Selamat datang tahun baru 2010 masihi dan 1431 Hijrah. Tiada apa yang menarik bagi aku, hanya jalani hidup seharian macam biasa cuma perubahan kepada yang lebih baik tu memang perlu. Itulah hijrah dalam hidup setiap orang yang perlu dilakukan. Tahun bersilih ganti, umor makin bertambah. Semoga panjang umur, ditetapkan iman, berjaya dalam kerjaya dan murah rezeki buat diri sendiri, keluarga & rakan-rakan semua... Amin.
Notakakiku: 1 Januari 2010 Masihi bersamaan 15 Muharam 1431 Hijrah.
2010 & 1431
Semuanya OK
"Bersendiri lagi
Mengenang yang terjadi
Menyentuh hati..." - KRU
Aku suka nyanyi lagu di atas bukan sebab apa, mungkin aku agak kerap keseorangan. Duduk rumah sorang-sorang, layan muvi sorang-sorang, pergi ke sana ke sini pun sorang-sorang. Nyanyi untuk menghiburkan diri. Member-member rumah jarang ada di rumah atas urusan kerja, dating, balik kampung dll. Aku pulak jenis yang malas nak keluar rumah melainkan kalau ada urusan atau ada member-member yang ajak.
Agak lama aku tak update blog. Aku suka baca blog orang lain, tapi nak meng-update memang susah. Bila aku ada bahan nak update, lain pula jadinya. Nak update blog kena ada jiwa. Kalau tak ada jiwa, dah jadi macam beban bila nak kena update. Hasilnya, macam entri ni la, KOSONG!!
Notakakiku: Masih mencari fiil nk update blog.
Saya dan BTN Ketika Belajar Dulu-Dulu
Gambar di atas disiarkan sempena kontroversi BTN yang sekarang sudah suam-suam kuku. Foto penuh aksi sombong dan hensem ini diambil semasa aku kena kuarantin lima hari di Pantai Cahaya Bulan, Kelantan, 2005.
Menurut maklumat pelajar universiti lain, aku sedia maklum kursus ni berbaur rasisme. Tetapi, memandangkan universiti aku 1Malaysia, tak ada langsung unsur-unsur perkauman disebut. Ya, tak ada langsung sebut pasal Ketuanan Melayu, Anwar Ibrahim mahupun Tian Chua. Lagu Warisan yang evergreen itu pun tak dinyanyikan.
Lebih mengharukan, aku seorang saja wakil lelaki Melayu dalam gambar di atas. Yang lain India. Dua dari kiri tu India campur Melayu (Dia boleh cakap Tamil). Dua lagi India Hindu. Perempuan pula seorang saja wakil India dan tiga yang lain Melayu berdarah Jawa (kalau tak silap). Ada unsur rasis tak aku sebut benda ni? Haha..
Dalam kursus ni banyak menyentuh tentang isu perpaduan, semangat berpasukan selain latihan ala rambo dan PLKN. Apabila kursus tamat kami dapat sijil. Tapi harus diingat, sijil tersebut langsung tak membantu kau melangsaikan hutang PTPTN.
Cerita Padi dan Orang Utara
Sabtu lepas, giliran kenduri sebelah abang aku. Untuk kenduri kali pertama ni, famili aku buat memorandum persefahaman (MoU) dengan famili Paksu dan saudara mara lain untuk buat di kampung. Jadi ada dua pasangan. Abang aku dan isteri. Sepupu aku dan suami dari Perak.
Cerita Abang Saya
Masa kecil dulu, abang pelindung aku. Sebab hati abang kuat dan hati aku lembut. Aku jenis budak kuat menangis, penakut juga. Aku tak boleh orang kutuk aku. Aku cepat cebik. Dan aku selalu nak sama dengan abang aku. Apa yang abang buat atau dapat, aku mesti nak buat atau dapat juga. Abang aku masuk tadika, aku pun masuk juga. Abang beli pistol, aku pun nak pistol juga. Kalau tak, aku mengamuk.