Rebecca rasa kehidupannya ketika ini seperti seorang gadis yang loser. Dunianya dipenuhi daun-daun kering gugur yang kemudiannya hancur dipijak kaki-kaki manusia.
Dia perlu perangsang untuk menjana kehidupannya yang serba statik ini. Jadi tidak hairanlah dia bergesit laju ke premis berlumut hijau di Bandar Baru Sungai Buloh sebaik sahaja terpandang iklan 'Temui Nujum Super - Sedia Menilik Masa Depan Anda!' di Metro Harian.
Selepas membayar pengeras berjumlah AS$345 (RM1,281.13), dia berhati-hati masuk ke dalam kamar berdebu berjumpa nenek tua berkaca mata bulat seperti Mahatma Gandhi. Belum sempat Rebecca berkata apa-apa, nenek tua hulurkannya sekeping nota berbau talkum.
You are mature, reasonable, honest and give good advice. People ask for your comments on all sorts of different issues. Sometimes you might find yourself in a dilemma when trapped with a problem, which your heart rather than your head needs to solve.Tiba-tiba Rebecca berang. Dia tahu ayat yang ditulis nenek tua di atas nota wangi itu sebenarnya diciplak daripada Yahoo Group. Rebecca pantas mengangkat pasu antik di sisi meja dan menghempuk nenek tua sehingga mati.
Esok.
'Nujum Super mati dibunuh nujum misteri'
Jualan Metro Harian mencecah 10,000,000 naskhah.
0 komen:
Post a Comment