia saja yang agak kecik. ARSenal, ARSene Wenger dan Andrey ARShavin, good luck dude. Make sure you all win atleast 1 cup this season. =)
Kampungku..
Raya Cina minggu lepas aku balik kampung kat Newcastle (Kota Bahru). Lama gila aku tak balik sana. Seingat aku kali terakhir aku balik sana 13 tahun lepas masa kakak Tah (kakak sedara) aku kahwin. Dan kali ni aku balik atas sebab sepupu aku kahwin. Newcastle ni merupakan kampung mak aku dan merangkap kampung aku jugalah. Mak aku asal Kelantan. Disebabkan mak dan bapa mak aku dah lama tiada, maka lamalah juga tak balik sana. Yang ada hanya pakcik aku dan sedara mara yang lain. Rasa seronok bila balik sana. Al maklumlah dah lama tak jumpa sanak saudara di sana. Bila balik sana apa lagi, aku pun cubalah guna loghat Kelate aku yang sumbang ni. Walaupun sumbang hentam saja laa..
Cuti lima hari rasa sekejap saja. Pergi balik Johor-Kelantan saja dah ambil masa dua hari. Cuti selebihnya kami merewang kenduri sepupu aku, ziarah sedara mara dan shopping. Barang-barang kat sana murah gila. Itu belum masuk makanan macam-macam jenis lagi. Waa...
Kat bawah ni, aku sertakan gambar sepanjang cuti-cuti balik kampung aku kat sana. Check it out! =)
Nama Saya Mimi Comel 5
Anak Mimi nama Obami. Dia ni memang suka main dengan manusia. Walaupun banyak lagi rakan-rakan sebaya yang boleh diajak bermain. Tapi kecenderungannya bermain dengan manusia memang lebih. Mungkin sebab kenan masa mengandung dia dulu kot. Masa tu Mimi memang selalu curi tengok drama Melayu kat rumah bebudak bujang bawah tu. Mimi selalu layan cerita Hikayat Putera Syazlan kat Astro Ceria.
Mimi tanya dia, kenapa suka kawan dengan manusia?
Dia beritahu, Manusia ni baik. Suka bagi makanan. Kadang-kadang diorang bagi cekedis, tulang ayam kentaki, nasi kenduri, Coca Cola dan macam-macam makanan lagi.
Bagus juga dia manja-manja dengan manusia ni. Apa taknya. Kalau main dengan rakan sebaya apa pun tak dapat. Sikit-sikit nak gaduh. Sikit-sikit nak gaduh. Lepas gaduh tahu pula lapar. Kemudian merengek kat mak minta makan. Apa cerita?
Tapi Mimi selalu pesan kat Obami. Hati-hati dengan manusia ni. Diorang ni kadang-kadang bergurau kasar.
Satu hari Obami balik nangis-nangis. Mimi tanya, kenapa menangis? Dia cerita, budak-budak tu ajak dia main bola. Diorang suruh Obami jadi goalkeeper. Masa seorang budak tu rembat bola, Obami cubalah tahan. Obami ingat ringan saja bola tu. Rupa-rupanya berat. Terus Obami dengan bola tu masuk ke dalam gol. Sakit jangan cakaplah. Saja Obami buat macho tak nak mengangis depan budak-budak tu.
Sedihkan. Mimi pun rasa sedih. Tapi untuk ajar Obami jadi kucing yang cekal, Mimi tak boleh manjakan sangat dia. Jadi, Mimi cakaplah,
Padan muka!!
Obami meraung. Dia merajuk dan terus panjat pokok depan rumah Mak Jeha. Langsung dia tak tengok muka Mimi. Alah, nanti Mimi bawa ikan oklah tu.
Nama Saya Mimi Comel 4
Tuan Obama.
Tahniah dan selamat jadi Presiden AS ke-44.
Saya harap tuan tak lupakan nasib kucing-kucing macam kami yang perlukan pembelaan.
Kita semua sedia maklum bahawa krisis di Gaza semakin meruncing [well, Mimi pun up to date ok!]. Namun, bagaimana pula dengan nasib haiwan-haiwan di seluruh dunia. Apakah ia cuma tanggungjawab WWF saja? Ataupun Animal Planet?
Masih banyak berlaku penindasan ke atas kaum kami sehinggakan sesetengahnya hampir pupus. Harimau Malaya misalnya. Apakah tuan mahu anak-anak tuan mengenali harimau Malaya hanya pada jersi bola sepak Malaysia yang entah ke mana tu?
Jadi, tuan mesti lakukan sesuatu. Jangan sisihkan kami. Tanamkan sifat cintakan haiwan dan alam sekitar kepada manusia di bumi ini. Bukankah makhluk di bumi ini saling melengkapi antara satu sama lain?
Saya harap tuan Obama dapat lakukan sesuatu. Kalau tak, sia-sia saja saya letak nama anak saya:
Sebab-Sebab Aku Malas...
Okie, bertemu kita di ruangan manusia ordinari sekali lagi, sekian lama tidak menulis, rindu bersarang dihati. Apakah ini tandanya cinta sudah bersemi? Tak masuk akal sungguh gaya penulisan macam ni, ada ke aku yang rock nak tulis leleh.
Baik, biar aku 'straight to the point' je..
Walaupun aku tau ramai yang mengutuk sebab aku tak update blog ni dengan isi-isi cerita menarik, tapi aku gagahkan diri seperti 'Drogba yang gagah' untuk menulis, sekaligus menutup segala ceritera palsu.
Sebab-sebab aku malas..
1) Aku seorang yang sangat 'busy', bukan 'busy body', tapi buat-buat 'busy'
2) Aku mencari idea yang bernas supaya penulisan aku lebih 'kick'
3) Aku membanteras kejahatan dalam dan luar negara, macam mana nak menulis kalau jadi superhero, tolong orang sana sini?
4) Aku baru terjaga dari mimpi, aku ingat dunia berubah menjadi semakin baik, tapi malangnya tidak..
Aku harap kawan-kawan aku percaya, tak adalah lagi kata-kata kejian, amarah dan kutukan seperti "Update KE LAUT!" ataupun "Macam tunggu bulan jatuh" ditambah dengan penggunaan kata "Hampeh!".
Cukuplah kawan-kawan, mari kita berdamai, mulakan hidup baru.
p/s: Aku harap semuanya hepi... Hihihihi...
Bola bola dan bola..
Hari ni aku nak berkongsi cite pasal bola yg menarik dan yang paling hangat.
1. Ronaldo menang anugerah Pemain terbaik Fifa
2. Manchester United belasah Chelsea 3-0 di Old Traford.
3. Kedah dan Johor FC wakil Malaysia di Piala AFC.
4. Kedah pula mencatat kekalahan ketiga daripada empat perlawanan awal mereka apabila dijinakkan Perlis 0-1 pada perlawanan di Stadium Utama Negeri, Kangar.
5. Johor FC mengatasi Selangor 2-1 di Pasir Gudang.
6. Arshavin bakal menyarung jersi Arsenal.
7. Helmi diketepikan daripada senarai pelatih skuad kebangsaan untuk perlawanan kelayakan Piala Asia 2011 menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) minggu depan, sebaliknya menyenaraikan penjaga gawang veteran, Mohd. Syamsuri Mustaffa.
8. PERKIM juara 9 sebelah MAIS
9. Kaka tolak tawaran lumayan manchester City sebanyak 100 juta euro (RM477 juta).