RSS

Terima kasih TNB



Lepas dah ada entri terbaru dekat sini, baru ada semangat nak 'update'.

23hb Julai baru ni aku ada masuk paper lagi. Ni semua sebab futsal jemputan oleh TNB sempena Piala Dunia yang telah dimenangi Sepanyol 1-0 ke atas Belanda.

Menariknya perlawanan akhir Piala Dunia 2010 ni kerana ia ibarat Fabregas lawan Van Persie, Dirk Kuyt lawan Torres. Ada wakil Arsenal dengan Liverpool di situ. Chelsea sama Manchester United ada wakil tak?? Gol kemenangan dijaringkan oleh Ineasta setelah mendapat lorongan cantik dari kapten Arsenal Cesc Fabregas.

Berbalik semula futsal jemputan tadi. Berdasarkan siapa cepat dia dapat TNB telah memilih Sepanyol untuk pasukan yang diwakili, TV3 pilih Belanda. Team selebriti pilih Brazil dan team yang aku wakili pilh Argentina.

Tujuan futsal jemputan ini adalah untuk mengeratkan TNB dengan media. Menang atau kalah Semua dapat hadiah. Rasa bertuah bila dapat jemputan perlawanan futsal macam ni.

Makan minum disediakan sepanjang kejohanan. Setiap pemain dapat hadiah walaupun dapat tempat terakhir. Macam-macam dapat antaranya hamper, beg, topi, pen, buku dan yang lebih menarik dapat jersi.

Argentina menang 5-0 dengan team selebriti yang terdiri Arm & Fikri dari Raja Lawak 3 dan kumpulan Chapter. Menang 4-0 dengan Belanda (TV3) dan kalah 1-4 dengan Sepanyol (TNB).

Tahniah dan jutaan terima kasih kepada TNB kerana menjemput, bagi layanan yang terbaik & hadiah-hadiah yang diberikan. Ada kesudian jemputlah lagi. hehehe..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cerita Ceriti Ceritu I

Zurkerberg, si Yahudi kacak yang mengasaskan Facebook

Tak ada apa-apa baru di sini. Budak-budak puaka lain pun senyap saja.

Asalnya, blog ni aku wujud untuk kawan-kawan terdekat sebagai platform diorang bercerita tentang apa saja. Itu pun atas dasar jemputan selepas mengambil kira kadar celik IT dan nafsu berkomputer masing-masing.

Cadangan aku, kononnya blog ini akan jadi diari kami semua selepas masing-masing bawa hala tuju sendiri nanti selepas bekerja, bernikah, beranak pinak, bercucu cicit. Blog ini akan jadi kedai kopi kami untuk berkongsi keluh kesah, hal-hal peribadi, famili dan macam-macam lagi.

Tertubuhnya, blog ini bukan untuk meraih komen pun. Cuma pusat sehenti saja. Tapi fenomena Facebook ternyata menjejaskan kewujudan blog super hebat ini (macam harem). Melalui FB, setiap komen mampu mengundang respon on the spot atau orang Kedah cakap, la la tu jugak. Tetapi, jika FB diibaratkan sebagai mi segera (cepat dimasak sedap dimakan), blog pula boleh saja disamakan dengan pejabat arkib atau muzium negara. Sangat tidak cocok dengan dunia penuh kepantasan hari ni.

Namun, walaupun searkib dan semuzium mana pun blog, bagi aku medium ala diari ini lebih soul berbanding FB sebab fungsinya seakan album. Kau tangkap gambar, kau taruk dalam album dan kau simpan. Sekali-sekala kau buka, kau akan senyum. Di FB, kau sebenarnya tak berapa peduli sangat tentang entri/komen yang sudah kau hantar. Kau juga tak berapa nak ada fiil untuk belek-belek entri lama. FB lebih bersifat hantar dan lesap, tiada unsur sentimental di situ.

Tapi bila kau berblog, semua entri dan catatan kau disimpan. Dan semua itu perlahan-lahan akan jadi sejarah peribadi kau. Blog akan jadi pengingat kepada cerita-cerita lama kau ketika otak kau hanya mampu mengingat momen-momen besar saja.

Bersambung..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS