RSS

Hampir 'Champaion'...

Pada 3hb Januari 2009 yang lepas, aku ada join team LZS menyertai Kejohanan Bola Sepak 9 sebelah antara Institusi Agama di Seluruh Negeri Selangor anjuran Majlis Agama Islam Selangor(MAIS). LZS telah menghantar 2 pasukan untuk bertanding dalam kejohanan tersebut. Pasukan LZS (A) telah berjaya mara ke Final dan hanya tewas kepada PERKIM melalui lambungan syiling selepas keputusan masih seri selepas penalti.

Aku main untuk team LZS (A). Semua ada 22 buah pasukan dari pelbagai jabatan agama yang join seperti JAIS, MAIS, PAID daerah2 di seluruh Selangor, PERKIM, KUIS, Tahfiz, Mahkamah Syariah, Persatuan India dan Cina Muslim dan sebagainya.

Dah lama aku tak join tournament macam ni. Aku memang seronok bila join tournament macam ni, dan akan bertambah seronok bila kau menang dan dapat piala. Fiil dia lain.. Seronok tu bagaikan kau seronok bila kau dapat apa yang kau nak. Jutaan terima kasih pada Awe kerana menjemput aku join team ni.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 komen:

therosputih said...

suke main bola ek...

mohadi said...

yap. mmg suke. sgt... =)