
Lepas dah ada entri terbaru dekat sini, baru ada semangat nak 'update'.
23hb Julai baru ni aku ada masuk paper lagi. Ni semua sebab futsal jemputan oleh TNB sempena Piala Dunia yang telah dimenangi Sepanyol 1-0 ke atas Belanda.
Menariknya perlawanan akhir Piala Dunia 2010 ni kerana ia ibarat Fabregas lawan Van Persie, Dirk Kuyt lawan Torres. Ada wakil Arsenal dengan Liverpool di situ. Chelsea sama Manchester United ada wakil tak?? Gol kemenangan dijaringkan oleh Ineasta setelah mendapat lorongan cantik dari kapten Arsenal Cesc Fabregas.
Berbalik semula futsal jemputan tadi. Berdasarkan siapa cepat dia dapat TNB telah memilih Sepanyol untuk pasukan yang diwakili, TV3 pilih Belanda. Team selebriti pilih Brazil dan team yang aku wakili pilh Argentina.
Tujuan futsal jemputan ini adalah untuk mengeratkan TNB dengan media. Menang atau kalah Semua dapat hadiah. Rasa bertuah bila dapat jemputan perlawanan futsal macam ni.
Makan minum disediakan sepanjang kejohanan. Setiap pemain dapat hadiah walaupun dapat tempat terakhir. Macam-macam dapat antaranya hamper, beg, topi, pen, buku dan yang lebih menarik dapat jersi.
Argentina menang 5-0 dengan team selebriti yang terdiri Arm & Fikri dari Raja Lawak 3 dan kumpulan Chapter. Menang 4-0 dengan Belanda (TV3) dan kalah 1-4 dengan Sepanyol (TNB).
Tahniah dan jutaan terima kasih kepada TNB kerana menjemput, bagi layanan yang terbaik & hadiah-hadiah yang diberikan. Ada kesudian jemputlah lagi. hehehe..
Terima kasih TNB
Cerita Ceriti Ceritu I
My Oh My
19 Jun 2010. Genap 2 tahun umur myLC JLA bersamaku. Sudah 36, 000 km myLC mengembara. Tak lama selepas tu, JLA dapat pula teman baru iaitu myPE WUB yang lahir pada 28 Jun 2010.
Dalam berkira-kira sama ada jodoh myPE daripada WTW, WTV, WTX, WUA, akhirnya myPE jodohnya dengan WUB. Kalau tidak WUB, mungkin myPE boleh jadi JMJ. Tapi disebabkan nak pangkal W, maka namanya jadi WUB. Seangkatan WUB ialah JMJ dan BKV. Seangkatan yang lain tak berapa ingat pula. Selang seminggu kemudian, Dato' Why muncul dengan Lagenda barunya yang dijodohkan dengan WUC. Dalam masa seminggu kejap saja dah bertukar no platnya.
Musim Mengawan
Tahun ni ramai jugak yang dah menamatkan zaman bujang. Umor dah nak mencecah 30-an memang sedang elok bina masjid ye dak?? Itam dengan Ogie dah selamat bulan 3 hari tu. Ayie & Why dah selamat awal bulan Mei lepas. Nik bulan Jun nanti. Budak-budak rumah puaxx tinggallah 3 orang yang bujang. Lepas ni giliran siapa tak tau la..
Kepada Itam & Ogie, Ayie & Diana, Why & Piyose dan Nik & pasangannya: Selamat pengantin baru.. Selamat menempuh alam rumah tangga dan semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.. Amin.
Nota: Ayie balik kampung jumpa bini. Why balik rumah mertua. Jar dan Dodo balik kampung. Tinggallah aku sorang-sorang kat rumah. Tinggal aku keseorangan..
Meriam Buloh FC juara Sokernet!
Gila bola punya pasal, aku ajak member masuk Kejohanan Futsal Sokernet 2010, Ahad lepas di Sport Planet Ampang.
Sesi daftar pasukan bermula jam 9 pagi. Tapi, macam biasalah, gedebuk gedebak 9.30 pagi baru boleh buat undian. Proses undian dan taklimat ambil masa lebih kurang 15 minit.
Sebelum tu, masa game kedua, Kasrim terpaksa balik awal sebab kereta kena pecah. RM30 kena rembat. Nasib baik dompet, ic dan lesen segala penyamun tu tak ambik. Duit+cermin belakang Myvi, mahunya RM330 hangus. Bukan kereta Kasrim saja, sebijik Waja dan sebijik Honda pun kena pecah jugak. Bengang aku.
Suku akhir jumpa ICU JPM, menang 3-0. Separuh akhir lawan team Emerald, menang lagi (2-1). Final, bertarung dengan Limah Jong FC. Kami menang 5-0.






