RSS

Cerita Abang Saya

Masa kecil dulu, abang pelindung aku. Sebab hati abang kuat dan hati aku lembut. Aku jenis budak kuat menangis, penakut juga. Aku tak boleh orang kutuk aku. Aku cepat cebik. Dan aku selalu nak sama dengan abang aku. Apa yang abang buat atau dapat, aku mesti nak buat atau dapat juga. Abang aku masuk tadika, aku pun masuk juga. Abang beli pistol, aku pun nak pistol juga. Kalau tak, aku mengamuk.


Sepanjang hidup aku, tak pernah aku tengok abang meraung bila kena sebat. Tak pernah pula aku nampak air mata dia. Aku rasa abang sudah latih diri dia untuk tak mahu dilihat sebagai abang yang lemah. Dalam diri abang itulah berikan aku kekuatan.

Bila meningkat dewasa, sama seperti abah, antara aku dan abang aku, ada tembok tinggi di tengah dipanggil misteri. Aku dan abang sangat jarang berkongsi apa-apa rahsia pun walaupun jarak umur cuma setahun saja. Memang aku cemburu tengok adik beradik lain yang hubungan diorang macam kawan-kawan. Sama-sama gila. Sama-sama 'kautim'. Tapi aku dan abang aku tak macam tu. Sebab di tengah kami ada tembok tinggi dipanggil misteri.

Bukannya kami bergaduh. Kali terakhir bergaduh pun seingat aku masa sekolah menengah rendah saja. Lepas tu kami dah tak bergaduh. Cuma cara kami bergurau, bercakap tak macam adik beradik lain yang aku tengok macam kawan-kawan. Sebab hormat aku pada abang melebihi status abang sebagai abang.

Status abang, aku dah samakan macam abah. Segala bentuk kasih sayang tak mampu aku luah sebab aku sendiri tak tahu macamana nak buat semua benda tu. Aku buntu kata-kata.

Jumaat lepas, abang aku selamat menikah. Famili kami dapat menantu perempuan pertama. Dan gambar bawah ni tiba-tiba buat rasa sangat blues.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 komen:

sUe said...

nice post..
mengingatkan saya kepada kakak yg juga setahun lebih tua..
benar kata kamu.
bila masing2 dah dewasa, tiba2 muncul tembok tinggi dipanggil misteri.

Unknown said...

walau masa berlalu persaudaraan tetap menjadi jejambat merentasi tembok.
Doa sahaja gambaran kasih.

Anonymous said...

emm...nice pic...cute...awak yg mane satu...:) emm...abg dh ader pasangan awak ble lg...

Unknown said...

cuba teka? haha.. pasal pasangan kena tungguuuuu.. hehe..