Kau ulang-alik bazar Ramadan dan kau tak tahu apa yang mahu dibeli. Akhirnya, kau beli makanan yang bukan-bukan. Kau makan banyak sampai perut kau kembung dan pecah. Sisa makanan yang kau makan terpalit ke siling.
Hai. Lama tak jumpa Mimikan?
Sorilah. Mimi baru balik Xinjiang ni. Jumpa nenek Mimi. Nenek Mimi ni kucing Uighur. Jadi, Mimi ni ada darah campuran tau. Sebab tu hidung Mimi mancung sikit.
Kebetulan di sana, berlaku rusuhan kaum antara kucing Uighur dan kucing Han. Dahsyat gila. Sedihnya Mimi tengok sesama kucing pun nak bergaduh.
Tapi biasalah. Kalau dah namanya makhluk Tuhan, ada saja poin kita untuk nak cari perbezaan.
Walaupun kami ni adalah kucing daripada spesies mamalia berdarah panas dalam kategori karnivor (tapi Mimi ni omnivor tau sebab suka makan durian. Hihihi) , tapi sedihnya kami tak mampu nak tengok lebih jauh ke dalam diri sebenar kami ni. Kami lebih suka tengok bulu. Inilah asalnya datang ungkapan 'pilih bulu' yang manusia gunakan tu.
Jadi tak hairanlah kawan-kawan Mimi tak berapa suka nak berkawan dengan si Fizo Parsi tu. Harap saja bulu kembang, tapi malas nak mampos dan asyik membuta (kan Mimi dah jadi rasis). Tapi hairan, kucing-kucing malas macam tu yang manusia suka. Huh.
Kucing-kucing ni memang susah nak mencari perikebinatangan dalam diri diorang. Sesama sendiri pun nak gaduh. Kalau tak bergaduh sesama kaum, bergaduh berebut betina pun ada. Hari tu, Guevara bergaduh dengan Nicolas berebut Mimi. Rilekslah. Tahulah Mimi ni cantik dan seksi. Tapi janganlah gaduh-gaduh. Bawalah berbincang.
The best tom cat win kan? ;)
Hari ni Sabitah buka blog. Dia mahu tulis pasal politik. "Hmm, pasal Chin Peng," getusnya. Sabitah bercadang mahu menulis dari perspektif akademi dan sejarah, jauh daripada emosi dan apa yang penting, mesti provokatif. Jadi dia mula studi pasal ajaran Karl Marx dan komunisme. Satu hari sedang dia berfikir-fikir tentang falsafah Marx di dalam lembar Das Kapital, Ma Lin masuk ke dalam kamar dengan kepala berketayap sambil menyidai sejadah.
"Dari kau susah-susah studi Karl Marx, baik kau studi Quran," ujar Ma Lin sambil senyum penuh bercahaya.
Ini cerita benar. Saya akan beritahu Melin jawapan kepada persoalan yang dihamburkannya di hadapan Seven E dua hari lalu; Awak ni memang tak ada hati dan perasaan!!
Sehari sebelum tu, tiba-tiba saya rasa hati saya sangat letih. Sangat penat. Dan sangat tidak tenang dan tenteram. Saya tak tahu musibah apa yang sebabkan hati saya jadi kacau begini.
Saya balik rumah. Saya belah dada saya dengan pisau, keluarkan hati dan letakkan atas kayu siang. Saya nampak hati saya kotor gila. Jadi saya cuci hati saya dengan perahan lemon dan palitkan sedikit kimia Axion. Tetapi masih hitam, pekat.
Saya sambar baldi di anjung, curahkan air hangat dan campurkan dengan alkali dari mulut Klorox. Saya rendam hati saya.
Syukur, lima jam direndam, hati saya mula tampak kemerah-merahan. Bersinar. Selepas dicuci dengan air bersih dan ditoskan, saya terfikir, macamana kalau hati saya kotor lagi sebelum berjumpa Melin? Baik saya simpan dulu. Jadi, saya ambil keputusan simpan dalam peti ais.
Esok hari, saya bangun lambat. Saya buka peti ais. Kosong. Saya nampak Muin tengah kaut makanan dari dalam kuali. Bau rempah menusuk-nusuk hidung. Saya dekati Muin. Saya cemas. Muin sudah hiris hati saya dan digorengnya dengan resepi masak pedas. Saya tahu, dia mungkin ingat hati dalam peti ais tu hati lembu.
Woi, kau makan hati aku!
Lah, apasal kau tak cakap? Lain kali tulislah kat plastik tu atau taruk dalam tupperware ke. Jangan lupa perjanjian rumah ni. Apa saja dalam peti ais adalah harta wakaf kecuali diberitahu. Ingat!?
Habis tu macamana ni?
Macamana apa? Aku dah siap masak dah ni. Makan je lah. Bila lagi nak makan hati sendiri.
Ya, santapan tengah hari saya dan Muin hari tu ialah nasi putih panas berlaukkan hati. Hati saya. Tapi sumpah, hati yang baru disucikan rasanya bagaikan santapan dari syurga.
.
.
Esok malam. Saya terima panggilan daripada Melin. Dia mahu jumpa saya di Seven E. Di sana, Melin beritahu; Kita tak boleh get along lagi. I dah ada someone.
Saya cakap ringkas; Ok.
Melin terus jerit; You ni memang tak ada hati dan perasaan!!
Tiba-tiba saya teringat hati saya dalam peti ais yang diambil Muin dan digoreng dengan resepi masak pedas.
Rebecca rasa kehidupannya ketika ini seperti seorang gadis yang loser. Dunianya dipenuhi daun-daun kering gugur yang kemudiannya hancur dipijak kaki-kaki manusia.
Dia perlu perangsang untuk menjana kehidupannya yang serba statik ini. Jadi tidak hairanlah dia bergesit laju ke premis berlumut hijau di Bandar Baru Sungai Buloh sebaik sahaja terpandang iklan 'Temui Nujum Super - Sedia Menilik Masa Depan Anda!' di Metro Harian.
Selepas membayar pengeras berjumlah AS$345 (RM1,281.13), dia berhati-hati masuk ke dalam kamar berdebu berjumpa nenek tua berkaca mata bulat seperti Mahatma Gandhi. Belum sempat Rebecca berkata apa-apa, nenek tua hulurkannya sekeping nota berbau talkum.
You are mature, reasonable, honest and give good advice. People ask for your comments on all sorts of different issues. Sometimes you might find yourself in a dilemma when trapped with a problem, which your heart rather than your head needs to solve.Tiba-tiba Rebecca berang. Dia tahu ayat yang ditulis nenek tua di atas nota wangi itu sebenarnya diciplak daripada Yahoo Group. Rebecca pantas mengangkat pasu antik di sisi meja dan menghempuk nenek tua sehingga mati.
Satu petang. Marcus berjumpa Lucius. Di sebuah restoran separa mahal. Selepas setengah jam melepak. Jangankan bersuara, menjeling awek pun Marcus tidak mahu. Air di dalam gelas semakin kontang. Namun dunia mereka berdua masih sunyi. Lucius cuba membaca mata Marcus yang sedang mengulum dan mengigit-gigit hujung penyedut minuman. Menurut jurnal Human Sexotology tulisan Countess Karlstein, ada dua firasat apabila seseorang itu menggigit penyedut minumannya. Pertama, dia punya naluri seks tinggi. Kedua, jiwanya sedang bergelut. Ataupun mungkin kedua-duanya sekali. Hahaha! Gelak Lucius dalam hati.
"Aku dan Jely dah macam kucing dan tikus. Kami dah tak ngam. Kusut." - Marcus
"Biasalah tu bro. Gaduh-gaduh ni biasalah. Memeriahkan suasana." - Lucius
"Masalahnya, aku yang selalu jadi tikus." - Marcus
Tikus? Hahaha! Lucius gelak macam nak mati. Marcus kerut dahi dan pandang tak puas hati. Dia kemudian bangun dan ketuk kepala Lucius dengan gelas sampai pecah. Lucius masih gelak. Lucius teringatkan firasat keduanya yang mengena.
Gara-gara bosan dan meluat membayar cukai kepada kerajaan, Samad mula berasa bosan menjadi manusia.
Justeru Samad mencipta satu mesin super ajaib yang boleh menukarnya menjadi apa saja. Bertukar menjadi keju, soya perasa ros atau roti High 5 perasa epal dan vanila misalnya.
Tapi Samad memilih mahu menjadi itik. Selepas memakai fon telinga yang disuntik ke bekalan kuasa yang digubah berdasarkan teori Freud, maka ciptaannya itu mula bergegar dengan panahan kilat berpusaran. Bumi seakan bergoncang. Sebuah rumah di Shah Alam black-out serta merta.
Hari itu, Kepulauan Talaud di Sulawesi, Indonesia dilanda gempa bumi. Hutan di negeri Victoria, Australia terbakar teruk.
Di Kampung Paya Jaras. Di dalam sebuah kamar kecil seakan bilik sulit di dalam terowong Vietcong. Terletak betul-betul di hadapan mamak Saiful, Samad mula bermutasi menjadi itik.
Selepas sesi mutasi menjadi lengkap. Samad akhirnya berjaya menjalani kehidupan sebagai seekor itik. Tiada lagi cukai kerajaan yang mengganggu hidupnya. Hari-hari esok bagi Samad adalah begitu membahagiakan.
Anak Mimi nama Obami. Dia ni memang suka main dengan manusia. Walaupun banyak lagi rakan-rakan sebaya yang boleh diajak bermain. Tapi kecenderungannya bermain dengan manusia memang lebih. Mungkin sebab kenan masa mengandung dia dulu kot. Masa tu Mimi memang selalu curi tengok drama Melayu kat rumah bebudak bujang bawah tu. Mimi selalu layan cerita Hikayat Putera Syazlan kat Astro Ceria.
Mimi tanya dia, kenapa suka kawan dengan manusia?
Dia beritahu, Manusia ni baik. Suka bagi makanan. Kadang-kadang diorang bagi cekedis, tulang ayam kentaki, nasi kenduri, Coca Cola dan macam-macam makanan lagi.
Bagus juga dia manja-manja dengan manusia ni. Apa taknya. Kalau main dengan rakan sebaya apa pun tak dapat. Sikit-sikit nak gaduh. Sikit-sikit nak gaduh. Lepas gaduh tahu pula lapar. Kemudian merengek kat mak minta makan. Apa cerita?
Tapi Mimi selalu pesan kat Obami. Hati-hati dengan manusia ni. Diorang ni kadang-kadang bergurau kasar.
Satu hari Obami balik nangis-nangis. Mimi tanya, kenapa menangis? Dia cerita, budak-budak tu ajak dia main bola. Diorang suruh Obami jadi goalkeeper. Masa seorang budak tu rembat bola, Obami cubalah tahan. Obami ingat ringan saja bola tu. Rupa-rupanya berat. Terus Obami dengan bola tu masuk ke dalam gol. Sakit jangan cakaplah. Saja Obami buat macho tak nak mengangis depan budak-budak tu.
Sedihkan. Mimi pun rasa sedih. Tapi untuk ajar Obami jadi kucing yang cekal, Mimi tak boleh manjakan sangat dia. Jadi, Mimi cakaplah,
Padan muka!!
Tuan Obama.
Tahniah dan selamat jadi Presiden AS ke-44.
Saya harap tuan tak lupakan nasib kucing-kucing macam kami yang perlukan pembelaan.
Kita semua sedia maklum bahawa krisis di Gaza semakin meruncing [well, Mimi pun up to date ok!]. Namun, bagaimana pula dengan nasib haiwan-haiwan di seluruh dunia. Apakah ia cuma tanggungjawab WWF saja? Ataupun Animal Planet?
Masih banyak berlaku penindasan ke atas kaum kami sehinggakan sesetengahnya hampir pupus. Harimau Malaya misalnya. Apakah tuan mahu anak-anak tuan mengenali harimau Malaya hanya pada jersi bola sepak Malaysia yang entah ke mana tu?
Jadi, tuan mesti lakukan sesuatu. Jangan sisihkan kami. Tanamkan sifat cintakan haiwan dan alam sekitar kepada manusia di bumi ini. Bukankah makhluk di bumi ini saling melengkapi antara satu sama lain?
Saya harap tuan Obama dapat lakukan sesuatu. Kalau tak, sia-sia saja saya letak nama anak saya:
Tadi bebudak rumah bujang bawah tu bergaduh tak ingat. Hihihi.
Ceritanya macam ni.
Dua hari lepas diorang buat gotong royong kemas rumah diorang yang macam neraka tu. Mimi pun hairan sebab apa diorang rajin sangat. Mungkin diorang dapat hidayah agaknya.
Tapi, semalam diorang bergaduh sebab ada pinggan tak berbasuh dalam sinki. Masing-masing tak nak mengaku pinggan siapa. Jadi diorang pun bergaduhlah. Dahsyat juga diorang tu bergaduh. Sepak terajang semua ada. Lebam sana lebam sini. Entah apa-apa diorang tu. Janganlah tiru perangai macam kawan-kawan Mimi. Kami tak apalah. Sebab kami binatang. Diorangkan manusia. Bawalah berbincang elok-elok.
Sebenarnya, Mimilah yang guna pinggan dalam sinki tu. Semalam Mimi lapar. Tingkap rumah diorang terbuka. Mimi pun masuklah dan nampak ada ayam goreng atas meja. Mimi ambil pinggan atas rak. Mimi cedok nasi, taruk kicap dan bantai makan dengan ayam. Sedapppp.. Lepas makan, Mimi letak pinggan dalam sinki. Tup tup dah tertidur. Terus lupa nak basuh. Mimi tersedar bila ada seorang budak rumah bujang tu balik. Mimi pun terus blah. Tak naklah kena baling dengan bantal lagi. Sakit tau.
Apa? Tak percaya? Tak percaya sudah. Uwekkk..
Tadi Mimi masuk rumah bebudak bujang bawah tu. Tivi terpasang. Tapi Mimi memang dah biasa dengan taktik bodoh diorang ni. Diaorang tidur sebenarnya. Tidur tapi buka tingkap. Bodoh.
Mimi panjat tingkap dan terus selongkar plastik sampah. Wah, tulang ayam bahagian rusuk. Favourite ni. Macam sedap. Mimi gigit rusuk ayam tu. Tiba-tiba entah macamana salah seorang bebudak bujang tu sergah Mimi. Mimi terkejut dan cepat-cepat lari panjat tingkap. Tapi rusuk ayam Mimi jatuh dan tersangkut celah jeriji besi.
Melepas rezeki Mimi hari ni. Sakit ja hati ni tengok mamat tu angkat ibu jari tunjuk best kat Mimi. Tapi takpe, Mimi boleh cari makan kat rumah Mak Jeha. Wekkk..
Rashid perokok tegar. Sudah bertahun dia mahu berhenti merokok tetapi gagal. Tapi satu hari, bekas abu rokok, tempat Rashid mengetis sisa-sisa nikotin itu terbalik dilanggar Josiah, si kucing hitam yang kuat bersenggama. Api daripada puntung rokok tersebut terus galak menyambar langsir lalu rumah Rashid langsung dijilat dan diratah api. Selazat-lazatnya.
Api kemudiannya melarat pula membakar satu blok apartment, tempat tinggal Rashid sehingga mengorbankan sekurang-kurangnya 255 mangsa. Semuanya menjadi mayat rentung tak dikenali.
Ya, cuma Rashid terselamat kerana dia mengurungkan diri di dalam bilik mandi. Ajaib!
[Kenapa Rashid selamat?
Kebetulan dalam bilik mandi Rashid ada topeng gas yang menyelamatkannya daripada tersedut asap beracun. Paip penyembur anti kebakaran di siling bilik mandi pula bertindak efektif menghalang bilik mandinya daripada terus terbakar. Kebetulan pula Rashid seorang pegawai bomba yang mahu keluar bertugas dan siap sedia memakai baju kalis api! Wah, hidup Rashid memang banyak kebetulan. Titik.]
Rashid keluar selepas kebakaran mula reda dan bomba sedang sibuk mengutip mayat. Dan dengan linangan air mata Rashid bersumpah tidak akan merokok lagi selama tujuh keturunan.
[Guruh berdentum dan kilat sabung menyabung di luar.]
Satu hari Arnab ajak Kura-Kura berlumba. Pada jarak 100 meter pertama, Arnab cemerlang mendahului perlumbaan dengan catatan masa 5.6 saat.
Malangnya, ketika memasuki 50 meter seterusnya, Arnab diserang hamstring dan terpaksa dikejarkan ke hospital.
Arnab kemudiannya mati dalam perjalanan.
Polis akan melakukan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.
1000 tahun sebelum Alfonso de Albuquerque menjajah Melaka dengan armada Portugisnya, ada seorang Eropah ingin menjajah Tanah Melayu.
Itu pun selepas dia bertemu dengan satu ubat ajaib yang mampu menukar tubuhnya menjadi besar laksana gergasi adanya.
Selepas berbulan-bulan belayar di lautan maka sampailah lelaki Eropah tersebut ke Selat Melaka.
Jadi, tanpa berlengah lagi, lelaki Eropah itu terus menelan ubat maha ajaibnya itu, dan dalam sekelip mata dia pun berubah menjadi gergasi.
Namun, apa yang menghairankan, sebaik sahaja dia tiba di Tanah Melayu, penduduknya langsung tidak lari menyelamatkan diri, sebaliknya mereka ketawa setengah mati.
Porque!? Ujar lelaki Eropah itu dalam bahasa Latin.
Rupa-rupanya, sebaik sahaja tubuhnya menjadi gergasi maka terkoyak dan tertanggallah seluar yang dipakainya itu sehingga menampakkan laras zakar dan dua ketul testikelnya yang serba berbulu.
Dek kerana terlalu malu diketawakan, lelaki Eropah itu pun melarikan diri menyeberangi lautan. Namun ketika sampai ke India, dia terlanggar negara Sri Lanka dan terpelanting jatuh berhampiran pergunungan Tibet. Dia akhirnya mati dan bertukar menjadi gunung.
Sekarang gunung itu dinamakan Ever-Rest. Gunung tertinggi di dunia.
Hari ni Mimi rasa sangat lapar. Sudah dua hari Mimi tak makan. Tak ada siapa yang sudi belanja Mimi makan. Kemanusiaan sudah hilang. Manusia lebih suka fikirkan perut sendiri sahaja. Pernah tak mereka terfikirkan ketika perut mereka kenyang, berapa banyak lagi perut hamba Allah yang sedang kelaparan?
Bukan sekali Mimi terserempak dengan Mak Jeha, brader Zaidi, Pak Akob dan banyak manusia seluruh apatmen ni. Tapi semuanya sama saja. Semuanya tak pedulikan Mimi. Tambah-tambah lagi bebudak rumah bujang tingkat bawah tu. Lagi tak ada hati perut ya amat. Diorang pasang dawai besi di tingkap. Diorang kunci pintu dan tingkap.
Memang tak ada ruang langsung untuk Mimi masuk ke rumah. Mimi bukan curi duit. Mimi curi makan saja. Salah ke? Kalau betul Mimi salah tangkaplah. Bawalah Mimi ni ke Balai Polis Kota Damansara sana. Biar Mimi masuk penjara. Sebab dalam penjara Mimi dapat makan free. Tak payah Mimi nak masuk rumah Mak Jeha, brader Zaidi, Pak Akob dan penduduk-penduduk apatmen kat sini lagi.
Ya, kemanusiaan sudah hilang. Manusia lebih suka fikirkan perut sendiri sahaja. Pernah tak mereka terfikirkan ketika perut mereka kenyang, berapa banyak lagi perut hamba Allah yang sedang kelaparan?
Satu malam Mimi panjat juga masuk ikut tingkap rumah bebudak bujang tingkat bawah tu. Alhamdulillah, sekali jump saja terus masuk dan landing dengan sempurna. Perfect!
Tapi sayang belum sempat Mimi tengok-tengok makanan apa yang ada, kepala Mimi sudah kena pelangkung dengan bantal.
"Jangan masuk dalam. Kau buat sepah. Lauk ada kat luarlah babi!"
Sampai hati dia panggil Mimi ni babi. Cakaplah elok-elok. Mimi pun ada hati dan perasaan. Mimi cuma lapar saja. Memang la Mimi makan bersepah. Tapi dia tak tau ke yang Mimi ni kucing.
Turun sahaja dari harvester space, Maxilim marah-marah.
"What the hell! Why we must do something riot and blowing racist sentiment? No matter what Ciciesmie said, Rodius must always be in power!"
Dengan emosi marah menyala-nyala Maxilim capai botol minuman. Sekali teguk 50 ml habis begitu saja.
"Err.. bos, that's pesticide!" kata Marius kepada Maxilim.
Muka Maxilim berubah biru. Mulut berbuih. Dia terkejang di tepi botol pestisid buatan Ciciesmie.
Pada pendapat Abas, duit adalah segala. Dengan duit Abas boleh beli macam-macam. Dia boleh beli kereta. Rumah. Perempuan. Tiga perkara tu sudah cukup sempurna baginya.
Satu hari masa pergi kerja Abas jumpa satu keping not 100. Betul-betul sebelah Honda cub-nya di kawasan parkir rumah. Abas ambil duit tu dan masukkan dalam kocek jeans.
Wah, ini duit dari langit! Kata Abas dengan girang.
Di ofis, Abas berfikir-fikir mau buat apa dengan not 100. Fikirannya sedikit kacau bercampur gembira. Ya, 100 sudah cukup besar bagi Abas.
Balik kerja, Abas seluk kocek. Dan tiba-tiba dia menyumpah-nyumpah sebab kocek jeansnya itu koyak.
Satu hari kau bangun pagi.
Tiba-tiba kau rasa negara kau betul-betul macam celaka.
Tivi celaka. Surat khabar celaka. Internet celaka. YB celaka. Semua celaka.
Kerana geram kau gesit mengangkat tivi rumah dan menghumban objek itu ke bawah.
Dari tingkat 15 tivi itu jatuh betul-betul di atas kepala auntie Lilian.
Kepalanya berkecai dan dia mati di tempat kejadian.
Kau rasa takut amat dan kau sembunyi di dalam almari baju selama empat hari.
Selepas empat hari kau pun keluar dan tidak ada apa-apa yang istimewa pun yang berlaku.
Dan kau mula mengutuk diri sendiri yang celaka kerana sanggup bersembunyi selama empat hari di dalam almari baju yang macam celaka.
Demi mengambil hati, Badrul ajak Matthew turun ke lounge di Hotel Turpan Oasis, Xinjiang. Putih pipi Matthew jelas tampak membengkak dan kebiruan.
Badrul garu-garu kepala, tidak tahu mahu mulakan kata maaf yang bagaimana. Matthew masih diam sejak peristiwa di masjid Xinjiang Selasa lepas. Dia tahu Matthew marahkannya.
Dia pesan cappucino. Dan hot lime juice untuk Matthew. Dia minum sendirian. Matthew masih begitu juga.
"Tuan-tuan dan puan-puan. Malam ini kita ada penyanyi istimewa yang kita undang khas daripada Amerika Syarikat. Dipersilakan saudara Anwar..."
Belum sempat Badrul dapat mendengar tutur akhir hos bermata sepet tersebut khalayak sudah bangun. Pandangannya terhalang. Tepukan tiba-tiba menjadi bergemuruh. Suara sorakan bersipongang memecah kapasiti lounge yang sederhana mewah itu.
"Anwar? Amerika Syarikat?" Getus Badrul. Dia menoleh ke arah Matthew. Dan Matthew seperti menerima kejutan. Dia bagaikan dibius ke dalam dunia penuh takjub.
"Anwar? Betul ke?" Badrul kuis bahu Matthew.
"Ha ah. Aku minat gila dia!" Tiba-tiba Matthew menjadi hepi.
"Macamana kau boleh minat Anwar? Kau pun tahu pasal dia?"
"Hello kawan. Aku dari Kanada. Dan aku bukan Kanada yang hip kalau tak kenal Anwar Robinson si finalis American Idol tu ok!"
"Oh, Anwar Robinson. Ye ye. Takkanlah kau tak kenal dia pula ye tak. Aku ingat kau dari Cuba!"
"Hahaha!" Kali ini Matthew sudah mula goyangkan kepalanya seperti itik nila.
"Bro, dia betul-betul macam dewa!"
"Dewa pun boleh mati juga. Apa pun aku suka dia! Hahaha!"
Hairan Badrul. Kehadiran Anwar betul-betul buatkan Matthew bertranformasi, menggeliat menjadi begitu hepi, terkinja dan terhipnosis. Mahu tak mahu Badrul terpaksa juga ikut Matthew menari dan goyangkan kepala macam orang meratib. Ke kiri. Ke kanan. Ini baru soul! Jerit Matthew kuat.
Cappucino dan hot lime juice mula surut dan sejuk ketika 'What a Wonderful World' dilagukan dewa Anwar Robinson pada malam itu.
