RSS

Memahami Pemikiran Wenger

1. Musim Champions League sudah berakhir. Empat tahun The Gunners kempunan piala. Aku tak tau lama mana lagi mau tunggu. Mungkin aku kena mula berkira-kira untuk sokong kelab PSMS Medan sebagai pasukan alternatif lepas ni.

2. Kalau Wenger masih nak kekalkan skim pemain muda di Arsenal, nak tak nak aku kena percaya juga bagi membuktikan aku peminat yang tulen. Skim ni memang makan masa sebelum ia matang dan boleh dituai hasilnya. Macam tanam pokok durian. Bukan boleh makan 3-4 bulan. Tapi 5-6 tahun.

3. Peminat patut faham skim pemain muda yang diterapkan jurulatih dari Perancis ini adalah skim bola sepak terbaik di dunia kerana ia membesarkan pemain muda secara bersepadu untuk menjadi pasukan bintang.

4. Kalau dalam kancah bola sepak tempatan, skim ala Wenger ini boleh kita lihat pada pasukan Kedah dan Johor FC.

5. Masalahnya di sini, pemain-pemain muda ni bila dah 3-4 tahun tak menang apa-apa mulalah tak berapa nak seronok kekal di kelab ni. Mulalah intai kelab-kelab macam bagus selepas ditawarkan gaji jut-jut.

6. Satu lagi kelemahannya ialah tiada keseimbangan dalam pasukan. Bila pemain-pemain muda tu mula tua, mereka terpaksa pula diganti dengan pemain muda yang tak berpengalaman. Dan ia sekali lagi mengambil masa yang lama sedangkan pemain seniornya Wenger lebih suka letak di bangku simpanan dan kalau kau nak blah sangat, blahlah Wenger peduli apa. Orang Perancis memang kepala angin (boleh rujuk Zidane, Gallas).

7. Lihat pada Liverpool dan United, mereka juga tidak kering dengan pemain muda yang bagus. Perubahan dalam pasukan pada setiap tahun tidak terlalu drastik dan ia dilakukan secara berfasa, beransur-ansur dan seimbang. Sebab itu diorang kekal sebagai pasukan penentu atau pendesak kejuaraan bagi setiap musim.

8. Sekarang dah ada spekulasi Adebayor dan Persie nak cabut ke kelab lain.

9. Kerana nafsu badan binasa, dan diorang ni sepatutnya sedia maklum jika masuk ke kelab-kelab macam bagus tu, persaingan dan tekanan dalam pasukan sangat sengit. Sudahnya jadi macam A. Hleb. Padan muka.

10. Common Wenger. Do not just let us keep our faith. Show your gun and shoot them.

[Best juga tulis blog gaya Chedet ni. Heh.]

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komen: