RSS

Optimus Prime Menumpaskan Raksasa Bee

optimus prime melawan raksasa bee

Inilah Optimus Prime yang korang suka sangat tu. Aku suka biasa-biasa saja. Aku beli kat Petronas Kg Subang dengan harga RM15.90. Tinggi lebih kurang 5 inci. Keluaran Hasbro. Raksasa Bee tu pula kawan ofis aku hadiah sempena aku berhenti kerja. Nama dia Muni. Hadiah tu sebenarnya kawan aku dapat dari sorang mamat yang cinta gila kat dia. Benci punya pasal dengan mamat tu (cinta tak boleh dipaksakan), dia pun hadiahkan Raksasa Bee tu kat aku. Apakah itu tandanya dia cintakan aku? Tapi cinta tak boleh dipaksakan.. Cewwah..

ps:
**Aku rasa nak tutup blog bergambar aku kat Friendster bodoh tu. Baik aku publish kat sini saja. Tak payah pening-pening kepala fikir nak buka akaun satu lagi.
**Entri aku dalam blog ManusiaOrdinari ni nanti bukan setakat teks tetapi sekali sekala aku akan publish entri bergambar atau gambar berentri (beza tau). Mungkin gambar aku (yang not bad ni) atau gambar nenek kawan aku punya jiran.
**Kalau rajin, aku akan publish semula gambar dalam blog friendster bodoh aku dulu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komen: