RSS

Kenapa Rashid Berhenti Merokok

Rashid perokok tegar. Sudah bertahun dia mahu berhenti merokok tetapi gagal. Tapi satu hari, bekas abu rokok, tempat Rashid mengetis sisa-sisa nikotin itu terbalik dilanggar Josiah, si kucing hitam yang kuat bersenggama. Api daripada puntung rokok tersebut terus galak menyambar langsir lalu rumah Rashid langsung dijilat dan diratah api. Selazat-lazatnya.

Api kemudiannya melarat pula membakar satu blok apartment, tempat tinggal Rashid sehingga mengorbankan sekurang-kurangnya 255 mangsa. Semuanya menjadi mayat rentung tak dikenali.

Ya, cuma Rashid terselamat kerana dia mengurungkan diri di dalam bilik mandi. Ajaib!

[Kenapa Rashid selamat?
Kebetulan dalam bilik mandi Rashid ada topeng gas yang menyelamatkannya daripada tersedut asap beracun. Paip penyembur anti kebakaran di siling bilik mandi pula bertindak efektif menghalang bilik mandinya daripada terus terbakar. Kebetulan pula Rashid seorang pegawai bomba yang mahu keluar bertugas dan siap sedia memakai baju kalis api! Wah, hidup Rashid memang banyak kebetulan. Titik.]

Rashid keluar selepas kebakaran mula reda dan bomba sedang sibuk mengutip mayat. Dan dengan linangan air mata Rashid bersumpah tidak akan merokok lagi selama tujuh keturunan.

[Guruh berdentum dan kilat sabung menyabung di luar.]

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komen: