RSS

Pabila Badrul Putus Cinta 7

Demi mengambil hati, Badrul ajak Matthew turun ke lounge di Hotel Turpan Oasis, Xinjiang. Putih pipi Matthew jelas tampak membengkak dan kebiruan.

Badrul garu-garu kepala, tidak tahu mahu mulakan kata maaf yang bagaimana. Matthew masih diam sejak peristiwa di masjid Xinjiang Selasa lepas. Dia tahu Matthew marahkannya.

Dia pesan cappucino. Dan hot lime juice untuk Matthew. Dia minum sendirian. Matthew masih begitu juga.

"Tuan-tuan dan puan-puan. Malam ini kita ada penyanyi istimewa yang kita undang khas daripada Amerika Syarikat. Dipersilakan saudara Anwar..."

Belum sempat Badrul dapat mendengar tutur akhir hos bermata sepet tersebut khalayak sudah bangun. Pandangannya terhalang. Tepukan tiba-tiba menjadi bergemuruh. Suara sorakan bersipongang memecah kapasiti lounge yang sederhana mewah itu.

"Anwar? Amerika Syarikat?" Getus Badrul. Dia menoleh ke arah Matthew. Dan Matthew seperti menerima kejutan. Dia bagaikan dibius ke dalam dunia penuh takjub.

"Anwar? Betul ke?" Badrul kuis bahu Matthew.

"Ha ah. Aku minat gila dia!" Tiba-tiba Matthew menjadi hepi.

"Macamana kau boleh minat Anwar? Kau pun tahu pasal dia?"

"Hello kawan. Aku dari Kanada. Dan aku bukan Kanada yang hip kalau tak kenal Anwar Robinson si finalis American Idol tu ok!"

"Oh, Anwar Robinson. Ye ye. Takkanlah kau tak kenal dia pula ye tak. Aku ingat kau dari Cuba!"

"Hahaha!" Kali ini Matthew sudah mula goyangkan kepalanya seperti itik nila.

"Bro, dia betul-betul macam dewa!"

"Dewa pun boleh mati juga. Apa pun aku suka dia! Hahaha!"

Hairan Badrul. Kehadiran Anwar betul-betul buatkan Matthew bertranformasi, menggeliat menjadi begitu hepi, terkinja dan terhipnosis. Mahu tak mahu Badrul terpaksa juga ikut Matthew menari dan goyangkan kepala macam orang meratib. Ke kiri. Ke kanan. Ini baru soul! Jerit Matthew kuat.

Cappucino dan hot lime juice mula surut dan sejuk ketika 'What a Wonderful World' dilagukan dewa Anwar Robinson pada malam itu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komen: