RSS

Aku Umpama Tikus

Satu petang. Marcus berjumpa Lucius. Di sebuah restoran separa mahal. Selepas setengah jam melepak. Jangankan bersuara, menjeling awek pun Marcus tidak mahu. Air di dalam gelas semakin kontang. Namun dunia mereka berdua masih sunyi. Lucius cuba membaca mata Marcus yang sedang mengulum dan mengigit-gigit hujung penyedut minuman. Menurut jurnal Human Sexotology tulisan Countess Karlstein, ada dua firasat apabila seseorang itu menggigit penyedut minumannya. Pertama, dia punya naluri seks tinggi. Kedua, jiwanya sedang bergelut. Ataupun mungkin kedua-duanya sekali. Hahaha! Gelak Lucius dalam hati.

"Aku dan Jely dah macam kucing dan tikus. Kami dah tak ngam. Kusut." - Marcus

"Biasalah tu bro. Gaduh-gaduh ni biasalah. Memeriahkan suasana." - Lucius

"Masalahnya, aku yang selalu jadi tikus." - Marcus

Tikus? Hahaha! Lucius gelak macam nak mati. Marcus kerut dahi dan pandang tak puas hati. Dia kemudian bangun dan ketuk kepala Lucius dengan gelas sampai pecah. Lucius masih gelak. Lucius teringatkan firasat keduanya yang mengena.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komen: