RSS

Cerita Ceriti Ceritu I

Zurkerberg, si Yahudi kacak yang mengasaskan Facebook

Tak ada apa-apa baru di sini. Budak-budak puaka lain pun senyap saja.

Asalnya, blog ni aku wujud untuk kawan-kawan terdekat sebagai platform diorang bercerita tentang apa saja. Itu pun atas dasar jemputan selepas mengambil kira kadar celik IT dan nafsu berkomputer masing-masing.

Cadangan aku, kononnya blog ini akan jadi diari kami semua selepas masing-masing bawa hala tuju sendiri nanti selepas bekerja, bernikah, beranak pinak, bercucu cicit. Blog ini akan jadi kedai kopi kami untuk berkongsi keluh kesah, hal-hal peribadi, famili dan macam-macam lagi.

Tertubuhnya, blog ini bukan untuk meraih komen pun. Cuma pusat sehenti saja. Tapi fenomena Facebook ternyata menjejaskan kewujudan blog super hebat ini (macam harem). Melalui FB, setiap komen mampu mengundang respon on the spot atau orang Kedah cakap, la la tu jugak. Tetapi, jika FB diibaratkan sebagai mi segera (cepat dimasak sedap dimakan), blog pula boleh saja disamakan dengan pejabat arkib atau muzium negara. Sangat tidak cocok dengan dunia penuh kepantasan hari ni.

Namun, walaupun searkib dan semuzium mana pun blog, bagi aku medium ala diari ini lebih soul berbanding FB sebab fungsinya seakan album. Kau tangkap gambar, kau taruk dalam album dan kau simpan. Sekali-sekala kau buka, kau akan senyum. Di FB, kau sebenarnya tak berapa peduli sangat tentang entri/komen yang sudah kau hantar. Kau juga tak berapa nak ada fiil untuk belek-belek entri lama. FB lebih bersifat hantar dan lesap, tiada unsur sentimental di situ.

Tapi bila kau berblog, semua entri dan catatan kau disimpan. Dan semua itu perlahan-lahan akan jadi sejarah peribadi kau. Blog akan jadi pengingat kepada cerita-cerita lama kau ketika otak kau hanya mampu mengingat momen-momen besar saja.

Bersambung..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komen: