RSS

Fakta Menarik Tentang Pertembungan Barcelona - Manchester United

~ Gol telah dijaringkan oleh Samual Eto'o pada minit ke-10 dan Lionel Messi pada minit ke-70.

~ Hampir sepanjang perlawanan berlangsung Ferguson hanya duduk saja di bangku simpanan manakala Pep Guardiola berada di tepi padang memberi arahan kepada pemainnya.

~ Pep Guardiola memberikan hadiah kemenangan untuk Itali, Maldini yang bersara bermain bola pada umur 40 tahun.

~ 3 bekas pemain Arsenal bermain untuk Barcelona. Antaranya Henry dan Silvinho bermain untuk perlawanan akhir manakala Hleb hanya panaskan bangku simpanan saja.
~ Corak permainan Barcelona lebih kurang sama dengan corak permainan Arsenal.
~ Seorang pemain Barcelona pernah dipinjamkan di Manchester United iaitu Gerard Pique dan telah bermain dengan baik.
~ Ronaldo menyalahkan taktik berikutan kekalahan kepada Barcelona.

~ Eto'o menghadiahkan jaringannya dan piala khas buat ayahnya.

~ Barcelona telah 2 kali mengalahkan wakil England di Final UEFA Champions League di mana kali pertama mengalahkan Arsenal 2-1 pada tahun 2005/2006 dan kali ni dengan Manchester United 2-0 pada 2008/2009.

~ Ferguson mengakui Barcelona berhak menang kerana mereka telah bermain dengan baik.
~ Seorang penyokong Setan Merah di Nigeria membunuh 4 fan Barcelona dengan melanggar mereka menggunakan bas setelah kecewa atas kekalahan pasukan kesayangannya.

~ Manchester United telah merangkul 3 piala musim ini iaitu Piala Carling, Piala Liga Barclays Premier (BPL) dan Piala Antara Benua.
~ Barcelona juga telah menang 3 piala musim ni iaitu Piala La Liga, Piala Raja Sepanyol dan Piala Liga Juara-Juara Eropah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

New Place - Part III

Kebelakangan ni aku ada benda yang aku nak update tapi ada saja aral. Dan bila ada masa yang sesuai mood pulak tak ada. Entah ke mana entah dia pergi, lari dan bawa diri. Aku sendiri pun tak tau. Tapi hari ni sedang aku asyik tekun bekerja, tetiba fiil nak 'update' tu datang jugak membuak-buak untuk aku lepaskan segala yang terbuku dalam sanubari ini. Cewwah.

Hari ni aku kena pindah semula ke ofis di hq atas alasan nak reshuffle depatmen kat tempat aku kerja ni. Dan jabatan aku terlibat. Berita tak best ni aku dah tau dari minggu lepas lagi.

Dulu memang rasa tak selesa kena pindah keluar dari hq. Tapi bila dah lama dan rasa selesa, perasan tu bertukar. Sekarang serius aku rasa tak best kena balik tempat asal kat hq tu. Kalau nak dibandingkan ofis sekarang dengan hq, aku rasa kat tempat lama lagi best, syok. Kerja pun tak ada tekanan sangat. Lepas ni pergi kerja pun tak ada mood agaknya. Harap tak adalah sampai macam tu. Petang ni nak kena kemas barang dan hantar ke hq. Esok mula kerja kat sana. Arghh.. Jiwa kacau dibuatnya wehh..

Oklah, aku nak sambung kerja aku. Bila difikirkan baik buruk, hadap sajalah labuuu... Ikutkan sangat mood ni memang susah. Adiosss..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cerita Benar Tentang Hati Saya

my_liverIni cerita benar. Saya akan beritahu Melin jawapan kepada persoalan yang dihamburkannya di hadapan Seven E dua hari lalu; Awak ni memang tak ada hati dan perasaan!!

Sehari sebelum tu, tiba-tiba saya rasa hati saya sangat letih. Sangat penat. Dan sangat tidak tenang dan tenteram. Saya tak tahu musibah apa yang sebabkan hati saya jadi kacau begini.

Saya balik rumah. Saya belah dada saya dengan pisau, keluarkan hati dan letakkan atas kayu siang. Saya nampak hati saya kotor gila. Jadi saya cuci hati saya dengan perahan lemon dan palitkan sedikit kimia Axion. Tetapi masih hitam, pekat.

Saya sambar baldi di anjung, curahkan air hangat dan campurkan dengan alkali dari mulut Klorox. Saya rendam hati saya.

Syukur, lima jam direndam, hati saya mula tampak kemerah-merahan. Bersinar. Selepas dicuci dengan air bersih dan ditoskan, saya terfikir, macamana kalau hati saya kotor lagi sebelum berjumpa Melin? Baik saya simpan dulu. Jadi, saya ambil keputusan simpan dalam peti ais.

Esok hari, saya bangun lambat. Saya buka peti ais. Kosong. Saya nampak Muin tengah kaut makanan dari dalam kuali. Bau rempah menusuk-nusuk hidung. Saya dekati Muin. Saya cemas. Muin sudah hiris hati saya dan digorengnya dengan resepi masak pedas. Saya tahu, dia mungkin ingat hati dalam peti ais tu hati lembu.

Woi, kau makan hati aku!

Lah, apasal kau tak cakap? Lain kali tulislah kat plastik tu atau taruk dalam tupperware ke. Jangan lupa perjanjian rumah ni. Apa saja dalam peti ais adalah harta wakaf kecuali diberitahu. Ingat!?

Habis tu macamana ni?

Macamana apa? Aku dah siap masak dah ni. Makan je lah. Bila lagi nak makan hati sendiri.

Ya, santapan tengah hari saya dan Muin hari tu ialah nasi putih panas berlaukkan hati. Hati saya. Tapi sumpah, hati yang baru disucikan rasanya bagaikan santapan dari syurga.
.
.
Esok malam. Saya terima panggilan daripada Melin. Dia mahu jumpa saya di Seven E. Di sana, Melin beritahu; Kita tak boleh get along lagi. I dah ada someone.

Saya cakap ringkas; Ok.

Melin terus jerit; You ni memang tak ada hati dan perasaan!!

Tiba-tiba saya teringat hati saya dalam peti ais yang diambil Muin dan digoreng dengan resepi masak pedas.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hari-Hari Istimewa

Bismillahirrahmanirrahim.

Bulan Mei ni terdapat banyak hari yang istimewa. Antaranya:
i. 1 Mei - Hari Pekerja
ii. 4 Mei - Hari Bomba
iii. 9 Mei - Hari Ibu
iv. 12 Mei - Hari Jururawat
v. 15 Mei - Hari Belia
vi. 16 Mei - Hari Guru

Semua hari istimewa ni adalah untuk meraikan insan-insan yang istimewa, misalnya ibu dan juga guru. Jadi secara tidak langsung, kita dapat memperingati jasa-jasa yang telah mereka curahkan kepada kita. Jasa mak dan cikgu-cikgu aku sangat besar, tak terbalas aku. Jutaan terima kasih kerana menjaga dan mendidik aku.

Sebaiknya kita harus anggap setiap hari adalah hari yang istimewa dan setiap hari juga kita menghargai mereka.

Namun, dalam banyak hari, apakah kita ingat pada hari mati? Wasiat Saidina Ali Karamallahu Wajhah;

"Beramallah untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati esok hari.."

Santapan rohani untuk diri aku sendiri dan untuk sesiapa yang baca entri ni. Renung-renungkan dan selamat beramal..

Oh ya, bulan Mei ni juga ramai ahli keluarga aku yang sambut hari lahir. Antaranya Abg Zihar pada 1 Mei, Bazli (4 Mei), Abg Bazil (13 Mei) dan bapa aku (14 Mei). Selamat hari lahir. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Amin..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Memahami Pemikiran Wenger

1. Musim Champions League sudah berakhir. Empat tahun The Gunners kempunan piala. Aku tak tau lama mana lagi mau tunggu. Mungkin aku kena mula berkira-kira untuk sokong kelab PSMS Medan sebagai pasukan alternatif lepas ni.

2. Kalau Wenger masih nak kekalkan skim pemain muda di Arsenal, nak tak nak aku kena percaya juga bagi membuktikan aku peminat yang tulen. Skim ni memang makan masa sebelum ia matang dan boleh dituai hasilnya. Macam tanam pokok durian. Bukan boleh makan 3-4 bulan. Tapi 5-6 tahun.

3. Peminat patut faham skim pemain muda yang diterapkan jurulatih dari Perancis ini adalah skim bola sepak terbaik di dunia kerana ia membesarkan pemain muda secara bersepadu untuk menjadi pasukan bintang.

4. Kalau dalam kancah bola sepak tempatan, skim ala Wenger ini boleh kita lihat pada pasukan Kedah dan Johor FC.

5. Masalahnya di sini, pemain-pemain muda ni bila dah 3-4 tahun tak menang apa-apa mulalah tak berapa nak seronok kekal di kelab ni. Mulalah intai kelab-kelab macam bagus selepas ditawarkan gaji jut-jut.

6. Satu lagi kelemahannya ialah tiada keseimbangan dalam pasukan. Bila pemain-pemain muda tu mula tua, mereka terpaksa pula diganti dengan pemain muda yang tak berpengalaman. Dan ia sekali lagi mengambil masa yang lama sedangkan pemain seniornya Wenger lebih suka letak di bangku simpanan dan kalau kau nak blah sangat, blahlah Wenger peduli apa. Orang Perancis memang kepala angin (boleh rujuk Zidane, Gallas).

7. Lihat pada Liverpool dan United, mereka juga tidak kering dengan pemain muda yang bagus. Perubahan dalam pasukan pada setiap tahun tidak terlalu drastik dan ia dilakukan secara berfasa, beransur-ansur dan seimbang. Sebab itu diorang kekal sebagai pasukan penentu atau pendesak kejuaraan bagi setiap musim.

8. Sekarang dah ada spekulasi Adebayor dan Persie nak cabut ke kelab lain.

9. Kerana nafsu badan binasa, dan diorang ni sepatutnya sedia maklum jika masuk ke kelab-kelab macam bagus tu, persaingan dan tekanan dalam pasukan sangat sengit. Sudahnya jadi macam A. Hleb. Padan muka.

10. Common Wenger. Do not just let us keep our faith. Show your gun and shoot them.

[Best juga tulis blog gaya Chedet ni. Heh.]

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kemarau Berterusan..

Walaupun bermain di tempat sendiri skuad Gunners bagaikan tak mampu menangani kehebatan Setan Merah. Taktikal dan pengalaman yang menjadi kayu pengukur kemampuan kedua-dua pasukan. Kalah dengan 1-3 dengan agreget 1-4 buatkan aku dah tak terkata apa dah. Dah 4 musim kemarau tanpa piala. Nampak gaya, Wenger kena buat rombakan besar untuk mengekalkan skuad Gunner selaku skuad elit dunia. Bukan setakat skuad saja kena ubah, taktikal pun kena jugak.

Final UEFA Champions League tahun ini adalah antara Barcelona dengan Setan Merah selepas Barcelona layak dengan kelebihan gol di tempat lawan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat Hari Pekerja..

Berdebar-debar bila aku tengok game Gunners lawan Setan Merah. Nasib baik kena 0-1 je. Harap-harap next week menang pulak.

Erm.. Cerita Gunners cerita semalam. Tapi apa cerita hari pekerja tapi macam bekerja. Bukan bekerja tapi aku ada kursus 3 hari sampai hari Ahad ni. Aku yang pergi kursus under ofis aku. Kursus habis pukul 7 malam tapi pukul 5 petang aku dah blah. Saja nak balik awal. Dah macam ponteng sekolah. Tapi bila difikirkan, tak elok pula sebab tak manfaatkan peluang menghadiri kurus dengan sebaiknya. Pasti ada ilmu yang aku terlepas. Apa pun benda dah berlalu. Nak menyesal pun dah tak guna.

Anyway, Selamat hari pekerja kepada yang bekerja. Huhuhu..

Notakaki: Sedikit nasihat, jangan tiru perangai di atas. Tak amanah namanya. Sekian terima kasih.. =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS