RSS
Showing posts with label Ini Cerita Saya. Show all posts
Showing posts with label Ini Cerita Saya. Show all posts

Tabung Ultraman dan papan notis



Ini gambar tahun 2005, gambar tabung Ultraman yang aku beli di kedai 2 ringgit. Tak ada syiling pun dan cuma sekadar hiasan atas monitor PC aku.

Di belakang tabung adalah papan notis yang aku lekatkan macam-macam nota. Paling jelas kelihatan adalah lukisan kartun yang aku lukis sempena musim final exam.

Di kanan bawah adalah nota pendek pasal subjek Elektronik Asas. Nota-nota lain tak berapa jelas sebab kualiti kamera henfon ketika itu tak adalah hebat sangat. Tapi nampak macam tiket bas, resit asrama, jadual exam, nama dan kad pengenalan siapa entah dan nota puisi (kanan atas).

Amacam, bebudak sekarang ada berani tampal puisi kat papan notis? Apa, tampal lirik lagu K-Pop?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pasal gambar kalkulus


Ini gambar tahun 2005 ketika masih bergelar pelajar universiti. Tahun itu jugak aku berpindah kampus Unisel dari Shah Alam ke Batang Berjuntai. Perasaan memang down gila, kau boleh bayangkan orang KL yang hip tiba-tiba dikerah bertugas ke hutan Belum di Gerik sana.

Tak silap aku, ini kertas subjek Kalkulus, subjek maut yang ramai orang tak suka, termasuk aku. Di sudut kiri atas gambar adalah secawan Nescafe 3 in1 original buat penyegar mata, manakala di bawahnya pula adalah henfon aku yang ke berapa entah. Cap Nokia.

Aku pun tak ingat yang aku pernah pakai henfon ni. Mujurlah masa tu tak ada lagi telefon pintar bukan-bukan. Kalau tidak pasti lebur duit PTPTN aku. Tapi zaman itu, ketagihan aku banyak bertumpu kepada aksesori PC sampai sanggup turun Low Yatt untuk cari barang komputer apa yang patut. Tapi tak adalah ekstrem sangat pun.

Untuk tampung duit poket yang sesak, aku buat kerja part time repair komputer. Semua pelanggan aku perempuan saja sebab lelaki ni kalau komputer rosak dia orang pandai repair sendiri.

Harga aku ambil untuk format PC adalah separuh daripada caj kedai, lebih kurang RM50. Kira masyuklah masa tu buat lepas duit minyak motor, pergi kafe siber untuk tulis blog dan belanja makwe (sebelum putus cinta). Ahaks.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Notis lupa

Ini notis di belakang pintu utama rumah bujang aku dulu. Ditulis oleh Ust Din gara-gara perangai budak rumah yang selalu lupa tutup lampu dan kipas bila keluar pergi kerja. Sekali tengok sudah macam notis mak abah pesan kat anak-anak dia orang.

Tapi bila dah kahwin ni, perangai bujang tu terbawa-bawa juga. Aku selalu lupa tutup penutup mesin basuh dan orang rumah aku selalu marah-marah.

"Nanti cat atas tu jatuh bawah. Ishhh.. asyik lupa saja!!"

Untuk pengetahuan, cat bumbung bilik air aku, yang menjadi tempat meletak mesin basuh, tertanggal berpunca daripada bilik air jiran tingkat atas (aku duduk flat). Mungkin sebab seni tampal simen tak betul, berlaku masalah tiris yang menyebabkan bumbung bilik air aku (lantai jiran) lembap dan cat tertanggal, lalu jatuh.

Masalah lupa ini berlaku kerana selepas basuh kain baju (yang banyak), aku biasanya kendong hasil cucian tu dengan dua tangan dan campak atas sofa sebelum disidai satu persatu.  Inilah yang buat aku lupa sebab aku tak ada tiga tangan yang boleh diguna untuk kendong kain baju dan tutup penutup mesin basuh sekali gus.

Tapi sebagai suami yang baik aku jawab, " Baeekkkkklahhhhhhhh"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sebuah kehilangan


Dari zaman belajar di universiti swasta sampailah ke alam pekerjaan, pejam celik sudah dekat 10 tahun masa berlalu. Bila dah habis belajar, kerja duduk sekali. Dari lima tinggal empat orang, dari empat tinggal tiga dan sekarang dari tiga tinggallah berdua saja kat Rumah Puaka tu. Pergi makan sama, lepak sama dan merayap pun sama-sama. Masing-masing sudah pindah rumah kelamin. Tinggal bertiga ok lagi, tapi bila sudah tinggal berdua duk serumah ni rasa suram sunyi saja. Rasa kehilangan. Lumrah kehidupan.. Biasalahh...

Dah pukul 2 pagi ni, comfirm Jarul tak balik. Makan megi sambil layan Masterchef carer jugak...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Entri bergambar akan datang

Aku sudah ada henfon kamera. Mungkin lepas ni, sempena tahun baru, aku boleh upload semula entri-entri bergambar di bawah label foto. Antara subject matter kegemaran aku macam biasalah, kucing. Kehkehkeh!


Ini gambar kamera DSLR. Jangan terpedaya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Buat baik berpada-pada


Kawan aku ada nasihat bahawa kalau nak bagi orang pinjam duit kenalah berani menghadapi risiko kau akan hilang duit tu. Kenyataan ni memang ada betulnya kerana aku pernah kena.

Ada seorang kawan aku yang aku kenal agak rapat dalam kesusahan. Dia bukan dilahirkan dalam keluarga yang senang. Nak dijadikan cerita ada suatu masa tu pelbagai rintangan yang dia hadapi dan memerlukan duit yang banyak. Tak ramai yang dapat tolong dia dan aku antara orang dia minta tolong. Oleh kerana aku dah kenal lama dan atas rasa belas kasihan aku pinjamkan wang yang agak besar jumlahnya. Ni sebenarnya cerita 3/4 tahun dulu.

Sekarang dia dah kahwin dan dah punya anak. Rintangan orang hidup dah berkahwin ni lain pula gayanya. Baru-baru ni ada aku mesej dan cuba hubungi dia tapi tiada respon yang diberikan. Banyak kali gak aku cuba tapi hampa. Ni ke lumrah bila susah je minta tolong tapi bila senang ntah ke mana perginya. mungkin dia malu nak balas mesej atau angkat panggilan aku. Tapi kenapa masa nak pinjam tak da pulak rasa malu?? Bukan ke lebih elok maklumkan apa situasi dia supaya aku boleh faham. Menyesal kemudian tiada gunanya. Aku sentiasa berdoa supaya dia dapat pulangkan kesemua duit yang telah dia pinjam dari aku.

Orang nak pinjam ni macam-macam cara dan helah dia boleh guna. Kalo aku 'along' silap-silap boleh jadi kes polis ni. Dah 2,3 kali gak aku terkena macam ni.

Main 'kutu' lain pulak ceritanya. Bila giliran dia nak pulak cepat tapi bila giliran kita dia senyap je. Sampai sekarang aku tak dapat bahagian aku. Mau dah dekat lebih 2 tahun ni.

Pasal duit sekarang membuatkan aku lebih berhati-hati.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cerita Ceriti Ceritu I

Zurkerberg, si Yahudi kacak yang mengasaskan Facebook

Tak ada apa-apa baru di sini. Budak-budak puaka lain pun senyap saja.

Asalnya, blog ni aku wujud untuk kawan-kawan terdekat sebagai platform diorang bercerita tentang apa saja. Itu pun atas dasar jemputan selepas mengambil kira kadar celik IT dan nafsu berkomputer masing-masing.

Cadangan aku, kononnya blog ini akan jadi diari kami semua selepas masing-masing bawa hala tuju sendiri nanti selepas bekerja, bernikah, beranak pinak, bercucu cicit. Blog ini akan jadi kedai kopi kami untuk berkongsi keluh kesah, hal-hal peribadi, famili dan macam-macam lagi.

Tertubuhnya, blog ini bukan untuk meraih komen pun. Cuma pusat sehenti saja. Tapi fenomena Facebook ternyata menjejaskan kewujudan blog super hebat ini (macam harem). Melalui FB, setiap komen mampu mengundang respon on the spot atau orang Kedah cakap, la la tu jugak. Tetapi, jika FB diibaratkan sebagai mi segera (cepat dimasak sedap dimakan), blog pula boleh saja disamakan dengan pejabat arkib atau muzium negara. Sangat tidak cocok dengan dunia penuh kepantasan hari ni.

Namun, walaupun searkib dan semuzium mana pun blog, bagi aku medium ala diari ini lebih soul berbanding FB sebab fungsinya seakan album. Kau tangkap gambar, kau taruk dalam album dan kau simpan. Sekali-sekala kau buka, kau akan senyum. Di FB, kau sebenarnya tak berapa peduli sangat tentang entri/komen yang sudah kau hantar. Kau juga tak berapa nak ada fiil untuk belek-belek entri lama. FB lebih bersifat hantar dan lesap, tiada unsur sentimental di situ.

Tapi bila kau berblog, semua entri dan catatan kau disimpan. Dan semua itu perlahan-lahan akan jadi sejarah peribadi kau. Blog akan jadi pengingat kepada cerita-cerita lama kau ketika otak kau hanya mampu mengingat momen-momen besar saja.

Bersambung..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

My Oh My

19 Jun 2010. Genap 2 tahun umur myLC JLA bersamaku. Sudah 36, 000 km myLC mengembara. Tak lama selepas tu, JLA dapat pula teman baru iaitu myPE WUB yang lahir pada 28 Jun 2010.

Dalam berkira-kira sama ada jodoh myPE daripada WTW, WTV, WTX, WUA, akhirnya myPE jodohnya dengan WUB. Kalau tidak WUB, mungkin myPE boleh jadi JMJ. Tapi disebabkan nak pangkal W, maka namanya jadi WUB. Seangkatan WUB ialah JMJ dan BKV. Seangkatan yang lain tak berapa ingat pula. Selang seminggu kemudian, Dato' Why muncul dengan Lagenda barunya yang dijodohkan dengan WUC. Dalam masa seminggu kejap saja dah bertukar no platnya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Musim Mengawan

Tahun ni ramai jugak yang dah menamatkan zaman bujang. Umor dah nak mencecah 30-an memang sedang elok bina masjid ye dak?? Itam dengan Ogie dah selamat bulan 3 hari tu. Ayie & Why dah selamat awal bulan Mei lepas. Nik bulan Jun nanti. Budak-budak rumah puaxx tinggallah 3 orang yang bujang. Lepas ni giliran siapa tak tau la..

Kepada Itam & Ogie, Ayie & Diana, Why & Piyose dan Nik & pasangannya: Selamat pengantin baru.. Selamat menempuh alam rumah tangga dan semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.. Amin.

Nota: Ayie balik kampung jumpa bini. Why balik rumah mertua. Jar dan Dodo balik kampung. Tinggallah aku sorang-sorang kat rumah. Tinggal aku keseorangan..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Maulidur Rasul 12 Rabiul Awal 1431H

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah, iaitu hari keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12, bulan Rabiul Awal sempena kelahiran nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal, Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah SWT. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Tetapi, masih ada di antara kita tidak mengetahui atau tidak peka dengan tarikh keputeraan Rasulullah. Mudah-mudahan kita tidak tergolong orang macam tu.


Kenangan aku semasa menyambut Maulidur peringkat sekolah agama di Johor dulu ialah buat persembahan nasyid dengan rakan lelaki sekelas.

Sebelum tu, sebenarnya cikgu kelas aku buat pertandingan nasyid. Kelas aku dibahagi kepada 3 grup, terdiri 2 grup pelajar perempuan dan 1 grup pelajar lelaki iaitu grup aku. Aku memang minat lagu-lagu nasyid ni. Masa tu, ramai rakan kelas lelaki tak layan nasyid sangat. Kiranya aku sorang saja yang tau. Jadi, secara tidak langsung, aku terpaksalah jadi vokalis grup lelaki.

Dipendekkan cerita, kebetulan masa tu aku ada hafal lagu nasyid tentang 12 Rabiul Awal. Tajuk betul aku dah lupa, sebab lagu lama. Tanpa disangka, grup aku menang dan dapat hadiah karipap kantin. Suka jangan cakaplah. Memang tak sangka boleh kalahkan grup perempuan sebab ada pelajar perempuan kelas aku yang jadi wakil sekolah masuk pertandingan nasyid. Bila difikirkan balik, mungkin grup aku menang sebab lagu tu sesuai dengan majlis maulid nanti.

Pada mulanya, aku dan member-member aku tak tau pun kita orang kena buat persembahan untuk majlis sambutan maulidur Rasul di sekolah. Kelam kabut sebab aku sorang saja yang hafal lagu tu. Kertas lirik yang aku bagi kat member-member aku entah ke mana. Akibatnya, persembahan kami lebih kepada persembahan aku secara solo. Member-member kelas yang ada cuma 'miming' saja sebab diorang tak hafal. Bila teringat, aku tetiba rasa nak cari balik lagu nasyid entah apa nama tu.

Selamat menyambut Maulidur Rasul aku ucapkan kepada semua umat Islam. Mari banyakkan selawat ke atas baginda Rasulullah SAW.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2010 & 1431

Selamat datang tahun baru 2010 masihi dan 1431 Hijrah. Tiada apa yang menarik bagi aku, hanya jalani hidup seharian macam biasa cuma perubahan kepada yang lebih baik tu memang perlu. Itulah hijrah dalam hidup setiap orang yang perlu dilakukan. Tahun bersilih ganti, umor makin bertambah. Semoga panjang umur, ditetapkan iman, berjaya dalam kerjaya dan murah rezeki buat diri sendiri, keluarga & rakan-rakan semua... Amin.

Notakakiku: 1 Januari 2010 Masihi bersamaan 15 Muharam 1431 Hijrah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Semuanya OK

"Bersendiri lagi
Mengenang yang terjadi
Menyentuh hati..." - KRU

Aku suka nyanyi lagu di atas bukan sebab apa, mungkin aku agak kerap keseorangan. Duduk rumah sorang-sorang, layan muvi sorang-sorang, pergi ke sana ke sini pun sorang-sorang. Nyanyi untuk menghiburkan diri. Member-member rumah jarang ada di rumah atas urusan kerja, dating, balik kampung dll. Aku pulak jenis yang malas nak keluar rumah melainkan kalau ada urusan atau ada member-member yang ajak.

Agak lama aku tak update blog. Aku suka baca blog orang lain, tapi nak meng-update memang susah. Bila aku ada bahan nak update, lain pula jadinya. Nak update blog kena ada jiwa. Kalau tak ada jiwa, dah jadi macam beban bila nak kena update. Hasilnya, macam entri ni la, KOSONG!!


Notakakiku: Masih mencari fiil nk update blog.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Saya dan BTN Ketika Belajar Dulu-Dulu

Gambar di atas disiarkan sempena kontroversi BTN yang sekarang sudah suam-suam kuku. Foto penuh aksi sombong dan hensem ini diambil semasa aku kena kuarantin lima hari di Pantai Cahaya Bulan, Kelantan, 2005.

Menurut maklumat pelajar universiti lain, aku sedia maklum kursus ni berbaur rasisme. Tetapi, memandangkan universiti aku 1Malaysia, tak ada langsung unsur-unsur perkauman disebut. Ya, tak ada langsung sebut pasal Ketuanan Melayu, Anwar Ibrahim mahupun Tian Chua. Lagu Warisan yang evergreen itu pun tak dinyanyikan.

Lebih mengharukan, aku seorang saja wakil lelaki Melayu dalam gambar di atas. Yang lain India. Dua dari kiri tu India campur Melayu (Dia boleh cakap Tamil). Dua lagi India Hindu. Perempuan pula seorang saja wakil India dan tiga yang lain Melayu berdarah Jawa (kalau tak silap). Ada unsur rasis tak aku sebut benda ni? Haha..

Dalam kursus ni banyak menyentuh tentang isu perpaduan, semangat berpasukan selain latihan ala rambo dan PLKN. Apabila kursus tamat kami dapat sijil. Tapi harus diingat, sijil tersebut langsung tak membantu kau melangsaikan hutang PTPTN.

Tiada cip MEPS dalam tag nama BTN. Harap maklum.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cerita Padi dan Orang Utara

Pengalaman seperti ini hanya mampu dinikmati di utara Semenanjung.

Sabtu lepas, giliran kenduri sebelah abang aku. Untuk kenduri kali pertama ni, famili aku buat memorandum persefahaman (MoU) dengan famili Paksu dan saudara mara lain untuk buat di kampung. Jadi ada dua pasangan. Abang aku dan isteri. Sepupu aku dan suami dari Perak.

Masa sembang dengan salah seorang saudara kepada si suami kepada sepupu aku (dari Perak), dia tanya, kenduri di utara bila mula majlis? Aku cakap, masa puncak selalunya selepas Zohor.

Untuk makluman: ikut tradisi orang Utara, apa-apa perkara nak buat, mesti kasi lepas solat dulu. Sebab tu istilah selepas Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak selalu diletakkan sebagai penanda janji. Tapi itu bukanlah bermakna selepas Zohor tu membawa maksud nak masuk Asar, tetapi selepas menunaikan solat Zohor ketika masuk waktu.

Kenduri di utara biasanya meleret hingga betul-betul petang. Malam pun ada orang datang rumah lagi. Tak macam kenduri di bahagian Tengah dan Selatan Semenanjung, di mana waktu puncak sekitar jam 12 tengah hari dan majlis mula lengang sekitar 4 petang. Begitulah serba sedikit mengenai waktu puncak kenduri di kawasan Utara.

Kemudian, pakcik tu tanya lagi; bulan tiga depan musim menuailah ye.

Aku jawab ya sambil senyum-senyum. Sebenarnya aku tak tau langsung pasal hal ehwal per-padi-an ni. Mungkin rupa aku ada ciri-ciri pesawah kot ataupun pakcik tu ingat semua orang Utara mesti tau pasal padi-padi. :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cerita Abang Saya

Masa kecil dulu, abang pelindung aku. Sebab hati abang kuat dan hati aku lembut. Aku jenis budak kuat menangis, penakut juga. Aku tak boleh orang kutuk aku. Aku cepat cebik. Dan aku selalu nak sama dengan abang aku. Apa yang abang buat atau dapat, aku mesti nak buat atau dapat juga. Abang aku masuk tadika, aku pun masuk juga. Abang beli pistol, aku pun nak pistol juga. Kalau tak, aku mengamuk.


Sepanjang hidup aku, tak pernah aku tengok abang meraung bila kena sebat. Tak pernah pula aku nampak air mata dia. Aku rasa abang sudah latih diri dia untuk tak mahu dilihat sebagai abang yang lemah. Dalam diri abang itulah berikan aku kekuatan.

Bila meningkat dewasa, sama seperti abah, antara aku dan abang aku, ada tembok tinggi di tengah dipanggil misteri. Aku dan abang sangat jarang berkongsi apa-apa rahsia pun walaupun jarak umur cuma setahun saja. Memang aku cemburu tengok adik beradik lain yang hubungan diorang macam kawan-kawan. Sama-sama gila. Sama-sama 'kautim'. Tapi aku dan abang aku tak macam tu. Sebab di tengah kami ada tembok tinggi dipanggil misteri.

Bukannya kami bergaduh. Kali terakhir bergaduh pun seingat aku masa sekolah menengah rendah saja. Lepas tu kami dah tak bergaduh. Cuma cara kami bergurau, bercakap tak macam adik beradik lain yang aku tengok macam kawan-kawan. Sebab hormat aku pada abang melebihi status abang sebagai abang.

Status abang, aku dah samakan macam abah. Segala bentuk kasih sayang tak mampu aku luah sebab aku sendiri tak tahu macamana nak buat semua benda tu. Aku buntu kata-kata.

Jumaat lepas, abang aku selamat menikah. Famili kami dapat menantu perempuan pertama. Dan gambar bawah ni tiba-tiba buat rasa sangat blues.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kedai Good Luck yang 'Good'nya Kini Tertanggal



Ini kedai runcit Good Luck. Satu-satunya kedai serbaneka kat Unisel sepanjang aku belajar dulu di kampung Bestari Jaya (Batang Berjuntai) 2005-2007. Macam-macam keperluan pelajar ada di sini. Penyapu, mop, aiskrim pelangi kegemaranku, kotex, prepaid henfon, megi, gula, nescafe, milo, air tin, biskut, roti, baldi, alat tulis. Semua ada.


Pemilik Good Luck ni orang Pakistan. Dan kedai ni memang sesak dan padat. Semua budak hostel hurung. Ada sekali tu masa banjir, kampus kami terputus bekalan. Jalan ke pekan 'BB' tenggelam. Naik sampan baru boleh lepas. Huru hara juga jadinya kami di dalam. Megi, gula, semua sold-out. Terpaksa aku survive makan aiskrim dan biskut cecah nescafe. Dahsyat tak?

Tapi bila aku datang balik Julai 2007, kedai ni dah tak ada. Diganti dengan kedai 'Datuk'. Aku rasa tak mungkin kedai yang berjaya dan laku macam tu boleh bankrap, mesti sebab politik pengurusan (aku rasa). Lagipun kedai baru tu tak hebat langsung. Peti aiskrim tak ada. Barang pun sikit. Ini bukan menambahbaik, tapi menjahanamkan. (Sekarang dah maju kot)

Bawah ni antara catatan entri seputar kedai Good Luck selepas aku korek arkib lama blog aku. Sentimental beb..

i. GoodLuck1
ii. GoodLuck2
iii. GoodLuck3

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ikhlas Yang Tiba-Tiba Datang Tak Diundang Bolehlah Kau Ibaratkan Seperti Hujan di Tengah Hari

Balik raya lepas lupa nak tukar duit raya. Tapi bila difikirkan balik, aku bukannya ada anak buah pun. Jadi aku bagi kat adik bongsu aku RM50 sebab dia belajar lagi. Amacam mulia tak?

Tapi aku ada tukar juga duit dalam RM10. Saja standby takut kena gegar dengan bebudak mana-mana datang entah. Jadi sekarang aku ada lima sampul raya yang setiap satu berisi dua ringgit.

Raya punya raya tinggallah lagi dua sampul dalam poket baju Melayu aku. Jadi baki duit raya lebih tu aku bagi kat adik perempuan aku dan mak aku. Mereka pun sangat gembira dan gelak-gelak.

Sekian terima kasih. :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cerita Mereka

Bismillahirrahmannirrahim.

Hari ni 17 Ramadan 1430H. Sedar tak sedar dah masuk hari ke-17 kita berpuasa. Sekejap saja rasanya. Niat nak terawih cukup tahun ni dah tak kesampaian atas sebab-sebab tertentu, sungguh mengecewakan. Hari ni layan facebook saja sambil layan blog kawan-kawan.


Ada beberapa blog yang menarik perhatian aku. Antaranya blog kawan sekolah lama aku, Akmal. Sekarang dia masih belajar kat Uitm Shah Alam. Buat Master Tourism kalau tak silap aku. Aku ada add facebook dia dan aku tak pasti dia cam aku lagi atau tak. Dah jadi busyman dah dia tu. Walaupun belajar lagi tapi dah ada kerja part time dan memang sesuai sangat dengan minat dia, fotografi. Last aku jumpa dia masa reunion kelas dulu tahun 2001. Lepas tu aku dah tak jumpa. Apa yang buat aku kagum ialah dia dah jadi semakin hebat dengan macam-macam job foto dia ambik. Gambar-gambar yang dia tangkap memang superb.

Ada lagi sorang member aku yang dah berkecimpung dalam dunia fotografi ni, Acai. Kerja kat Lembaga Zakat Selangor. Dia ni pun buat kerja part time jugak dan gambar-gambar dia pun gempak. Aku suka tengok gambar diorang. Acai ni selain part time foto, dia ada buat jugak bisnes lain macam buah naga, lembu dan cacing. Acai orangnya suka berkongsi ilmu dan peramah. Walaupun aku rase kecik saja bila lepak dengan Acai tapi fiil kecik aku tu hilang terus disebabkan dia punya attitude. Aku kagum dan respek sebab diorang ni dah semakin berjaya. Dan serius aku jeles.

Notakakiku:
1. 17 Ramadan - Nuzul Quran.
2. Tengah cari hobi yang boleh buat duit.
3. Untuk korang yang baca entri ni, kalau nak cari fotografer bolehlah rujuk diorang dengan klik link kat nama diorang dalam entri atas. Aku rasa korang mesti kagum punya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

G.E.R.A.M

Setiap orang ada perasaan geram dan marah. Sebagai manusia biasa, aku memang tak dapat lari daripada sikap tu dan aku ni bolehlah dikategorikan sebagai pemarah. Bila difikirkan, banyak jugak benda yang boleh mendatangkan marah dan geram pada aku.

1. Pemandu kereta buang sampah di jalan raya.
2. Pencuri dan peragut.
3. Manusia yang selalu lupa tutup kipas, tivi dan lampu bila sudah guna.
4. Manusia yang tak ada adab sopan
5. Dodo yang suka buat gaya Horatio dan 'L' depan aku.

Bila marah dan geram sudah tentu masing-masing ada cara nak lepaskannya.

Notakakiku: Sekarang aku tengah planning nak beli lastik untuk lepas geram kat manusia-manusia atas tu. Tambah-tambah lagi Dodo.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Eskapisme Diriku Bukan Dirimu

.
.
Tak ada kerja tukar skin. Cet. Aku nak saman Blogspot sebab buang masa aku!
.
.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS