RSS

Cerita Benar Tentang Hati Saya

my_liverIni cerita benar. Saya akan beritahu Melin jawapan kepada persoalan yang dihamburkannya di hadapan Seven E dua hari lalu; Awak ni memang tak ada hati dan perasaan!!

Sehari sebelum tu, tiba-tiba saya rasa hati saya sangat letih. Sangat penat. Dan sangat tidak tenang dan tenteram. Saya tak tahu musibah apa yang sebabkan hati saya jadi kacau begini.

Saya balik rumah. Saya belah dada saya dengan pisau, keluarkan hati dan letakkan atas kayu siang. Saya nampak hati saya kotor gila. Jadi saya cuci hati saya dengan perahan lemon dan palitkan sedikit kimia Axion. Tetapi masih hitam, pekat.

Saya sambar baldi di anjung, curahkan air hangat dan campurkan dengan alkali dari mulut Klorox. Saya rendam hati saya.

Syukur, lima jam direndam, hati saya mula tampak kemerah-merahan. Bersinar. Selepas dicuci dengan air bersih dan ditoskan, saya terfikir, macamana kalau hati saya kotor lagi sebelum berjumpa Melin? Baik saya simpan dulu. Jadi, saya ambil keputusan simpan dalam peti ais.

Esok hari, saya bangun lambat. Saya buka peti ais. Kosong. Saya nampak Muin tengah kaut makanan dari dalam kuali. Bau rempah menusuk-nusuk hidung. Saya dekati Muin. Saya cemas. Muin sudah hiris hati saya dan digorengnya dengan resepi masak pedas. Saya tahu, dia mungkin ingat hati dalam peti ais tu hati lembu.

Woi, kau makan hati aku!

Lah, apasal kau tak cakap? Lain kali tulislah kat plastik tu atau taruk dalam tupperware ke. Jangan lupa perjanjian rumah ni. Apa saja dalam peti ais adalah harta wakaf kecuali diberitahu. Ingat!?

Habis tu macamana ni?

Macamana apa? Aku dah siap masak dah ni. Makan je lah. Bila lagi nak makan hati sendiri.

Ya, santapan tengah hari saya dan Muin hari tu ialah nasi putih panas berlaukkan hati. Hati saya. Tapi sumpah, hati yang baru disucikan rasanya bagaikan santapan dari syurga.
.
.
Esok malam. Saya terima panggilan daripada Melin. Dia mahu jumpa saya di Seven E. Di sana, Melin beritahu; Kita tak boleh get along lagi. I dah ada someone.

Saya cakap ringkas; Ok.

Melin terus jerit; You ni memang tak ada hati dan perasaan!!

Tiba-tiba saya teringat hati saya dalam peti ais yang diambil Muin dan digoreng dengan resepi masak pedas.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 komen:

Anonymous said...

ehehe ..

therosputih said...

harap melin membacanya

cinta juliet zainal abidin said...

melin?? patot la hari2 muke keras. haish