Kawan aku ada nasihat bahawa kalau nak bagi orang pinjam duit kenalah berani menghadapi risiko kau akan hilang duit tu. Kenyataan ni memang ada betulnya kerana aku pernah kena.
Ada seorang kawan aku yang aku kenal agak rapat dalam kesusahan. Dia bukan dilahirkan dalam keluarga yang senang. Nak dijadikan cerita ada suatu masa tu pelbagai rintangan yang dia hadapi dan memerlukan duit yang banyak. Tak ramai yang dapat tolong dia dan aku antara orang dia minta tolong. Oleh kerana aku dah kenal lama dan atas rasa belas kasihan aku pinjamkan wang yang agak besar jumlahnya. Ni sebenarnya cerita 3/4 tahun dulu.
Sekarang dia dah kahwin dan dah punya anak. Rintangan orang hidup dah berkahwin ni lain pula gayanya. Baru-baru ni ada aku mesej dan cuba hubungi dia tapi tiada respon yang diberikan. Banyak kali gak aku cuba tapi hampa. Ni ke lumrah bila susah je minta tolong tapi bila senang ntah ke mana perginya. mungkin dia malu nak balas mesej atau angkat panggilan aku. Tapi kenapa masa nak pinjam tak da pulak rasa malu?? Bukan ke lebih elok maklumkan apa situasi dia supaya aku boleh faham. Menyesal kemudian tiada gunanya. Aku sentiasa berdoa supaya dia dapat pulangkan kesemua duit yang telah dia pinjam dari aku.
Orang nak pinjam ni macam-macam cara dan helah dia boleh guna. Kalo aku 'along' silap-silap boleh jadi kes polis ni. Dah 2,3 kali gak aku terkena macam ni.
Main 'kutu' lain pulak ceritanya. Bila giliran dia nak pulak cepat tapi bila giliran kita dia senyap je. Sampai sekarang aku tak dapat bahagian aku. Mau dah dekat lebih 2 tahun ni.
Pasal duit sekarang membuatkan aku lebih berhati-hati.
Buat baik berpada-pada
#4 Teropong Jauh: Rasionalisasi alam yang hilang
Teropong Jauh adalah kolum khas aku yang bermula edisi ke-2 dalam akhbar Transisi terbitan Universiti Utara Malaysia (UUM) dan diterbitkan secara dwi mingguan serta dijual di pasaran arus perdana. Tulisan di blog ini adalah siar semula tulisan itu untuk dijadikan arkib peribadi. Disebabkan kolum kecil tersebut terletak dalam bahagian Global, pastinya artikel yang ditulis akan banyak menyentuh tentang isu-isu antarabangsa. Ia kolum tentang buah fikiran dan pendapat peribadi aku mengenai apa saja yang aku rasa patut dipuji, dikritik dan dikeji tentang dunia seputar aku. Sesekali aku cuba kaitkan isu luar negara dengan isu lokal juga. Teropong jauh katakan..
SEBENARNYA, ada isu lebih besar perlu difikirkan selain bertegang urat berhujah mengenai polemik istilah 'pelarasan' dan 'rasionalisasi subsidi' untuk menggantikan perkataan 'kenaikan' bagi harga petrol dan beberapa barangan lain. Hakikat yang perlu diakui ialah dunia kita sekarang sedang bergelut dengan krisis tenaga yang semakin meruncing kerana fakta membuktikan petroleum bukanlah sumber galian yang boleh diperbaharui.
#3 Teropong Jauh: Apabila Merkel turun padang
Teropong Jauh adalah kolum khas aku yang bermula edisi ke-2 dalam akhbar Transisi terbitan Universiti Utara Malaysia (UUM) dan diterbitkan secara dwi mingguan serta dijual di pasaran arus perdana. Tulisan di blog ini adalah siar semula tulisan itu untuk dijadikan arkib peribadi. Disebabkan kolum kecil tersebut terletak dalam bahagian Global, pastinya artikel yang ditulis akan banyak menyentuh tentang isu-isu antarabangsa. Ia kolum tentang buah fikiran dan pendapat peribadi aku mengenai apa saja yang aku rasa patut dipuji, dikritik dan dikeji tentang dunia seputar aku. Sesekali aku cuba kaitkan isu luar negara dengan isu lokal juga. Teropong jauh katakan..
Impak sama tidak akan berlaku jika Merkel turun padang menyaksikan perlumbaan Formula Satu, apatah lagi perlawanan golf ataupun polo. Kelibat seorang pemimpin di stadium yang sesak, bingit, bersuhu panas dan dipenuhi pelbagai aksi di luar jangkaan senang saja dilabelkan umum sebagai berjiwa rakyat walaupun pemimpin tu mungkin menyimpan agenda tertentu.
Ini kerana status bola sepak itu sendiri sebagai sukan proletariat dan ia bukan sukan elit yang hanya boleh dimainkan golongan tertentu saja. Sebaliknya di Malaysia, jarang sekali pemimpin-pemimpinnya melihat signifikan bola sepak daripada aspek strategi politik dan ekonomi, terutama dalam mencorakkan sosio budaya masyarakat.
Kebanyakan mereka cenderung melihat sukan rakyat itu di segi habuan peribadi semata-mata tanpa mengambil kira aspek pemupukan patriotisme dan nilai perpaduan negara bangsa. Sudahnya, bola sepak di tanah air berlegar-legar dengan episod penuh duka dan hanya mampu mengulang ucap kejayaan lampau yang tercatat dalam album lama.
#2 Teropong Jauh: Perpaduan Fatah, Hamas masih kabur
#1 Teropong Jauh: Washington kecut perut hadapi pengaruh Yahudi

KEBERANIAN wartawan veteran Rumah Putih, Helen Thomas, 89, mengeluarkan kenyataan keras mengenai Israel bulan lalu mengejutkan banyak pihak kerana ia jelas bertentangan dengan dasar pentadbiran Amerika Syarikat (AS) yang pro kepada kerajaan rejim Yahudi itu.
Helen ketika diajukan soalan oleh wartawan semasa majlis Sambutan Warisan Yahudi di Rumah Putih pada 27 Mei lalu mendesak Israel supaya berambus dari bumi Palestin. Namun, kontroversi kenyataannya itu mula memuncak selepas ia tersiar dalam laman web perkongsian video, YouTube beberapa minggu lalu, seiring dengan tindakan ganas komando rejim menyerang konvoi kapal bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza.
Komen yang disifatkan anti-semitik itu pantas mengundang kecaman keras pelbagai pihak, terutama dari pertubuhan dan kumpulan pelobi Yahudi antarabangsa dan AS. Namun, beberapa pihak lain, terutama kalangan negara Arab dan Islam, pendirian Helen itu mendapat pujian dan dia dianggap lebih berani berbanding Presiden Barack Obama dan anggota Kongres AS sendiri.
Ada pihak menganggap komen Helen itu dipengaruhi latar belakangnya sebagai anak kepada migran dari Lebanon. Justeru, tidak menghairankan sentimen Timur Tengah mempengaruhi persepsinya terhadap Israel. Bagaimanapun, jika diimbas rekod lalu sepanjang dia membuat liputan sejak pentadbiran John F Kennedy, Helen adalah antara kelompok wartawan yang sangat kritikal kepada dasar-dasar AS, terutama membabitkan isu integriti dan keselamatan negara.
Semasa sidang media di Rumah Putih pada 27 Mei itu, Helen bertanya kepada Obama bilakah beliau akan memanggil pulang askar AS dari Afghanistan. Pertanyaan sama juga pernah diajukan kepada bekas Presiden George W Bush mengenai perang di Iraq. Helen berpendapat AS sudah jauh tersasar daripada dasar sebenar negara itu yang kononnya menyanjung tinggi kebebasan dan hak asasi manusia.
Hakikatnya, Washington sendiri campur tangan dalam menentukan pentadbiran sesebuah negara seperti dilakukannya di Iraq dan Afghanistan. Lebih menghairankan, Rumah Putih tiba-tiba menikus dan kecut perut ketika Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengumumkan secara terbuka Tel Aviv akan meneruskan penempatan haram Yahudi di Baitulmaqdis Timur.
Ini termasuk reaksi lembik Washington ketika mengulas insiden serangan ke atas konvoi antarabangsa, baru-baru ini. Bagi Helen, pengaruh Tel Aviv dalam mencorak struktur pentadbiran Washington adalah sesuatu yang sukar diterima rakyat AS kerana ia mampu menjejaskan integriti selain mengancam keselamatan negaranya.
Sudahnya, Helen membayar harga cukup tinggi atas sikap kritikalnya itu dengan terpaksa melepaskan jawatannya sebagai kolumnis dalam akhbar Hearsts Corp selepas menerima pelbagai desakan dan kecaman dari media-media tempatan yang dikuasai Yahudi.






