RSS

Hai, Nama Saya Mimi Comel

Hari ni Mimi rasa sangat lapar. Sudah dua hari Mimi tak makan. Tak ada siapa yang sudi belanja Mimi makan. Kemanusiaan sudah hilang. Manusia lebih suka fikirkan perut sendiri sahaja. Pernah tak mereka terfikirkan ketika perut mereka kenyang, berapa banyak lagi perut hamba Allah yang sedang kelaparan?

Bukan sekali Mimi terserempak dengan Mak Jeha, brader Zaidi, Pak Akob dan banyak manusia seluruh apatmen ni. Tapi semuanya sama saja. Semuanya tak pedulikan Mimi. Tambah-tambah lagi bebudak rumah bujang tingkat bawah tu. Lagi tak ada hati perut ya amat. Diorang pasang dawai besi di tingkap. Diorang kunci pintu dan tingkap.

Memang tak ada ruang langsung untuk Mimi masuk ke rumah. Mimi bukan curi duit. Mimi curi makan saja. Salah ke? Kalau betul Mimi salah tangkaplah. Bawalah Mimi ni ke Balai Polis Kota Damansara sana. Biar Mimi masuk penjara. Sebab dalam penjara Mimi dapat makan free. Tak payah Mimi nak masuk rumah Mak Jeha, brader Zaidi, Pak Akob dan penduduk-penduduk apatmen kat sini lagi.

Ya, kemanusiaan sudah hilang. Manusia lebih suka fikirkan perut sendiri sahaja. Pernah tak mereka terfikirkan ketika perut mereka kenyang, berapa banyak lagi perut hamba Allah yang sedang kelaparan?

Satu malam Mimi panjat juga masuk ikut tingkap rumah bebudak bujang tingkat bawah tu. Alhamdulillah, sekali jump saja terus masuk dan landing dengan sempurna. Perfect!

Tapi sayang belum sempat Mimi tengok-tengok makanan apa yang ada, kepala Mimi sudah kena pelangkung dengan bantal.

"Jangan masuk dalam. Kau buat sepah. Lauk ada kat luarlah babi!"

Sampai hati dia panggil Mimi ni babi. Cakaplah elok-elok. Mimi pun ada hati dan perasaan. Mimi cuma lapar saja. Memang la Mimi makan bersepah. Tapi dia tak tau ke yang Mimi ni kucing.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komen: