RSS

Cerita Padi dan Orang Utara

Pengalaman seperti ini hanya mampu dinikmati di utara Semenanjung.

Sabtu lepas, giliran kenduri sebelah abang aku. Untuk kenduri kali pertama ni, famili aku buat memorandum persefahaman (MoU) dengan famili Paksu dan saudara mara lain untuk buat di kampung. Jadi ada dua pasangan. Abang aku dan isteri. Sepupu aku dan suami dari Perak.

Masa sembang dengan salah seorang saudara kepada si suami kepada sepupu aku (dari Perak), dia tanya, kenduri di utara bila mula majlis? Aku cakap, masa puncak selalunya selepas Zohor.

Untuk makluman: ikut tradisi orang Utara, apa-apa perkara nak buat, mesti kasi lepas solat dulu. Sebab tu istilah selepas Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak selalu diletakkan sebagai penanda janji. Tapi itu bukanlah bermakna selepas Zohor tu membawa maksud nak masuk Asar, tetapi selepas menunaikan solat Zohor ketika masuk waktu.

Kenduri di utara biasanya meleret hingga betul-betul petang. Malam pun ada orang datang rumah lagi. Tak macam kenduri di bahagian Tengah dan Selatan Semenanjung, di mana waktu puncak sekitar jam 12 tengah hari dan majlis mula lengang sekitar 4 petang. Begitulah serba sedikit mengenai waktu puncak kenduri di kawasan Utara.

Kemudian, pakcik tu tanya lagi; bulan tiga depan musim menuailah ye.

Aku jawab ya sambil senyum-senyum. Sebenarnya aku tak tau langsung pasal hal ehwal per-padi-an ni. Mungkin rupa aku ada ciri-ciri pesawah kot ataupun pakcik tu ingat semua orang Utara mesti tau pasal padi-padi. :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 komen:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

ada masak sup tak bila kenduri

aku peminat tegar hang ni

Anonymous said...

kalau awak nak tau...saye selalu bg contoh kat anak murid saye penanaman padi = kedah ataupun di utara semenanjung...tp saye sendiri x penah tgk sawah padi secara dekat..paling dekat pun kat tv jer...