Bismillahirahmanirrahim..
Hidup ni kekadang kita di atas dan kekadang kita di bawah. Walaupun kita buat baik kepada orang, tak semestinya orang tu akan balas kebaikan kita dan lebih menyedihkan kalau keburukan pula yang dibalasnya. Biarlah orang buat buruk pada kita tapi kita jangan sesekali buat buruk kepada orang lain kerana kita sementara saja di dunia ini.
Manusia ni punya pelbagai ragam. Semasa susah bukan main minta tolong tapi bila dah senang kita dilupakan. Depan kita bukan main baik tapi di belakang kita sebaliknya. Bila dah lama tak jumpa, sampai ada yang dah tak kenal kita. Lagi satu, jangan sesuka hati menabur janji kalau tak mampu tunaikan kerana mungkir janji tu salah satu ciri orang munafik. Nauzubillahiminzalik..
Apabila kita hulur bantuan dalam bentuk kewangan dan selepas sekian tahun kita minta balik duit tu, sangkaan buruk pula yang kita terima. Telefon tak diangkat, mesej tidak dibalas. Susah sangatkah nak angkat panggilan telefon atau balas mesej yang diterima? Sehinggakan terpaksa hantar mesej berbaur ancaman, barulah mesej dibalas. Itupun dibalas dengan sangkaan buruk. Dituduh kita macam-macam pula. Apakah salah kita? Manusia ni memang punya 1001 jenis ragam yang sukar kita faham. Benar kata pepatah, "don't judge the book by it's cover".
Asam Garam
Bertolak ansur dan bertimbang rasa adalah sifat yang terbaik untuk kita dalam hidup bermasyarakat. Tetapi awas, jangan terlalu memberi muka kepada orang lain. Sentiasalah berhati-hati. Akhir kata, renung-renungkan dan selamat beramal..
Notakakiku:
Kita manusia biasa yang tak lari dari membuat kesilapan. Rasa takut untuk melakukan kesilapan sesama manusia dan sentiasa cuba untuk memperbaiki kelemahan diri. Mohon maaf kepada semua di atas salah silap aku sama ada sengaja atau pun tidak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment