Kawan aku ada nasihat bahawa kalau nak bagi orang pinjam duit kenalah berani menghadapi risiko kau akan hilang duit tu. Kenyataan ni memang ada betulnya kerana aku pernah kena.
Ada seorang kawan aku yang aku kenal agak rapat dalam kesusahan. Dia bukan dilahirkan dalam keluarga yang senang. Nak dijadikan cerita ada suatu masa tu pelbagai rintangan yang dia hadapi dan memerlukan duit yang banyak. Tak ramai yang dapat tolong dia dan aku antara orang dia minta tolong. Oleh kerana aku dah kenal lama dan atas rasa belas kasihan aku pinjamkan wang yang agak besar jumlahnya. Ni sebenarnya cerita 3/4 tahun dulu.
Sekarang dia dah kahwin dan dah punya anak. Rintangan orang hidup dah berkahwin ni lain pula gayanya. Baru-baru ni ada aku mesej dan cuba hubungi dia tapi tiada respon yang diberikan. Banyak kali gak aku cuba tapi hampa. Ni ke lumrah bila susah je minta tolong tapi bila senang ntah ke mana perginya. mungkin dia malu nak balas mesej atau angkat panggilan aku. Tapi kenapa masa nak pinjam tak da pulak rasa malu?? Bukan ke lebih elok maklumkan apa situasi dia supaya aku boleh faham. Menyesal kemudian tiada gunanya. Aku sentiasa berdoa supaya dia dapat pulangkan kesemua duit yang telah dia pinjam dari aku.
Orang nak pinjam ni macam-macam cara dan helah dia boleh guna. Kalo aku 'along' silap-silap boleh jadi kes polis ni. Dah 2,3 kali gak aku terkena macam ni.
Main 'kutu' lain pulak ceritanya. Bila giliran dia nak pulak cepat tapi bila giliran kita dia senyap je. Sampai sekarang aku tak dapat bahagian aku. Mau dah dekat lebih 2 tahun ni.
Pasal duit sekarang membuatkan aku lebih berhati-hati.
Buat baik berpada-pada
11:11 AM |
Bab..
Ini Cerita Saya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 komen:
salam..pernah berada di kedua dua situasi..dua dua bahagian susah nak handle sebenarnya..nak langsaikan dan nak meminta balik..
selalunya aku akan halalkan saja..kerana aku tahu..mereka juga mungkin bukan sengaja mahu jadi begitu..'kawan' kan?
tapi aku juga pernah kehilangan kawan kerana hal ini..alhamdulillah, oleh kerana salah aku..aku akan hadapi juga..dan dia sudi maafkan aku..atas kerana aku bukan sengaja nak buat dia macam tu..
itu lah lumrah manusia..memahami dan difahami itu penting dan mudah kalau 'ego' dan rasa 'tanggungjawab' itu ada..
wallahulam..
ada bagi pinjam duit gak kat member tapi bila da lama dia xpulang segan plak nak minta balik
aku suh ko beduk je ko xnak..hahaha
Post a Comment