RSS

Saya dan BTN Ketika Belajar Dulu-Dulu

Gambar di atas disiarkan sempena kontroversi BTN yang sekarang sudah suam-suam kuku. Foto penuh aksi sombong dan hensem ini diambil semasa aku kena kuarantin lima hari di Pantai Cahaya Bulan, Kelantan, 2005.

Menurut maklumat pelajar universiti lain, aku sedia maklum kursus ni berbaur rasisme. Tetapi, memandangkan universiti aku 1Malaysia, tak ada langsung unsur-unsur perkauman disebut. Ya, tak ada langsung sebut pasal Ketuanan Melayu, Anwar Ibrahim mahupun Tian Chua. Lagu Warisan yang evergreen itu pun tak dinyanyikan.

Lebih mengharukan, aku seorang saja wakil lelaki Melayu dalam gambar di atas. Yang lain India. Dua dari kiri tu India campur Melayu (Dia boleh cakap Tamil). Dua lagi India Hindu. Perempuan pula seorang saja wakil India dan tiga yang lain Melayu berdarah Jawa (kalau tak silap). Ada unsur rasis tak aku sebut benda ni? Haha..

Dalam kursus ni banyak menyentuh tentang isu perpaduan, semangat berpasukan selain latihan ala rambo dan PLKN. Apabila kursus tamat kami dapat sijil. Tapi harus diingat, sijil tersebut langsung tak membantu kau melangsaikan hutang PTPTN.

Tiada cip MEPS dalam tag nama BTN. Harap maklum.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komen: