RSS

Jacko yang Super Signifikan

Ada juga yang hairan kenapa dikecohkan sangat pakcik Jacko tu meninggal.

Ok. Sebelum tu sebagai seorang manusia, sepatutnya kematian pakcik Jacko yang mengejut itu disambut dengan ucap innalillahiwainnalillahirojiun. Kepada Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali. Apabila ada saja kematian, kemalangan, musibah dan kecelakaan sepatutnya disambut dengan insaf. Ia tanda betapa kerdilnya kita, manusia yang bersifat rapuh dan lemah. Ketika kita hidup rupa kita berbeza. Tetapi apabila kita mati rupa kita sama saja, mata tertutup dengan wajah tanpa perasaan.

Berbalik kepada persoalan asal. Kenapa dikecohkan sangat pakcik Jacko tu meninggal.

Jacko adalah ikon budaya pop dunia. Mungkin ada yang skeptikal mengatakan apa yang berlaku adalah perancangan Barat dan agenda-agenda tertentu. Namun benci ataupun suka, kita terpaksa akui pengaruh yang ditinggalkan pakcik Jacko ni. Berlapang-lapang dadalah kita. Kata tok guru aku, sebagai manusia kita berhak saja memuja sesiapa saja tetapi jangan sampai bertaklid. Kecuali manusia serba sempurna, Rasulullah.

Sedar tak sedar antara legasi begitu berpengaruh yang ditinggalkan ialah tarian moonwalk dan berdansa mengikut beat lagu sambil sesekali memegang 'anu' sendiri. Oh yeahh..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mari Bertukar..

Rabu lepas aku antara orang terawal tengok Tranformers 2 - Revenge of the Fallen. Aku tak adalah suka sangat beli tiket awal. Tapi disebabkan cerita ni favorite aku, jadi aku usahakan jugak buat online booking. Malangnya tiket semua habis. Tinggal midnite saja. Nak tak nak aku booking sajalah daripada tak dapat tengok awal. Berdebar-debar jugak masa nak booking, takut tiket habis. Namun tuah nampaknya menyebelahi aku sebab tiket masih ada. Mungkin sebab tayangan tengah malam kot dan esok hari bekerja. Tetapi aku cuti esok. Hehehe.

Cerita Transformers kali ini lebih banyak aksi dan banyak adegan kelakar. Memang seronok gila. Buktinya, habis saja cerita, penonton dalam panggung tepuk tangan tanda respek, seronok dan puas hati. Hmm, aku rasa memang nak tengok lagi. Ayie dan Jar dah plan nak tengok second round. Rata-rata member aku yang dah tengok semua kata best.

Notakakiku: Berapa agaknya kutipan cerita ini dan mampukah Transformers mencapai kutipan tertinggi di abad ini?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kisah Sabitah yang Di'sekolah'kan Rakannya, Ma Lin

Hari ni Sabitah buka blog. Dia mahu tulis pasal politik. "Hmm, pasal Chin Peng," getusnya. Sabitah bercadang mahu menulis dari perspektif akademi dan sejarah, jauh daripada emosi dan apa yang penting, mesti provokatif. Jadi dia mula studi pasal ajaran Karl Marx dan komunisme. Satu hari sedang dia berfikir-fikir tentang falsafah Marx di dalam lembar Das Kapital, Ma Lin masuk ke dalam kamar dengan kepala berketayap sambil menyidai sejadah.

"Dari kau susah-susah studi Karl Marx, baik kau studi Quran," ujar Ma Lin sambil senyum penuh bercahaya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berjuta-Juta..

Pasal bola lagi. Akhirnya Ronaldo dan Kaka telah sah menjadi pemain Real Madrid. Misi utama ialah untuk mendapatkan pemain terbaik abad ini dan mahu Real jadi juara UEFA Champions League. Boleh ke diorang menang?? Pasukan yang dibarisi pemain terbaik tidak semestinya boleh memenangi piala contoh terbaru Argentina kalah di tangan Ecuador 0-2 dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2010.

Untuk musim depan saja, ada 2 rekod pembelian pemain telah dipecahkan. Dalam ramai pemain tu, aku lebih minat Zidane. Dalam zaman gawat ni, agaknya kalau aku minta Zidane 1-2 juta ringgit, dia bagi tak?? Diorangkan banyak duit. Apa la sangat 1-2 juta tu kan.. Hehehe.. =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Macam Tak Percaya..

Hari ni aku baru balik dari kampung. Saja bercuti lama sikit. Malam semalam Lan mesej bagitau, Arsene Wenger turun Dataran Merdeka. Aku buat tak layan je, ingatkan saja provok aku. Tapi selepas balik dari kampung dan online, tak sangka Wenger betul-betul turun Dataran. Apasal takde masuk surat khabar? Apasal aku tak tau? Hampeh tul. Kalau tak, boleh la aku turun sama lepak-lepak dengan dia pekena teh tarik. Apa tujuan Wenger turun Malaysia pun aku tak pasti. Mungkin saja nak bercuti di Malaysia ataupun FAM nak gajikan Wenger sebagai coach sementara menghabiskan 'season break'.

Nasib baik brader ni (Pipiyapong) ada update pasal Wenger. Dia pun fan Arsenal jugak dan memang popular di kalangan blogger. Aku kenal dia, cuma dia saja yang tak kenal aku. Hahaha. So, layan sajalah info dan gambar Wenger di dataran. Adioss..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS