RSS

Ya Ramadan

Hari ni 19 Ramadan 1431 Hijrah bersamaan 29 Ogos 2010 masihi. Pasti ramai yang tau dan kenal bulan Ramadan dan Syawal tapi tak kenal bulan Islam yang lain. Aku pun suatu ketika dulu tak tau susunan bulan-bulan Islam tapi mula dapat hafal bila ada lagu bulan-bulan Islam dari kumpulan nasyid Alarm yang popular pada tahun 1999.

Puasa merupakan ibadah yang wajib dilakukan oleh setiap umat Islam. Ibadah puasa mudah dilakukan tapi tidak semua yang menghayati ibadah ini. Puasa bukan setakat menahan lapar dan dahaga. Puasa juga kena menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ada yang berpuasa penuh tapi masih ada yang tidak menunaikan tanggungjawab solat 5 waktu. Bukankah itu perkara wajib yang kita kena lakukan sebagai umat Islam. Setakat puasa budak kecik pun boleh buat. Mana SOLATnya? Mana tadarusnya? Mana tarawikhnya? Mana sedekahnya? Mana pengisiannya? Persoalan ini sebenarnya lebih dituju kepada diri sendiri dan kepada sesiapa yang terasa. Mari kita sama-sama renung-renungkan dan selamat beramal. :)

Notakaki: Rasa rugi bila tak manfaatkan bulan Ramadan dengan sebaiknya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komen: