Hari ini kau terjaga. Dan perut kau terasa lapar. Kau cuba bangun, tapi badan kau terhimpit, sebab ada bongkah dinding seberat 15 kilogram di atas tubuhmu. Kau meraung, meminta tolong. Malangnya, suara ibumu sudah lama hilang sejak pagi semalam. Ada air menitik dari bucu bongkah yang merekah. Kau tadahkan mulut. Kau minum titis demi titis air yang menitik itu.
Dan kau tak sedar air yang menitik itu adalah darah ibumu.
Mak, Mak Pergi Mana?
Nama Saya Mimi Comel 2
Tadi Mimi masuk rumah bebudak bujang bawah tu. Tivi terpasang. Tapi Mimi memang dah biasa dengan taktik bodoh diorang ni. Diaorang tidur sebenarnya. Tidur tapi buka tingkap. Bodoh.
Mimi panjat tingkap dan terus selongkar plastik sampah. Wah, tulang ayam bahagian rusuk. Favourite ni. Macam sedap. Mimi gigit rusuk ayam tu. Tiba-tiba entah macamana salah seorang bebudak bujang tu sergah Mimi. Mimi terkejut dan cepat-cepat lari panjat tingkap. Tapi rusuk ayam Mimi jatuh dan tersangkut celah jeriji besi.
Melepas rezeki Mimi hari ni. Sakit ja hati ni tengok mamat tu angkat ibu jari tunjuk best kat Mimi. Tapi takpe, Mimi boleh cari makan kat rumah Mak Jeha. Wekkk..
Kenapa Rashid Berhenti Merokok
Rashid perokok tegar. Sudah bertahun dia mahu berhenti merokok tetapi gagal. Tapi satu hari, bekas abu rokok, tempat Rashid mengetis sisa-sisa nikotin itu terbalik dilanggar Josiah, si kucing hitam yang kuat bersenggama. Api daripada puntung rokok tersebut terus galak menyambar langsir lalu rumah Rashid langsung dijilat dan diratah api. Selazat-lazatnya.
Api kemudiannya melarat pula membakar satu blok apartment, tempat tinggal Rashid sehingga mengorbankan sekurang-kurangnya 255 mangsa. Semuanya menjadi mayat rentung tak dikenali.
Ya, cuma Rashid terselamat kerana dia mengurungkan diri di dalam bilik mandi. Ajaib!
[Kenapa Rashid selamat?
Kebetulan dalam bilik mandi Rashid ada topeng gas yang menyelamatkannya daripada tersedut asap beracun. Paip penyembur anti kebakaran di siling bilik mandi pula bertindak efektif menghalang bilik mandinya daripada terus terbakar. Kebetulan pula Rashid seorang pegawai bomba yang mahu keluar bertugas dan siap sedia memakai baju kalis api! Wah, hidup Rashid memang banyak kebetulan. Titik.]
Rashid keluar selepas kebakaran mula reda dan bomba sedang sibuk mengutip mayat. Dan dengan linangan air mata Rashid bersumpah tidak akan merokok lagi selama tujuh keturunan.
[Guruh berdentum dan kilat sabung menyabung di luar.]
Situasi..
Dan bila kau menghilangQada' dan qadar tu adalah ketentuan-Nya, apa yang telah berlaku tu pasti ada hikmahnya.. Semoga menjadi iktibar di kemudian hari..
Musnahlah, musnah impian
'tuk menggapai bintang
terangi hidup ku
Ku mahu kau tahu
engkaulah, destinasiku
dalam ingatanku..
Kerana diri ini tak daya lagi
menempuh hidup yang ku temui
dan aku, ku tunggu ..
di situ
Mengharapkan sesuatu yang baru
itulah impian aku
Cinema Cinema Cinema..
Pergh.. Kebelakangan ni, lain macam rajinnya aku tengok wayang. Ni dah bercanggah dengan kempen berjimat cermat ni. Aduyai. Apa pun, kat sini aku bagi rating cerita-cerita yang aku dah tengok.
James Bond : Quantum Of Solace >> 3 bintang (Kira ok la. Ni pada aku la. Tapi jarul cakap cerita ni best)
Madagascar : Escape 2 Africa >> 4 bintang (Menghiburkan)
Antoo Fighter >> 2 bintang >> (Jalan cerita yang ampeh)
Twilight >> 4 bintang (Best)
Los dan Faun >> 4 1/2 bintang (Memang best - Cayalah Afdlin)
The Day The Earth Stood Still >> 3 bintang. (Bolehlah)
ps: -- rating daripada 5 bintang.
Ni belum lagi cerita-cerita yang telah menarik minat aku macam Transporter 3, Histeria dan Cicak Man 2. Apa hal kebelakangan ni banyak cerita yang cambest!? Waa.. Kopak-kopak.. Huu..
Pada Malam Hari Raya Korban (Haji/Aidiladha)
Pengorbanan:
Pengorbanan 1 >> Bapa pernah sambut Raya Haji di hutan sebab dulu bapa kerja askar. Masa pagi raya dia akan dengar takbir dari radio yang dibawa bersama geng-geng seperjuangannya.
Pengorbanan 2 >> Masa tu ialah hari kelima selepas bapa terpaksa berlapar di hutan dara Sarawak. Maklumlah, hutan dara Sarawak sana tu tak ada apa yang boleh dimakan pun. Bapa cerita juga yang dia pernah 3 bulan tak balik kampung sebab kena posting masuk hutan.
Pengorbanan 3 >> Bapa ada cerita, Mak Nyi (panggilan kat nenek) susah payah kerja sendiri waktu malam untuk sara hidup diorang anak beranak (bapa aku dan tiga adik beradiknya). Mak Nyi aku hidup menjanda pada usia muda (24 tahun) sebab umur atuk aku tak panjang. Syahdu gila dengar bapa cerita kisah silamnya malam-malam Raya Haji ni.
Teringat pulak aku pengorbanan kengkawan yang kerja masa raya haji di ofis lama dulu. Berkorban weii...
Apapun, SELAMAT HARI RAYA KORBAN BUAT SEMUA!!
Musim..
Kebelakangan ni macam-macam musim ada.
Musim cuti sekolah >> selamat bercuti.
Musim berkhatan >> selamat berkhatan.
Musim orang kahwin >> selamat pengantin baru.
Musim bertunang >> selamat bertunang.
Musim haji >> semoga mendapat haji mabrur.
Musim tengkujuh >> selamat menempuh ujian dari-Nya.
Musim artis bercerai ('11 Artis Bercerai' sumber: Harian Metro Ahad - 30 Nov. 2008) >> aaa... err.. seelok-eloknya dielakkan..
Aku ucapkan selamat kepada semua yang terlibat dengan musim-musim yang ada sekarang kecuali musim bercerai.