RSS

Kisah Samad dan Mesin Ajaib

Gara-gara bosan dan meluat membayar cukai kepada kerajaan, Samad mula berasa bosan menjadi manusia.

Justeru Samad mencipta satu mesin super ajaib yang boleh menukarnya menjadi apa saja. Bertukar menjadi keju, soya perasa ros atau roti High 5 perasa epal dan vanila misalnya.

Tapi Samad memilih mahu menjadi itik. Selepas memakai fon telinga yang disuntik ke bekalan kuasa yang digubah berdasarkan teori Freud, maka ciptaannya itu mula bergegar dengan panahan kilat berpusaran. Bumi seakan bergoncang. Sebuah rumah di Shah Alam black-out serta merta.

Hari itu, Kepulauan Talaud di Sulawesi, Indonesia dilanda gempa bumi. Hutan di negeri Victoria, Australia terbakar teruk.

Di Kampung Paya Jaras. Di dalam sebuah kamar kecil seakan bilik sulit di dalam terowong Vietcong. Terletak betul-betul di hadapan mamak Saiful, Samad mula bermutasi menjadi itik.

Selepas sesi mutasi menjadi lengkap. Samad akhirnya berjaya menjalani kehidupan sebagai seekor itik. Tiada lagi cukai kerajaan yang mengganggu hidupnya. Hari-hari esok bagi Samad adalah begitu membahagiakan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komen: