RSS

Kampungku..

Raya Cina minggu lepas aku balik kampung kat Newcastle (Kota Bahru). Lama gila aku tak balik sana. Seingat aku kali terakhir aku balik sana 13 tahun lepas masa kakak Tah (kakak sedara) aku kahwin. Dan kali ni aku balik atas sebab sepupu aku kahwin. Newcastle ni merupakan kampung mak aku dan merangkap kampung aku jugalah. Mak aku asal Kelantan. Disebabkan mak dan bapa mak aku dah lama tiada, maka lamalah juga tak balik sana. Yang ada hanya pakcik aku dan sedara mara yang lain. Rasa seronok bila balik sana. Al maklumlah dah lama tak jumpa sanak saudara di sana. Bila balik sana apa lagi, aku pun cubalah guna loghat Kelate aku yang sumbang ni. Walaupun sumbang hentam saja laa..

Cuti lima hari rasa sekejap saja. Pergi balik Johor-Kelantan saja dah ambil masa dua hari. Cuti selebihnya kami merewang kenduri sepupu aku, ziarah sedara mara dan shopping. Barang-barang kat sana murah gila. Itu belum masuk makanan macam-macam jenis lagi. Waa...

Kat bawah ni, aku sertakan gambar sepanjang cuti-cuti balik kampung aku kat sana. Check it out! =)










  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nama Saya Mimi Comel 5

Anak Mimi nama Obami. Dia ni memang suka main dengan manusia. Walaupun banyak lagi rakan-rakan sebaya yang boleh diajak bermain. Tapi kecenderungannya bermain dengan manusia memang lebih. Mungkin sebab kenan masa mengandung dia dulu kot. Masa tu Mimi memang selalu curi tengok drama Melayu kat rumah bebudak bujang bawah tu. Mimi selalu layan cerita Hikayat Putera Syazlan kat Astro Ceria.

Mimi tanya dia, kenapa suka kawan dengan manusia?

Dia beritahu, Manusia ni baik. Suka bagi makanan. Kadang-kadang diorang bagi cekedis, tulang ayam kentaki, nasi kenduri, Coca Cola dan macam-macam makanan lagi.

Bagus juga dia manja-manja dengan manusia ni. Apa taknya. Kalau main dengan rakan sebaya apa pun tak dapat. Sikit-sikit nak gaduh. Sikit-sikit nak gaduh. Lepas gaduh tahu pula lapar. Kemudian merengek kat mak minta makan. Apa cerita?

Tapi Mimi selalu pesan kat Obami. Hati-hati dengan manusia ni. Diorang ni kadang-kadang bergurau kasar.

Satu hari Obami balik nangis-nangis. Mimi tanya, kenapa menangis? Dia cerita, budak-budak tu ajak dia main bola. Diorang suruh Obami jadi goalkeeper. Masa seorang budak tu rembat bola, Obami cubalah tahan. Obami ingat ringan saja bola tu. Rupa-rupanya berat. Terus Obami dengan bola tu masuk ke dalam gol. Sakit jangan cakaplah. Saja Obami buat macho tak nak mengangis depan budak-budak tu.

Sedihkan. Mimi pun rasa sedih. Tapi untuk ajar Obami jadi kucing yang cekal, Mimi tak boleh manjakan sangat dia. Jadi, Mimi cakaplah,

Padan muka!!

Obami meraung. Dia merajuk dan terus panjat pokok depan rumah Mak Jeha. Langsung dia tak tengok muka Mimi. Alah, nanti Mimi bawa ikan oklah tu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nama Saya Mimi Comel 4

Tuan Obama.

Tahniah dan selamat jadi Presiden AS ke-44.
Saya harap tuan tak lupakan nasib kucing-kucing macam kami yang perlukan pembelaan.

Kita semua sedia maklum bahawa krisis di Gaza semakin meruncing [well, Mimi pun up to date ok!]. Namun, bagaimana pula dengan nasib haiwan-haiwan di seluruh dunia. Apakah ia cuma tanggungjawab WWF saja? Ataupun Animal Planet?

Masih banyak berlaku penindasan ke atas kaum kami sehinggakan sesetengahnya hampir pupus. Harimau Malaya misalnya. Apakah tuan mahu anak-anak tuan mengenali harimau Malaya hanya pada jersi bola sepak Malaysia yang entah ke mana tu?

Jadi, tuan mesti lakukan sesuatu. Jangan sisihkan kami. Tanamkan sifat cintakan haiwan dan alam sekitar kepada manusia di bumi ini. Bukankah makhluk di bumi ini saling melengkapi antara satu sama lain?

Saya harap tuan Obama dapat lakukan sesuatu. Kalau tak, sia-sia saja saya letak nama anak saya:

OBAMI (Obama+Mimi)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sebab-Sebab Aku Malas...

Okie, bertemu kita di ruangan manusia ordinari sekali lagi, sekian lama tidak menulis, rindu bersarang dihati. Apakah ini tandanya cinta sudah bersemi? Tak masuk akal sungguh gaya penulisan macam ni, ada ke aku yang rock nak tulis leleh.

Baik, biar aku 'straight to the point' je..

Walaupun aku tau ramai yang mengutuk sebab aku tak update blog ni dengan isi-isi cerita menarik, tapi aku gagahkan diri seperti 'Drogba yang gagah' untuk menulis, sekaligus menutup segala ceritera palsu.

Sebab-sebab aku malas..

1) Aku seorang yang sangat 'busy', bukan 'busy body', tapi buat-buat 'busy'
2) Aku mencari idea yang bernas supaya penulisan aku lebih 'kick'
3) Aku membanteras kejahatan dalam dan luar negara, macam mana nak menulis kalau jadi superhero, tolong orang sana sini?
4) Aku baru terjaga dari mimpi, aku ingat dunia berubah menjadi semakin baik, tapi malangnya tidak..

Aku harap kawan-kawan aku percaya, tak adalah lagi kata-kata kejian, amarah dan kutukan seperti "Update KE LAUT!" ataupun "Macam tunggu bulan jatuh" ditambah dengan penggunaan kata "Hampeh!".

Cukuplah kawan-kawan, mari kita berdamai, mulakan hidup baru.

p/s: Aku harap semuanya hepi... Hihihihi...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bola bola dan bola..


Hari ni aku nak berkongsi cite pasal bola yg menarik dan yang paling hangat.

1. Ronaldo menang anugerah Pemain terbaik Fifa
2. Manchester United belasah Chelsea 3-0 di Old Traford.
3. Kedah dan Johor FC wakil Malaysia di Piala AFC.
4. Kedah pula mencatat kekalahan ketiga daripada empat perlawanan awal mereka apabila dijinakkan Perlis 0-1 pada perlawanan di Stadium Utama Negeri, Kangar.
5. Johor FC mengatasi Selangor 2-1 di Pasir Gudang.
6. Arshavin bakal menyarung jersi Arsenal.
7. Helmi diketepikan daripada senarai pelatih skuad kebangsaan untuk perlawanan kelayakan Piala Asia 2011 menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) minggu depan, sebaliknya menyenaraikan penjaga gawang veteran, Mohd. Syamsuri Mustaffa.
8. PERKIM juara 9 sebelah MAIS
9. Kaka tolak tawaran lumayan manchester City sebanyak 100 juta euro (RM477 juta).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nama Saya Mimi Comel 3

Tadi bebudak rumah bujang bawah tu bergaduh tak ingat. Hihihi.

Ceritanya macam ni.
Dua hari lepas diorang buat gotong royong kemas rumah diorang yang macam neraka tu. Mimi pun hairan sebab apa diorang rajin sangat. Mungkin diorang dapat hidayah agaknya.

Tapi, semalam diorang bergaduh sebab ada pinggan tak berbasuh dalam sinki. Masing-masing tak nak mengaku pinggan siapa. Jadi diorang pun bergaduhlah. Dahsyat juga diorang tu bergaduh. Sepak terajang semua ada. Lebam sana lebam sini. Entah apa-apa diorang tu. Janganlah tiru perangai macam kawan-kawan Mimi. Kami tak apalah. Sebab kami binatang. Diorangkan manusia. Bawalah berbincang elok-elok.

Sebenarnya, Mimilah yang guna pinggan dalam sinki tu. Semalam Mimi lapar. Tingkap rumah diorang terbuka. Mimi pun masuklah dan nampak ada ayam goreng atas meja. Mimi ambil pinggan atas rak. Mimi cedok nasi, taruk kicap dan bantai makan dengan ayam. Sedapppp.. Lepas makan, Mimi letak pinggan dalam sinki. Tup tup dah tertidur. Terus lupa nak basuh. Mimi tersedar bila ada seorang budak rumah bujang tu balik. Mimi pun terus blah. Tak naklah kena baling dengan bantal lagi. Sakit tau.

Apa? Tak percaya? Tak percaya sudah. Uwekkk..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Breakfast..

Biasanya di pagi Ahad yang indah ni aku dengan bebudak rumah aku akan pergi breakfast. Layan beb bila pergi breakfast sambil membincangkan isu-isu semasa. Tapi apa kejadahnya di pagi Ahad ni tak pergi breakfast?? Bebudak ni liat nak bangun tido. Kejut tapi tak nak bangun. Diorang lebih sayangkan tido. Apa hal mamat dua orang ni liat nak bangun? Ampeh!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Minta Maaf Tau

Minta maaf sebab tak buat apa-apa masa awak kena tikam hari tu.
Ekceli, saya memang kesian kat awak.
Tapi saya pun suka tengok awak kena tikam.
Minta maaf tau.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Short Cut

Apa saja yang kita dapat melalui jalan yang singkat, akan berakhir dengan masa yang amat singkat juga. Renung-renungkanlah...dan selamat beramal..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hampir 'Champaion'...

Pada 3hb Januari 2009 yang lepas, aku ada join team LZS menyertai Kejohanan Bola Sepak 9 sebelah antara Institusi Agama di Seluruh Negeri Selangor anjuran Majlis Agama Islam Selangor(MAIS). LZS telah menghantar 2 pasukan untuk bertanding dalam kejohanan tersebut. Pasukan LZS (A) telah berjaya mara ke Final dan hanya tewas kepada PERKIM melalui lambungan syiling selepas keputusan masih seri selepas penalti.

Aku main untuk team LZS (A). Semua ada 22 buah pasukan dari pelbagai jabatan agama yang join seperti JAIS, MAIS, PAID daerah2 di seluruh Selangor, PERKIM, KUIS, Tahfiz, Mahkamah Syariah, Persatuan India dan Cina Muslim dan sebagainya.

Dah lama aku tak join tournament macam ni. Aku memang seronok bila join tournament macam ni, dan akan bertambah seronok bila kau menang dan dapat piala. Fiil dia lain.. Seronok tu bagaikan kau seronok bila kau dapat apa yang kau nak. Jutaan terima kasih pada Awe kerana menjemput aku join team ni.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

VS Kelamin..

Awal tahun baru, penduduk di kawasan kampung tempat tinggal aku buat aktiviti perlawanan bola sepak antara Bujang vs Kelamin (bagi yang dah berkahwin).

Sebenarnya aku tak tau pun ada aktiviti ni. Aku turun je main bola seperti biasa. Tapi bila sampai je, ada brader tu tanya aku, bujang ke kelamin? Aku dengan blur-blur pun jawab, bujang. Dalam 10 minit 2nd half bermula, aku dimasukkan bermain di sayap kiri ala-ala Samir Nasri. Sebelum aku masuk kedudukan Kelamin mengatasi Bujang dengan jaringan 2-0. Perlawanan ni tamat dengan kedudukan 2-1 di mana team Bujang kalah. Dan yang menariknya gol team Bujang dijaringkan oleh brader yang main ala-ala Samir Nasri (aku le tu). Hehehe..

Habis je game lepak-lepak dengan brader-brader bagi merapatkan silaturrahim. =)

Psst: Kelamin?? Hehehe..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS